KENAPA AKU MEMBLOG.

KENAPA AKU MEMBLOG.

Dah ada ker perkataan memblog? Tak ada? Ia sepatutnya menulis blog. Bukan memblog. Tapi aku tetap nak pakai perkataan memblog. Sebab aku suka. Sebab aku punya sense of belonging sungguh tinggi, maka haha, ini blog aku, aku punya pasallah. Haha.

Ok. Let me explain.

I am a journalist. I too, an entrepreneur. Small time. Tapi aku bukan golongan yang tak bayar pinjaman tekun sebab aku seorang yang tekun bekerja maka setakat ini, keperluan untuk menekun tekun tiada ketekunan.

Bila aku bekerja, aku akan menge-sure kan segala apa yang aku tulis mengikut tatasusila dan vocab yang betul sebab somehow, ok, obviously, I am earning something kan. So, kenalah buat betul betul, betul tak?

Di sini, aku tulis ikut suka hati aku. Ikut apa yang aku nak. Tak suka, tak apa. Boleh potong punya. Kalau belum potong, susah nanti.

Dan kekadang aku akan terbaca sesetengah komen yang berharap untuk aku lebih rigid, lebih tertib dan bersungguh sungguh seperti aku menulis karangan bertajuk “Apakah yang saya lakukan pada cuti sekolah.”

Kalau kita beli sok kabor Metro, kita bayar RM1.50 (betul ehh reganya tu?), kita akan akan kecewa kalau ada grammar atau typo error. Sebab we want that money of ours to be worth it.

Kat sini, semua free. Dapat ketawa free, dapat baca cerita free, and I am doing it on my own bloody time. And I am not being paid to make you laugh ok. Hahah. Ok ketawa sekarang sebab I sound so serious kan. lols lols.

Tapi aku suka. Sebab bila ada komen yang bunyinya macam “ehh salah ni, ehh salah tu, ehh ituk inik..” aku rasa mesti mereka mahukan aku beri perhatian pada mereka, yelah aku kan jambu. Hahah. Jambu? Hahahah.. Ok tak. Mereka seperti mahukan blog ni ditulis macam dalam buku. Macam dalam novel. Macam dalam cerpen. Macam dalam National Geographic. Macam dalam buku pelajor yang diperiksa setiap malam di rumah. Silap haribulan, blog aku pun diprint pastu tanda kan mana yang salah. Hahah. Konpem aku kurang markah. Haha.

This is the place I want to let my hair down a bit. Kalau tak suka, duduk kat tingkap dan pi tengok rumput kat luar tu. Pastu pikir – siapalah nak tebas lalang ni semua.

Yelah, as a journalist, kekadang rasa macam nak nulis perkataan yang kita slang-kan setiap ari, tapi ia mengundang penghujung nyawa. Haha.

Kalau nak baca, bacalah. Kat sini takder flow, takder undang undang grammar, tak ada 5W and 1H, takder peraturan sebut salah atau tidak. Ini bukan sok kabor. Ini bukan tempat yang ada cikgu untuk menge-check apa yang salah, apa yang tidak.

And with that in mind, sememangnya aku tidak berhasrat atau bercita cita langsung untuk menjaga tatabahasa, tutu, titi atau apa jua yang diperlukan oleh saudari atau saudara yang skema dan melonjak lonjak untuk spot mistakes kat blog ni.

Toksah tau. Buang karen jek. Simpan karen tu sikit untuk masa depan. Manalah tau blackout, leh nulis untuk Namewee’s next song. lols lols.

Yang ada kat sini ialah bapak gula gula yang tidak mempunyai anak bernama gula gula. Itupun dah ada orang punya. Kalau minat, masuklah mintak. Ok tak tak.

Dan kat sini, janganlah tension tension tau. Kalau nampak perkataan yang salah atau tak ada flow tu, pretend benda tu takder kat situ. Caranya senang. Bila scan the sentence, word by word tu, sampai kat perkataan yang salah, cepat cepat tutup muka guna kedua belah tangan. Jangan tipu tau, jari kena katup rapat rapat. Kalau awak tipu.. dosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tauuu. Tuhan marah tau kalau kita tipu. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bila membaca di blog ni, janganlah mengharap sangat akan susunan ayat yang best best atau ejaan serta perkataan yang ala ala nak tulis surat mintak kerja.

Alah, kenapa monyok pulak muka tu. Kita cakap jerlah. Kita tak marah awak tauuuuu. Kalau awak monyok, kita nanak kawan ngan awak. Mak kita marah tau orang majuk. ehh kita nak balik ahh, mak kita kata kita kena tukar pampers.

Siriusly, here, I just wanna let my hair down walaupun rambut aku belum buat extensyen lagi. Haaaa.. saper nak cakap aku salah eja. Lols lols.

20 Replies to “KENAPA AKU MEMBLOG.”

  1. kembang kuncup namewee nama dia masuk blog wartawan!!

    yup! aku setuju yg bab blog kita.. kita punya suka nak tulis apa.. perkataan apa.. isi apa.. apa2 jelah..

    kalau x ske boleh amek no kat kaunter lain!!

  2. BRO HAZREY..

    tak pasal-pasal aku gelak macam kena geletek pepag buta baca entri ko nihhh..

    ada ek yang rajin nak proof read ko punya ejaan, spot the typo error? mak aiiii..

    belasah jerrr apa ko suka nak tulih. dah itu gaya ko..That is You, ok..

    ehh Selamat Hari Raya Bapak Gula-gula..! ni dah raya laaa.. dah pagi rayaaa..

  3. waddehek.. kan?
    jambu asam boi, kalau tak cukup rasa masam manisnya..takde ummphh!
    mebbe ko shud start guna statement berikut:
    ada aku kesah?

    ohhh my gucci..hehehehehehe

    selamat hari raya hazrey n family 🙂

  4. TEDI:
    mesti si bengong tu bangga kan. Pasni dia akan buat lagu untuk aku. Hahah.

    AZIEAZAH:
    Ya mereka bercita cita untuk menjadi editor aku. Hantar borang pleaseeee.. Salam aidiladha buat Azie sekeluarga dan semua ex bf Azie.

    NINOZ:
    Lama tak makan jambu.Selamat hari raya Ninoz.

    ZZ:
    sElAmAT hArI rAyA buat ZZ. Macam azwan tak tulisan? Hahah

    NAZ:
    Salam kak Naz. Lama tak menyinggah yek. Hows the celebration there? Bestlah lembu lembu dan kerbau kerbau, kambing kambing dan unta unta kat sana kan. Tak ler resah sangat. Hahah. Salam Aidiladha buat Kak Naz and the family.

  5. Hahaha~
    Sapa kata takde cikgu baca?
    Meh lempang2 sikit~
    LOL!

    BTW, blog kita, kita boleh tulis apa saja. dan seperti yang pernah aku cakap pada penemuduga yang tanya aku pasal blog kat Bandar Baru Uda (entah dia baca blog aku tak?), aku kata aku menulis dengan ada integriti dalam diri~

    Hehehe~

    Namewee tu aku masih cari2 alamat dia~ Mana tau bleh kirim makanan raya yang lebih ni dekat dia~ LOL!

    Selamat Hari Raya Encik Hazrey~
    Jawab, jangan tak jawab~
    Hahahaha~

    =]

  6. AZHAR:
    Maafkan saya uncle.

    LORD ZARA:
    Cikgu.. belanja minummmmmmmm…

    MIZZYN:
    Suami yang ensem tak kim salam? lols lols. errr.. ensem ker? ohh tidakkkk..

    AZRUL:
    Tima kasih. Duit raya takder ye?

    RENDA:
    Kakak kata sharing is caring. Ok tak tak takkkkkkk.. Ai tipu. Tidakkkkk..

    HELLIOZ:
    Haha setan.

    AZHAN:
    Kobau balau.

    AZIE:
    Eleh tak ngaku pulak.

    BUNGACAHAYA:
    Buluh runcing nak tak?

    BELLE:
    Hahah.. hahahah.. best aper. Itu belum blog yang pakai bahasa SMS. Kah kah kah kah. Betul betul short. Agaknya orang yang nulis tu pun short. Kah kah kah kah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *