PENYAKIT: MENYAMAR

PENYAKIT: MENYAMAR

Aku dah tulis separuh draf satu cerita mengenai satu lelaki yang menyamar mewakili stesen No 1 Malaysia siap dengan vest tapi macam malas nak post.

Tunggulah, aku siapkan nanti. Tu pun kalau korang nak baca. Boleh tak aku charge RM1 sorang? Bolehlah ehh? Alah, duit singgit tu bukan kau pakai pun. Bagilah kat aku.

It was a long day for me yesterday.

Keluar kerja jam 9.30 pagi (khamis) and balik jam 5.30 pagi (Jumaat).

Kalau aku bawak teksi mesti aku dah kaya.

Kalau aku bawak bas ekspres, aku mesti dah kena banyak dapat duit overtime banyak dan muka aku banyak keluar surat khabar sebab banyak kali accident.

Kalau aku berlari dari Johor, mesti aku dah sampai Pulau Pinang. Ya, aku lari laju tapi mesti kena ada motivasi depan aku. Tak perlu beritahu apa motivasinya.

Nantilah yek.

Bro Mazidul dah tau kisah ini dan aku ada gambar sebab kawan aku Ezreen Abd Talip (ya, ramai reader terperdaya ingat Ezreen ini perempuan, tapi jantan sebenarnya, yang amat jantan. Tapi dia bukan gay. Aku harap dia tidak sebab yelah aku tak pernah nampak dia ada girlfren, so bahaya kalau mamat ni rapat dengan aku.. yelah eik).

Sementara tu, korang bacalah dulu this report from Utusan Malaysia.

Ia sedikit serupa dengan kisah yang akan aku postkan.

Dalam pada itu, malam ini malam Raya. Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Cahaya – Deepavali kepada semua reader beragama Hindu dan harap korang semua pergi ke open house kekawan yang sambutnya dan jangan lupa bawak buah tangan. Jangan kedekut.

9 Replies to “PENYAKIT: MENYAMAR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *