ENTRY PALING TAK PENTING KALI NI: MENGALAH BUKAN ERTI KALAH.

ENTRY PALING TAK PENTING KALI NI: MENGALAH BUKAN ERTI KALAH.

Mungkin pepatah itu tak sesuai buat semua kawan aku yang sanggup SMS aku walaupun aku tahu kredit mereka cukup cukup makan. Dan SMS yang tiba semalam lebih banyak dari ucapan Raya yang aku dapat tahun ni.

Sungguh menakjubkan.

Aku tahu mereka amat bersungguh sungguh dengan perasaan mereka.

Aku pasti mereka masih lagi tersenyum lebar masa tidur semalam.

Aku yakin mereka tampak ceria pagi ini.

Aku tahu mereka mendabik dada.

Pada aku, biarlah mereka meraikan perasaan sementara itu kerana tak selalu mereka dapat merasai perasaan seperti ini. Ia bagaikan satu perasaan puas selepas gf gf mereka mengalah. Tetapi seperti gf gf mereka, yakinlah bahawa:

MENGALAH BUKAN ERTI KALAH.

Dan pastinya, aku akan biarkan mereka terus mengelamun dibuai perasaan.

Berilah mereka peluang merasai kemenangan yang jarang mereka perolehi. Kesian mereka.

Dan aku, aku langsung tidak merasai sebarang kepedihan tetapi aku hanya mampu terharu sebab akhirnya dapatlah kawan kawan aku bersusah payah mendabik dada akan kemenangan Liverfool Liverpool semalam.

17 Replies to “ENTRY PALING TAK PENTING KALI NI: MENGALAH BUKAN ERTI KALAH.”

  1. Man U masih lagi ada peluang. Reds, musim lalu kalahkan Man U Home and Away, tapi gagal juga.

    Memang perit, sebab jangkaan saya Man U boleh seri, sekurang-kurangnya.

    Andaian saya, biarpun skuad Rafa menang kali ini, ia belum selamat. Andai kalah sekali lagi dengan mana-mana pasukan underdog, nasib Rafa tentu spt telur di hujung tanduk..

  2. walaupun the reds peluang tipis nak menang apa2 cup, apatah lagi piala malaysia. tapi peduli apa.

    menang tetap menang. satu gol, setengah gol.

    tapi dua gol tanpa balas? tapau.

    ha ha ha ha….

    jgn gelisah wahai manure sekelian.

  3. ooooo man u supporter ghopernya
    seb baik kita tatau..kalau tak kita pun sms gak..hehehehe
    bak kata pantun melayu

    budak budak main galah
    yeayyy..yeayyy MAN U kalah!!

    opssss..sowwi tuan syed yg jambu [hangdah jadi arab plak kan?]
    hihihihi

  4. peluang mereka tuk tersenyum ternganga2 ketika menjulang trofi BPL stil samar kelabu asap,
    jadi biarlah mereka tersenyum dengan kejayaan satu per tiga puluh lapan yang ini….

  5. Sekurang-kurangnya dengan kegembiraan menyokong mereka (Liverpool, Manchester United dan lain2) dapat mengubat rindu peminat2 bola 1Malaysia untuk bergembira melihat pasukan pujaan menjulang piala/menang lawan team yang kuat dan hebat

    Kalau nak tunggu pasukan Malaysia..hmm

    (tolong jangan kaitkan semangat patriotik dalam ulasan ini)

    YNWA!

  6. i was there at the mamak restoran when the game was on, my boipren said "Mcm dapat rasakan liverpool kalah."

    Skali 2 gol la pulak tuuu. Mcm yoyo je kejap ok, kejap tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *