JANGAN PERGI RESTORAN TU, TOKEH DIA BELA HANTU RAYA. TAPI WHICH RAYA?

JANGAN PERGI RESTORAN TU, TOKEH DIA BELA HANTU RAYA. TAPI WHICH RAYA?

Dialog:

1. “Kau toksah pergi makan kat restoran tu, tokeh dia ada bela hantu raya, sebab tu ramai kastemer”

2. “Dia masak pakai pad perempuan terpakai yang dimasukkan dalam sambal.”

3. “Ada ustaz nama si polan bin si polan pernah pergi kat restoran tu, sampai kat depan restoran dia taknak masuk sebab dia kata nampak lembaga berdiri terkangkang atas restoran.”

4. “Dia kencing dalam periuk.”

Ok. Sadis tak bunyinya? Tapi itulah kita orang Melayu. Sentiasa taksub dengan perkara perkara ghaib. Kita suka akan benda benda yang kita dengar yang libatkan unsur unsur mistik. Sebenarnya orang Melayu ni memang power kalau part ni semua. Kalau depa tulis buku Bercakap Dengan Jin, sure Tamar Jalis tutup kedai.

Pantang kalau ada restoran atau warung orang Melayu happening sikit, mulalah desas desus cakap tokeh ada bela jin lah, bela hantu raya lah, bela toyol lah. Semua ada.

Ohh, lupa nak insert. Tamar Jalis ada blog sendiri ok. Happening tak?

Kenapa kita perlu ada versi sedemikian? Kenapa kita nak hasad dengki pada restoran yang maju?

Kenapa kita tak buat onar yang sama pada KFC atau McDonalds?

Kenapa kita tak cakap “eh semalam aku nampak lembaga berdiri terkangkang atas bumbung drive in McDonalds.”

Pastinya jawapan kita tidak akan berkait dengan McDonalds tetapi kita akan cakap: “mesti tempat tu berhantu, dulu mesti ada kubur jepun.” Apa salah orang Jepun mati kat situ?

Kalau orang Jepun tahu, mesti dia mem-bagero-kan kita sebab tak pasal pasal diaorang terlibat dalam cerita kita.

Padahal kita pun bukan pakar sejarah untuk tahu sama ada tempat tu memang ada kubur jepun atau tidak. Kalau dinafikan ada kubur jepun kat situ, kita akan beralih kepada jawapan: mesti ada orang buang hantu kat situ.

Mungkin ini boleh diterima sebab mungkin pemiliknya tak mahu hantu mati kebuluran dan sekurang sekurangnya, dapatlah hantu makan Big Mac medium set, cili lebih please. Kalau RM20 dapatlah makanan percuma extra. Kalau tak kena timing, dapat french fries, makanlah fries tu sampai terbelahak muntah darah. Tapi jangan lupa tampal sticker VIP tu ok. Sticker boleh didapati secara percuma dari semua restoran McDonalds. Takyah bawak bertih atau pulut kuning.

Mungkin sebab ia McDonalds dan bukan Restoran Mak Jah atau Tok Mek nasi lemak maka alibi mereka lebih kuat untuk tidak dionarkan menggunakan khidmat hantu raya atau memasukkan pad wanita dalam kuali untuk sediakan daging burger.

Err.. cerita pasal McDonalds ni, lama gak tak jumpa Chocolate Shake and Strawberry shake. Boleh hilang biji mata kalau sekali sedut shake ni. Pastu tangkap kat otak. Pastu jadi biol jap.

Tapi perlu ker tokeh tokeh tu semua gunakan khidmat makhluk halus seperti itu untuk melariskan bisnes?

Agaknya kan, dulu Petronas pun pakai hantu raya yek. Letak hantu raya kat semua stesen minyak dia, dengan nominal fee. Mungkin kiosk yang bungkus tu semua taknak bayar that nominal fee bagi memacakkan hantu raya duduk terkangkang atas bumbung. lols lols lols.

Untuk penerokaan minyak pulak, depa pakai toyol. Ehh toyol pandai berenang ker?

Mungkin selepas ini David Teo boleh bilang sama Pierre Andre pi buat Jangan Pandang Periuk, Jangan Pandang Pinggan atau Jangan Pandang Anak Dara Tokeh.

Aku dah ‘bilang’ dah. Itu owang Singa-purapura cakap menggantikan perkataan ‘beritahu, cakap’.

Err.. tapi best kan.. pelakon jadik hantu mesti cun kan. Ahaks. Teruja ai. Tapi ai tak suka citer hantu hantu ni, ai tak percayalah antu antu (read: takut sebenarnya sebab sering teringat kalau tengok graphical image of hantu mantu). Ok, korang jangan ngada ngada nak ketawakan aku, hakikatnya aku bukan takut, aku segannnnnnnnnnnn. Maklumlah macam dalam citer hantu kat Malaysia ni, hantu semua comel comel, takut jatuh hati nanti nok.

Dan untuk blog ini, jangan pulak korang fitnah kata aku bela hantu ok. Kalau korang cakap macam tu, korang sebenarnya hantu. Wuhhhhhhh.. takutttttttlah awakkkkkk.. kita nanak main mashak mashak dengan awak lagiiiiiiiiiiiii… Assalamualaikummmmm.. tak jawab dosa.

23 Replies to “JANGAN PERGI RESTORAN TU, TOKEH DIA BELA HANTU RAYA. TAPI WHICH RAYA?”

  1. ahh benda mcm ni dari zaman aku sekolah menengah lagi dah dengar. tp susah nak percaya.

    agaknya mrk yg senang sgt percaya perkara karut mcm tu tak pernah baca bismillah atau doa makan kuttt…

    haha aku minat baca Tamar Jalis, ada blog ke. nak link? haha

  2. ada sekali tu mamat mana tah cakap kat aku, cendol mamak tu sedap sebab ada orang nampak dalam santan tu ada spender…aku jawa.."nak bohong pun bagi la logik..mamak mana ada pakai spender..!!"..hehe…

    oh ya, blog ko confirm tak berhantu, sebab takde yang terkangkang, mengangkang dan dikangkang…hehe..

  3. hehehe~
    camtu tak boleh belanja McD ni~
    eh, kat Bakri ada Pizza, encik Hazrey sila belanja ya?

    hahaha~
    Petronas mana boleh guna toyol bagai~guna orang minyak le. Baru ramai orang beli minyak~ LOL!

    ala, jangan main masak2~
    rugi tau awakkk~
    kih3~

  4. itu baru bab restoran.blom lagi kalau ko nmpk lelaki buruk berjalan atau berpegang tgn (dah kawin ye) dgn pompuan cun..

    ada yg cakap "eaaa pompuan tu materialistik betul..lelaki buruk perut gendut mata sepet pendek tagap hitam rentung mcm gitu pun dia nak.."

    ha ha ha >> gelak setan gaya si alid dak myanmar 😀

    melayu ooo melayu (sgt kreatif bab gossip)

  5. my pren suka kata kedai banyak org ada pelaris. tapi aku rasa lebih kepada perangai orang yang suka nak masuk kedai yg nampak meriah dgn orang berbanding dgn kedai takde orang.

    "kedai tu kosong je, tapi kedai sana banyak orang. jom masuk kedai banyak org."

    tipu je tu.

    kalau upah sorang dua masuk memenuhkan kedai, gerenti ramai nak sibuk tau napa.

    birds of feather flock together ke?

  6. cerita kat kepong ada

    jb ada

    KB ada

    template semua sama. tak pakai toyol pakai otak monyet

    ado ado aje meleis ni kalau pedengki! LOL

    btw.. ramuan rahsia KFC ialah kulit lebih pelir negro. dikisar kemudian ditabur dalam tepung

    serius. pakcik aku punya kawan punya boss bekas manager punya secretary cakap

    amcam.. best tak onar KFC aku Haz?

  7. Pengusaha tempatan perlu bangga@take pride dengan hasil kerja mereka. Barulah berkualiti/bermutu. Kalau setakat kerja melepas batuk ditangga, buat kerja alai balai janji siap jewr…. pastu harap nak dapat hasil yg WOW!(ala2 skim cepat kaya) Sampai mati pon tak maju, pastu mula lah carik pelaris@bomoh/dukun, kedai kena buat org laa(walhal sendiri buat air teh macam air longkang, order 2 jam baru sampai, tu pon kalau sampai, menu hampir semua takder, hari ni bukak esok tutup, bukak kedai kejab kul 4pm kejab pukul 8pm dll) Kesimpulannya, peniaga tengoklah kekurangan diri dulu, baru nak tengok kekurangan orang lain.

  8. hehe baru tadi ada isu ni kat umah.

    urm, kenapa kepsi ngn mekdi tak guna pelaris sebab they non melayu kot. 😀

    but for certain orang yang ada 'ilmu' especially area utara, memang leh detect pelaris baik ke idak. rata2 resoran sini guna 'mandrem'. kecuali yang masak sedap sebab dah sedap, murah, apa lagi mesti orang serbu kan?

    hint = pernah x nampak 1 potret lama kat kebanyakan gerai kecik kat kedah? tu pun 'pelaris; jugak. khurafat suma tu. jangan pecaya k pelaris2 ni. buat keja betul, ada rezeki, Allah bagi punyalah.

  9. i am against YOU bapak gula gula
    for this article la…

    maybe most rumours aren't true
    but the FACT is this things happened for sure.
    its goin to be worst when u are at the north part of malaysia…

    Reason

    1. Meleis love to pet those jin antu toyol jembalang so on and so forth… for their prosperity…
    this is not a joke

    2. meleis memang suka dengki kat melayu lain…
    my father hav a restaurant, so i've experienced the truth…
    of all the things u wrote, here…

    3. You can say we live in 21st century, nothing as shit as what u've wrote happened. but the ugly truth is, all these shits happened…

    4. i knew some chefs who worked at the north part of malaysia, they told me awefuckinglysome shit that is mostly not happening at the south part at malaysia

    5. most meleis that use jampi2 n mandrem2 n bla3 are all total shit.

    6. i'm not a satan.
    lolz~

  10. Salam Hazrey,
    Northerners kononnya banyak guna ilmu siam, Midlanders (!?) banyak guna ilmu orang asli dan Southerners banyak guna ilmu orang seberang.
    Boleh percaya ke?
    Please la…..
    I think we have to start asking ourselves questions. Sampaikan nak buat kuah rojak pun boleh gi usaha minta serapah jampi, air ludah tok bomoh.
    Ape ke hey nye tu?
    or shall I say:
    What is the because?
    What? What? What?!!!
    😀

  11. macam macam eh

    bomoh siam,.. bomoh batam.. bomoh orang asli

    that makes me wonder man

    maybe we should have a reality tv for the best bomoh ever.. everyweek kena tunjuk skill. maybe skill gerakkan keris tanpa menyentuh. skill buat host jatuh cinta dengan dia and shit

    i mean

    what a novel idea. haz.. ko propose kat boss kita share profit.

    call it.. "bomoh idol"

  12. Pecaya tak kalau aku kata, mak aku penah kena benda2 ni masa dia berniaga kat Setapak long long ago?

    Lepas di-CSI, we found out, makcik yang jual nasi lemak kat gerai about 10 meters from our kantin yang buat onar sebab since mak aku berniaga, nasi lemak dia kurang laku. Makcik tu hantar seekor makhluk nak cover kedai mak aku supaya customer macam nampak kedai mak aku ni tutup.

    Mak aku takde la nak bela makhluk halimunan nak bagi makanan yang dia jual tu laku. Resipi mak aku simple – macam mana dia masak kat rumah, macam tu la dia masak kat kedai. Takde lebih takde kurang. Dan sah-sahler nasi lemak yang mak aku masak lagi sedap! Heheheh..

    Tapi Hazrey, that was not the only time mak aku kena. Lepas2 tu kena lagi.. memang tak habis2 dengan hasad dengki..

  13. Bro

    ha ha ha

    itulah kelebihan Orang Melayu yang memang dah aku dengar sejak dari kecik lagi

    ha ha ha

    aku: ingat lagi masa budak budak, mak kata jangan pergi kedai tu, ada hantu perut buncit…rupanya tok pekong Cina, dia letak dalam kedai

    ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
    Lough Out Loud @ LOL @ Ketawa guling guling @ ketawa sampai menitik air mata @ ketawa sampai kena sound dengan emak @ ketawa sampai koma

  14. Sebenarnya, itu la satu daripada cara cara orang Melayu Islam(iye ke¿) kita menyampaikan dan mengimplementasikan 'hasrat kedengkian dan irihati mereka' terhadap orang Melayu Islam yang telah maju makin maju dan berjaya menjadi kaya dan banyak duit hasil usaha gigih mereka menolak kepercayaan tahyul dan metos dengan harapan Orang Melayu yang berjaya dan Kaya banyak wang dan harta itu akan tiada pelanggan dan seterusnya menjadi bangkrup serta tutup kedai dan mereka yang 'dengki dan irihati serta sakit hati tidak boleh tengok orang lain lebih dari mereka akan puas hati yang sebenarnya tiada faedah langsung dan menambahkan simpanan dan koleksi/kumpulan dosa dosa mereka.

    sekian

    ha ha ha

  15. nak tambah lagi (sebab hari ni aku malas kerja, gaji kecik tak yah kerja rajin rajin…nanti mak aku marah, susah susah dulu belajar pastu dapat gaji kecik…ha ha ha )

    Ada satu cerita, dua buah kedai makanan dan minuman (di Malaysia sekarang lebih di kenali sebagai Kopitiam), kedai A memang maju, di kunjungi pelanggan dengan begitu ramai sekali, antara pujian yang terdengar ialah Sedap, murah, bersih, cantik, awek awek yang kerja kat situ lawa lawa dan murah senyuman, service bagus, tak perlu tungu lama.

    Kedai B, pernah aku kunjungi, kerana malas nak menunggu. Dengan kedai yang tidak terurus, meja tidak berlap, lantai berpasir, dalam kedai malap, dah duduk lama baru nak datang, menu semua HABIS, pakaian pekerja comot…Kedai macam ni bubuh, gantung, tanam pelaris sampai 100 biji pun belum tentu…

    ha ha ha ha ha

    air bungkus yang aku beli, aku minum separuh je, sebab langsung tak sedap… teh kurang, susu kurang… macam air basuh tangan rasa dia…

    masa nak bayar kat kaunter, aku terderngar sembang makcik taukey tu dengan seseorang '…bila tangkal tu dah jalan nanti…habisla semua lari kat kita pulak…masa tu dia rasa…

    aku cepat cepat belah sebab tak tahan nak gelak

    ha ha ha

  16. Waalaikumsalammmm…

    Restoren Tok Mek yg ko sebut tu yang ada di depan Empangan Timah Tasoh tu ker?

    hmmmm… kalu dah lapar, peduli apa bela hantu. Ntah2 makan lebih dari hantu..heheheh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *