EPISODE TWO – BLOGGERS GATHERING IN JOHOR BAHRU.

EPISODE TWO – BLOGGERS GATHERING IN JOHOR BAHRU.

Insya’allah seperti yang dijanjikan, pertemuan dengan dua blogger tak hangit (read: sebab kami pakai deodorant silky girl), akan diadakan malam esok.

Ermm, kenapa ayat aku macam tulis surat gomen?

Kepada yang jauh tu, ya ampunlah sebab tak dapat den nak nolong.

Shahpaskal: entah, cuba ko tanya orang paling sibuk dalam dunia tu – Ondscene. Itu hari bukan ke kau yang mintak postpone. Hahah. Padan muka. Aku buat dulu dengan Mazidul. lols. Nanti kita buat ehh.. ala buchuk ala manja.

Jangan terkejut kerana aku dan Mazidul dah merancang untuk membuat kejutan.

Ya kejutan. Tapi sebagai tak mengecewakan orang yang jauh tu, ni aku kongsi sikit kejutannya:

Kami akan kejutkan mereka yang datang sebab sure diaorang boring dengar kami bercerita. hahahaha. Ok tipu, kami akan cerita pasal hospital. Alrite tak? Mesti banyak cerita hospital kan. Ok taknak jugak. Kita cerita pasal mat Lombok? Best kan?

Tapi sesungguhnya akan best sebab ada orang datang kalau idak bak kata mulut jahat Obefiend, ia akan jadik gaythering. lols lols. Dia memang jahat. Aku jadik jahat pun sebab pengaruh dia. Sumpah.

Dan tidak, aku tidak akan memakai lipgloss. Secara semulajadinya, bibir aku memang sudah berkilauan. Mungkin agak basah sedikit terutama pada musim hujan ni. Tak tahu kenapa. Nanti aku siasat. Aiseh malam Jumaat lah. Tak, aku nak ingatkan korang tengok program 999 malam ni, bukan apa. 999 jam 9 malam tau.

Errmm.. aku pun bukan fashion police, begitu juga dengan Mazidul. Tapi kami alu alukan jika ada yang cuba untuk memakai kemeja tetapi tidak dibutangkan untuk nampakkan dada, sekurangnya nanti adalah alasan aku dan Mazidul untuk mengata dan menyundalkan mulut kami. lols lols lols.

Ohh, jangan pakai uniform hospital kerana ia boleh menyebabkan kami pindah meja. Bawaklah baju spare esok ok. Dan tolong jangan ajak kami gaduh kerana kami baru habis belajar silat timba.

Dan harap harap tiada SB yang turut serta kerana kami bukan blogger politik. Tiada apa yang nak direportkan.

Kepada yang nak datang tu, boleh email: superhazrey at gmail dot com.

[ sila letakkan subject: Saya Bukan Gay ].

14 Replies to “EPISODE TWO – BLOGGERS GATHERING IN JOHOR BAHRU.”

  1. Haipp..memandai je fitnah kata daku tak jenguk mertua tau..sbln 2 kali balik kulai tau..hehehehe..

    Apapun..slmt bergayder2…muahahahha..opss..mlm jumaat, baca yassin ye..salammmm..

  2. nyah.. tiket mak dh kompem????

    ko punya "perkara" akan ku dambakan pada AOC pg ni dlm meeting…

    ingt nk join gath, tp lupe lak kat mana aku simpan lubricant..err..utk motor aku k…dh kering sgt rantai motor aku..

  3. Hazrey,

    Aku tak rabunlah.. 😛 tau ler hari ni ga(y)thering tu.. I wish I could go.. kalau cakap awal2 hari tu, boleh bagitau boss, aku EL.. hahahaahhaahhaa… takde lah.. acah aje.

    When you are in KL next time, buatlah ga(y)thering kat sini pulak! Gerenti lagi meriah!

  4. "Errmm.. aku pun bukan fashion police, begitu juga dengan Mazidul. Tapi kami alu alukan jika ada yang cuba untuk memakai kemeja tetapi tidak dibutangkan untuk nampakkan dada, sekurangnya nanti adalah alasan aku dan Mazidul untuk mengata dan menyundalkan mulut kami. lols lols lols."

    kah..kah…sabor je lah.. subject tak boleh tahan tu….

    anwyay, have fun with your gathering..

    ada rezeki kita gather2 yg belah KL-Selangor pulak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *