KILLED.

KILLED.

Dunia kewartawanan ni memang banyak cabaran. Bukan semudah yang dilihat. Jangan sangka apabila kami terpacul dalam televisyen ia adalah satu nikmat. Itu bukan objektif kami.

For the masses, berita dibaca atau ditonton tetapi cara mendapatkan bahan kadangkala menuntut pelbagai cabaran termasuk nyawa sendiri. Tak ramai yang tahu kadangkala kami sendiri terfikir, esok kalau tetiba ada orang tikam dengan pisau, macam mana?

Bila kita lihat bahan yang disiarkan di televisyen, kita akan menyahutnya dengan expression.. wuhh, wahhhh..

Semalam, aku duduk bersimpuh di tepi jalan di pusat bandaraya Johor Bahru hampir sejam bersama seorang budak berusia 14 tahun yang dah tak sekolah. Dia penagih gam.

Kisahnya pernah disiarkan di 360 untuk episod pilot (pertama) dulu.

Di tempat yang sama, aku, Mazidul dan produser 360, Fadzli Ramli pernah nyaris hilang nyawa sebab diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging yang tetiba cuba menetak kami.

Dan di Sarawak, Mazidul, Razif dan jurukamera, Wan Amran Wan Ibrahim juga menggadai nyawa. Kisah mereka di blog Mazidul.

Itu sekelumit dari apa yang kami terpaksa lalui.

Dari 1 Januari 1992 hingga 2 Oktober 2009, seramai 755 petugas media mati sama ada terbunuh atau dibunuh di seluruh dunia.

sumber: Committee To Protect Journalist

Bagaimanapun, nasib kami di Malaysia masih lagi baik biarpun sudah banyak laporan polis dibuat dek ancaman ancaman serta ugutan jenayah terhadap kami.

Aku sendiri pernah diancam dibunuh dan ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Dan pengalaman itu sungguh mengecutkan aku apatah lagi kalau dikepung tiga lelaki yang saiz badan mereka berkali ganda dari aku.

Ia berikutan serbuan terhadap sebuah pusat urut yang turut menawarkan khidmat urut batin kepada pelanggan. Serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Johor.

Wanita yang bekerja di situ adalah rakyat tempatan dan beragama Islam. Semua wanita itu ditahan.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan seseorang dibayar ribuan ringgit untuk mencederakan aku. Tetapi dah nama khabar angin, aku tak endahkan itu semua.

Dahulu, selepas satu serbuan dilakukan, kereta aku pernah diekori.

Silly me, aku memerangkap kenderaan itu di jalan mati dan terus turun menyergah pemandunya. Macam mana agaknya kalau pemandunya itu memiliki sepucuk pistol? Macam mana agaknya kalau dia terus keluar menyerang dengan parang? Tak pasal pasal.

Kalau perkara itu berlaku lagi, definitely aku tak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Semalam, ketika berjalan bersama jurukamera, Ezreen Talip, aku agak bimbang apatah lagi kawasan Jalan Wong Ah Fook adalah antara kawasan hotspot jenayah.

Tetapi demi tugas, dalam kebimbangan itu, ada tanggungjawab perlu dilaksanakan. Banyak mata yang memerhati. Banyak mata yang menjeling. Tawakal.

Yang penting, saat saat seperti itu tak perlu tunjuk gah, tunjuk lagak. Jangan pikir menjadi wartawan ini kita rasa kita perlu tonjol diri melampau lampau.

Cuba blend in dengan public as I did. I waved to everyone and talked to almost everyone just to reduce their anxiety. Dan anxiety kekadang boleh membawa kepada perkara perkara yang tidak diingini.

Beberapa kedai menjual DVD cetak rompak pun agak risau dengan kehadiran kami di kawasan itu. Mereka pun aku lambai. “Wassup bro”.

Kalau setakat diherdik, dimaki dan dicaci adalah sebahagian dari rutin. Bagai dah lali dengan itu semua. Askar Australia sendiri pernah memaki hamun kami ketika satu liputan dibuat berikutan satu kemalangan yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada tahun 90-an. Kemalangan itu turut mengakibatkan beberapa askar mereka terbunuh.

Dan kami hampir ditumbuk.

Mereka berada di Johor bagi mengikuti latihan peperangan dalam hutan bersama tentera darat kita di Kem Pulada, Kota Tinggi.

Dan cabaran seumpama inilah yang membuatkan kami lebih berhati-hati. And yes, nyawa kami sentiasa terancam tetapi itulah antara ‘perks’ tugas kami. Ia bukan untuk dibanggakan.

Our only triumphs adalah apabila apa yang dipaparkan dijadikan teladan atau pihak berkuasa ambil tindakan yang lebih serius. Itu sahaja. Itu tugas kami. If not, it will be our own failure.

Ibu aku adalah antara yang paling risau tentang kerja yang aku buat. Alhamdulillah mungkin doa dari ibu, setakat ini aku dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak diingini walaupun kekadang nak nak hampir hampir kena. Harap ia akan berterusan begitu.

Dan selepas aku balik semalam, aku bertanya lagi, agaknya kalau tiba tiba ada orang datang dari belakang terus tikam aku macam mana yek?

Ermm kalau macam tu.. tak dapatlah aku update blog ni. 🙂 Susah gak kan. Hehe.

17 Replies to “KILLED.”

  1. Huhuhu~

    Tak mau2~

    Moga ENcik Hazrey sentiasa di bawah rahmat Allah~ Selamat sentiasa.

    Aku tak tau nak kata apa lagi, err, camne nak pergi SMK Mohd Khalid? Nak pergi 26 ni~ =p

  2. Salam Hazrey,
    Oh yeah! there are many crazy people out there. Kalau fikir fikir sangat, takut nak keluar rumah!
    Semoga Hazrey selalu di dalam perlindungan Allah swt.
    Jaga diri baik baik OK.

  3. bro, pertamanya, aku nak bagitau, blog aku dah tukar ke ondscene.blogspot.com demi 'keselamatan'…
    keduanya, sama seperti yg selalu aku fikirkan, begitu juga dlm pemikiran kita yg sentiasa berdepan dgn pelbagai situasi.
    Kadang2, kita berhati2 macamanapun, berhemah begitu tinggipun, bersopan begitu baikpun, dan lebih-lebih lagi, terlebih-ajar berlebih2 pun, malang memang tidak berbau.
    Kita lakukan demi tugas, kita buat demi pengorbanan kita untuk masyarakat. Apa yg kita dapat? Kita dapat news…lebih pada itu, masyarakat menilainya value apa yg telah kita lakukan dan mengambil iktibar atau pengajaran hasil penulisan dan berita yg kita buat.
    Selebihnya, kita dapat menulis blog ini…
    Keep up ur gud work n bila hang nak dtg kl…

  4. Bro.baru aku teringat nko bukan clark kent yg jap jadi wartawan jap pka spenda kat luar.

    kalau keter nko diikuti lagi kau bwa jer keter kebal..x pun paling koman keter polis..har har har

  5. ayah salu pesan suh rajin2 baca ma'thurat lepas asar n subuh..bagus untuk protection pekara2 yg di luar kemampuan kudrat kita
    🙂
    jaga diri baik-baik ya..

  6. ooo cabaran..

    kalau tetiba dipeluk oleh peminat TAKsub dari belakang macam mana??

    kalau ada peminat yang ngaku nak test DNA macam mana?? ada bayi kecil disebelahnya??

  7. Bro Haz,
    Ajal maut tangan Tuhan. Insya Allah, kerja murni ngko yg ibarat lilin, menerangi hidup orang tapi membakar diri sendiri, mendapat keberkatan dan lindungi dari yg maha Esa. Amin…

    Berhati-hati bila bertugas ya…

  8. HAYATITO:
    Hahaha.. berjuta blog lagi kat sini. Haha. But deifnitely I will. Nak charge sorang singgit boleh tak? lols.

    NAZ:
    Salam Kak Naz. Yeah and I am one of them. Hehe. Insya'allah. TQ for the doa. Mana souvenir Norway ni?

    ONDSCENE:
    Aku dah cakap dah, link lama tu lambat load, pastu itu ada virus. Ciss. Dan biasalah kan, we can't please semua orang.

    Insya'allah dalam masa terdekat ni.

    KRAZNAYA:
    Haha lawak.

    NINOZ:
    Thank you for that tips. Insya'allah akan dipraktikkan.

    ZEQZEQ:
    Of course, aku sentiasa tunggu saat itu. Tetapi jarang sekali sebab ia takkan terjadi memandangkan aku TIDAK ada peminat. So aku selamat dari dipeluk mana mana wanita nak test DNA (kecuali mereka memang suka nak peluk.. haha).

    GEDUNG GEDANG:
    Amin.

    UMIE:
    Comel komen awak ni. (read: mengayat… haha). Insya'allah.

  9. cabaran tu yg buat keje kita lebih interesting betol tak??

    jadi cikgu pun sama bro..bila kita marah atau tegur ada ibubapa yg datang maki hamun siap ugut lagi.

    setakat budak sekolah calarkan kereta,ludah,ajak bertumbuk dah jadi asam garam skrg ni.

    yg paling terusik " kau kenal ke saya sapa?? jangan kau main-main sama saya" bole anak murid cakap kat cikgu dia mcm gitu.adehhh

    siap kau kau lagi.sungguh biadap! 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *