MEROKOK MEMBANTU SAYA LULUS SPM.

MEROKOK MEMBANTU SAYA LULUS SPM.

Ramai perokok memberikan alasan berikut:

1. “Bai, kalau takde rokok, ilham tak datang”. (read: senario ketika itu ialah di kedai membuat roti buku).
2. “Tak bolehlah bro, kalau lepas makan, pedas pedas, mesti nak kena sebatang”. (read: setengah kotak).
3. “Kena jugak merokok sebab tak tahan bau dalam tandas tu”. Well, yang ni alasan yang paling munasabah sebab ia sesungguhnya amat ketara berikutan tandas awam di Malaysia ni memang best. Kalau sedut lebih sikit, boleh ilang deria penglihatan. Lagi pulak ada bahalul yang lupa nak flush, bersepah atas simen. Pastu yang kecik kecik bersepah pulak tu. Sungguh babi kan kalau kena kat kita. Ok, kalau korang tak lunch lagi, aku mintak maaflah, tapi betul kan? Mesti kita menyumpah kat orang sebelum tu, walaupun kita tak kenal tapi kita sumpah secara general termasuk biar lepas ni dia tak boleh berak tiga bulan.

Ok lari dari tajuk. Tapi betullah pasal jamban awam kat Malaysia. Orang Malaysia betul betul mempraktikkan maksud awam. Dan ia juga boleh digunakan sebagai kiasan kepada manusia. Got it? Tak paham tak apa.

Kerajaan nak wujudkan harga minimum rokok. Harga paling minimum ialah RM6.20

Tapi kan, kalau jual serendah macam mana sekalipun, ketagihan bebudak sekolah sekarang akan mengatasi harga. Percayalah. Dulu pun antara sebab menaikkan rega rokok sebab taknak bebudak sekolah beli.

Pastu, buat satu peraturan – poster besar besar, rokok dijual kepada 18 tahun ke atas sahaja. Ada orang ikut ker?

Mamak restoran peduli apa. Meka datang dari India. Kalau takder sale, apa nak cakap kat sivaji?

Pi jual rokok bukak. Sebatang 50 sen. Nanti jadik singgit. Pun pelajar beli jugak.

Pada akulah, juallah berjuta ringgit sekalipun, kalau perlaksanaan penguatkuasaan masih lemah, ia akan menjadi satu lagi hangat tahi ayam.

Setakat ni, contohnya – selama aku berada di kawasan office aku ni, takder lagi penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan terhadap penjualan rokok kepada pelajar. Rileks jek aku tengok bebudak tu beli.

Yang pastinya, penguatkuasaan tidak menggunakan common sense.

Pergilah check kedai dekat dengan sekolah. Ko pergi check beribu batu dari sekolah buat apa. Kalau penguatkuasaan tegas, dan buat sekadar lepas batuk di tangga (read: selepas keluar kat paper), baik tutup jek unit penguatkuasaan.

Transfer kan meka kat penguatkuasaan tu jadik atendan terutama ketuanya, tukar lampin pesakit selepas berak. Nanti depa jerit – misiiiiiiiiii mau belak….

Aku rasa atendan buat kerja pun lebih baik dan menggunakan akal. Dan pengarah negeri pun sama, janganlah duduk mengalahkan tokeh Genting. Busy mengalahkan Ananda Krishnan.

Di Singapura, mengikut Akta Merokok, mereka yang pertama kali didapati bersalah menjual produk tembakau kepada belia bawah umur boleh didenda sehingga S$5,000.

Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda maksimum ialah S$10,000 selain lesen boleh digantung.

Di Singapura, penjualan produk berasaskan tembakau memerlukan lesen dari Unit Pengawalan Tembakau.

Adakah kita memerlukan lesen sedemikian? Maka akan bertempiklah manusia manusia di semua di Malaysia ni. Mulalah kedengaran akan betapa hak asasi mereka dicerobohi, dirampas.

Aku rasa melalui pengeluaran lesen penjualan produk tembakau ni, ia sekurang kurangnya dapat mengawal penjualan rokok kepada pelajar.

Tapi..

Ia akan berbalik kepada penguatkuasaan. Kalau penguatkuasaan lembik macam pondan, tak guna jugak. Buat membazir duit rakyat ambik petugas tetapi akhirnya hangat hangat tahi ayam.

Samalah jugak dengan denda buang sampah. Sebab tu kat Malaysia ni jarang dengar orang kena saman buang sampah. Kat JB ni sendiri sampah bersepah.

Akhirnya, ia akan jadik sampah jugak perlaksanaannya sebab anggota penguatkuasaan rupa rupanya tak cukup. Biasanya lepas ada penggubalan undang undang baru, pastu orang komplen kenapa penguatkuasaan lembap, jawapan mudah para bijak pandai ahli politik ialah:

“Ohh kami kekurangan kakitangan untuk melakukan penguatkuasaan. Tapi kami merancang untuk membuat pengambilan segera bagi menambah anggota penguatkuasa.”

** Masa nilah, kekawan sekelian, sedara mara kat jabatan kerajaan akan sibuk telefon anak sedara, anak jiran, anak biras, anak sedara kepada tok jiran dia, untuk mintak kerja dan direkomenkan.

Macam cibai kan alasan camtu. Kenapa masa nak gubal undang undang tu tak pikir berapa kekuatan penguatkuasaan, dan beban kerja mereka? Abis yang asyik keluar pagi petang siang malam duduk kat kantin opis tu kenapa tak disuruh buat penguatkuasaan? Adeh, tak boleh jugak, sebab nanti depa pi warung kopi, lagi happening kan.

Banyak susahkan. Haha, akhirnya, memang penguatkuasaan kat Malaysia ni hampeh. Kah kah kah kah.

Akhirnya nanti, rakaman video di bawah opis aku ni akan terus berlarutan dan diwarisi turun temurun.

26 Replies to “MEROKOK MEMBANTU SAYA LULUS SPM.”

  1. penguatkuasaan?

    pfft

    harga mahal?

    pfft

    iklan tak nak yang sedih?

    pfft

    perokok semuanya jenis talak peduli punya orang. asal dapat isap nikotin depa tak pedulik. betul la engkau cakap. mahal gaya mana pun orang still isap.

    btw. budak sekolah ni biar je dia isap. it's a free country! HAHAHAHA

    jgn kena tangkap sudah la. lepas kena tangkap suruh dia isap satu kotak sekaligus. baru weng

  2. Bro, aku tak nak selindung, I am a smoker…tapi sepanjang sekolah dan universiti aku tak pernah sentuh pun rokok, start kerja baru aku start rokok…

    Seriously pada aku tak de best mana pun merokok.Aku cakap sebab aku merokok..aku tahu.Sepanjang wife pregnant 9 bulan aku boleh tak isap rokok dalam rumah…dan aku tak kisah kalau setakat abis bekalan rokok malam takde nak terkejar2 pegi beli..not my type…pada aku rokok bukan pelengkap, tapi cuma sekadar mengisi masa kosong je…

    Dan aku dah cakap kat wife, kalau naik sekotak RM 10 aku stop..hehe…lagi 70sen nak sampai target aku..for me it's not difficult nak quit..lepas operation dekat sebulan aku tak smoking, ok je…cuma part setan dalam badan nak jugak aku bakar duit tu…

    Ada satu kedai runcit depan sekolah dekat rumah aku ni, kakak tu tegas tak jual kalau budak pakai uniform…pernah depan aku dia cakap kat budak tu tak jual…then budak tu keluar, pass duit kat kawan dia yang berpakaian biasa, kakak tu jual…hehe…

    Enforcement???Aku pernah tengok orang Jabatan Kesihatan yang minum kat kedai sambil ada budak pakai baju sekolah masuk sambil isap rokok…dia buat dek je…aku tak tau la samada Jbtn Kesihatan ada part tak dalam hal ni…

  3. alasan "kakitangan x cukup" adalah alasan paling bangang…

    kalau x cukup kakitangan kenapa tidak dibuka saja jawatan kepada penganggur2 yang ramai diluar sana??!

    penguatkuasaan pun memang macam pondan…tak hairan la kalau bilangan perokok semakin bertambah dikalangan budak2 sekolah

  4. ish..takut le pulak anak2 jantan aku bila dah masuk sekolah menengah nanti..kalau tak dijaga..gini le gayanya..

    skrg ni.. nampak jugak le.. disuruhnya ayahnya isap rokok kat balcony.. bukan dlm rumah..

    tapi bila suruh ayah berhenti merokok..ayah hanya sengih jek..

    berhentinya idak..!

  5. sedih kalau seorang bapa merokok sambil pimpin anak kecil di sebelah. nasib baik ayah dah berenti merokok sebab sakit dada.

    kalau dah suke, hukum apa pun letak tetap kan suke.

  6. har har ghar aku pun kejer gomen mmg byk birokrsi. n kat malaysia nih mmg byk sangat countermeasure utk sseuatu kes bila kuar paper pas tuh jadi kes besar tp hampeh tak berkesan pun..aku pun fckup gak.

    Bila kiter nak tegur ptk hancus tak der kenaikan gaji rekod buruk seumur idup..kononya org atasan tak boleh ditegur..kebal.. blrrrrrrr.

    Countermeasure paling sesuai tutup jer kilang rokok.saper melawan jgn penjara tarik kerakyatan biar jadi alien. Tau kn cam maner keadaan kalau malaysia tak iktiraf kerakyatan semua negara dalam dunia akn layan samer jer terkontang kanting ler jadi buruan..

  7. bapak [kekadang mak sekali] merokok mcm nak rak, suruh anak JANGAN isap rokok. bolehh???

    ko percaya tak..kat my kampung laman, takde org isap rokok kecuali org tu org dari luar..[betul tak ustaz azhar? :D]
    n one of kedai kat situ jgnkan sebatang rokok, bayang rokok pun tak dijualnya..n pasaraya tu sgt maju..alhamdulillah

    a fren of my dad tetapkan antara syarat sapa nak jadi menantu dia, bukan perokok [tak kira lah kasual ke, heavy smoker ke, sosial smoker ke] sebab dia tanak menantu yg hari2 menempa maut utk diri n anak isteri..

    my dad dulu2 masa zaman jahiliahnya , heavy smoker..tapi berhenti almost instantly..sebab berpegang pada fatwa yg rokok tu haram..
    eh eh..jgn risau kat malaysia takkan ada ulama' yg berani ijtihad utk keluarkan fatwa sedemikian rupa..so kat malaysia rokok consider halal 🙂

    apepun me bleh terima merokok as a personal choice..
    pasti ada sebab konkrit utk kita teruskan n pasti ada juga nanti sebab untuk kita tinggalkan..:D

  8. Bro, baca tajuk entry ni, ingatkan betul lah lu kaki hard core rokok..

    Satu lagi alasan perokok, sebab nak bantu pekebun kecil tembakau di Kelantan yang memerlukan sumber rezeki.. Nonsense!

    Rokok semakin menjadi ketagihan para remaja, khususnya pelajar sekolah.

    Kerajaan takkan bodoh untuk haramkan rokok, sebab ia sumber pendapatan yang memuaskan.

    Haa, satu lagi alasan perokok, iaitu untuk membantu meningkatkan cukai kerajaan.

  9. Hahaha~
    Orang merokok depan aku?
    Memang amhu kena penampar.
    Aku tunjukkan betapa aku benci si perokok.

    Eh, budak2 sekolah memang suka isap rokok. Kalau tak, camne nak feel belajar luar negara cikgu? Ada asap kuar dari mulut? WTH?!

    Kalau tak, mana boleh bangga ilmu penuh di dada, tetapi di otak penuh asap?

    Hahaha~

    Sila isap rokok di tempat yang sepatutnya kalau sungguh sudah tidak tahan.

    P/S : Kena tahan gelak laju2 bila dikata nombor telefon di temui di tandas Jusco. Adoi!!!! Eh, lagi satu, macam kenal lencana budak sekolah mana tu~ lalala~

  10. Ada satu ketika…penguatkuasa angkut bdk2 sek yg merokok di stesen bas k.trg dengan black maria. Terus x berani budak2 nak merokok kat situ. Tp sekejap je..Hangat2 tahi ayam betul. Kalau diteruskan operasi tu, sure selamat paru-paru remaja kita

  11. video sape ni bro?

    kalo video tgkp sindry,
    buat la wakenabeb kat dak2 ni…
    antaw je kt skola dorg video ni.
    koman2 kena gantung seminggu dua…
    pakai je name reporter tvtigapuluh
    xdehal…

    budak2 ec ke tuyh?
    hehahah~

    tajuk tu dah betol dah…
    sbb, mse ak spm dluyh cmni gak
    tapi result sempoi r…
    resultnye A ramai
    xbarai…
    kalo takat lulus je wtpe…
    gyahahah~

    nek benti susa ke senang?

    sape start awal susah nak benti
    sape start afta kerja mmg xdehal…

    yg boley kawal bende ni diri sendiri…
    penguatkuasaan camane pon,
    kalo setan dalam badan tu ckp nak, jadik je…
    stuju?

    kalo wakenabeb jadik jgn lupe buat entry baru…

  12. pandangan aku, kenapa penguatkuasaan tak menjadi, mana2 penguatkuasa sekali pun, puncanya adalah kerana sebahagian besar mereka, kalau pun tak semua, adalah terdiri daripada orang Melayu.

    ini bukan kenyataan rasis, tapi 90% hakikat…

    ada yg nak setuju ngan aku?

  13. MAKCIK:
    Best kan community msg tu. Sangat sangat best. Tapi tu jerlah.

    ITAFUKADA:
    Perokok takkan abis duit sebab aku perokok. Hahah.

    OBEFIEND:
    Bapak aku tak marah, apsal kau nak marah? Apsal apsal?

    AZHAR:
    Jabatan Kesihatan cuma sembur asap cegah denggi lah. Kau janganlah marah depa.

    AZRUL:

  14. AZRUL:
    Saje jek taknak bukak sebab bila ada tuntutan, barulah nampak cam hero sikit bila buat kesatuan sekerja buat statement: selepas berbincang, menteri amat bersetuju terdapat keperluan untuk menambah anggota penguatkuasaan. Best tak? Mesti kembang kuncup hidung bila kuar paper kan. Kan kan kan pak menteri.

    PUTUBAMBU:
    Mana boleh berhenti, dia tengah cari ilham tu. Bior lerrr…

    ROSE:
    Just say that u miss me, im ok. Say it, say it, say it. Alah toksahlah malu nok.

    MIZZYN:
    Bapak dia sedang mencari ilham bagaimana nak membesarkan anak dia.

    KRAZNAYA:
    Anda bersuara seperti pembangkang. Hahahaha.. betul tak? Hahahahaha.. Itu boss kau suruh aku cakap.

    NINOZ:
    Nasib baik aku tak duduk kat kampung tu, kalau idak pengsanlah. Hahah. Dan pasti ada sebab depa mati.

    BRAHIMNYIOR:
    I am a chain smoker. But I cant condone to those teenage smokers. Depa nak lulus SPM sebab tu kena isap rokok.

    ZARA:
    Alah cikgu, setakat cikgu tampar tu, tampar manja kan? Hahaha.. betul apa pelajar cikgu cakap camtu. Hahaha.. pengaruh tivi hebat kan.

    p/s: Lencana pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perling 2, Johor Bahru.

    HELLIOZ:
    Diaorang ni, wakanebeb ke, takkenabeb ke, depa apa peduli. Definitely NOT EC. Haha.

    AZMAN:
    Azman takder sebut, kenapa kalau Melayu penguatkuasaan tak menjadi? Justifikasinya ialah?

  15. aik??.. sejak bila pulak Zrey neh berfikiran ala2 suci gituh?? (read: lurus bendul)..

    enforcement?.. kikiki..

    larangan gituh2 jah.. orang kata, jangan tidak jer nak tunjuk taring!!.. konon2 nak prihatin.. nanti cakap gomen tak serius lindungi kesihatan rakyat bagai!!.. mana bole buat rokok tak laku beb.. cukai rokok antaran yang masyukkk!!

    akai ada ka dok larang2 budak bawah 18 tahun beli rokok??.. dorang nak dengar meh??.. mak pak larang isap rokok lagi dorang tak dengar.. lagi silakak ada bapak / abang gi suruh beli rokok.. kalau gomen bersungguh, larang jer terus budak bawah 18 tahun ISAP rokok!!.. ada berani??

    penat dah membebel pasal orang isap rokok neh!!.. abes2 dia jawap.. "ala.. ramai jah yang isap rokok tuh panjang umur.. tup2 yang tak isap rokok tuh adaaaa jah mati kencing manis laa.. mati obes la.. mati sakit jantung laa.. mati eksiden laaa.."

    haaaaa.. lantak!!..

  16. Teringat zaman2 skola dlu.bapak aku pesan,
    "korang jgn isap rokok dengan duit yang aku bagi. Kalo langgar,mmg xberkat la korang blaja"

    ~Huh..Gile takut nk smoke dlu.Tapi aku pegang gak ngn kata2 bapak aku.Then ble aku da keje partime lpas skolah,smpaila kt Uni,baru la stat smoke.~Nasib bkn heavy smoker.

    -Moralnye: Serius aku rse nk lempang2 je dak2 skolah yg isap rokok.Bajet cool,padahal bodoh n bengap n lahanat. Kalo nk sgt,pakai duit sndr la..

  17. betul..suka cara singapore. penguatkuasaan dorang bagus.. salah je terus saman.
    macam malaysia. kalau kantoi boleh 'bincang' lg. silap2 penguat kuasa yg hisap rokok tempat larangan. so mcm mana.

    oh saya adalah perokok tegar jugak ;p
    n rasanya letak la mahal mana pun rokok..tetap orang akan beli.
    ni pulak nak murahkan. terus buat kenduri kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *