JANGAN PERCAYA PADA POS MALAYSIA.

JANGAN PERCAYA PADA POS MALAYSIA.

Betul, jangan percaya pada Pos Malaysia.

Kalau percaya jugak, anda mempunyai dua pilihan:

1. Ketawa dalam gundah.
2. Menangis puas puas.

Aku memilih option pertama.

Aku sepatutnya menerima satu pos daftar yang dihantar melalui Pos Malaysia.

Penghantar pos itu menggunakan khidmat itu pada Jumaat, 9hb Oktober 2009.

Hari ini, 14hb Oktober 2009.

Jarak antara pejabat penghantar dengan opis aku ialah kira-kira 10km.

Jarak antara pejabat mel Pos Malaysia dan opis aku pula ialah tak sampai 500 meter.

Jumlah hari yang diperlukan untuk menghantar: 3 hari !!

Seronok tak?

Tak? Ok, ini cili untuk kasi pedas.

Aku: Helo cik, selamat tengahari, saya nak check pos daftar sayalah. Kat sini ke saya perlu telefon atau ada pejabat pos lain?

Wanita: (Berbisik seperti dalam kelambu dan aku sedikit teruja.. amboi bestnya suara..huhu). Ya encik boleh check kat sini. Tapi boleh tak encik call balik jam 2.30 petang nanti?

Aku: Errr.. sekarang baru pukul 12 lebih cik. Bukan lunch hour, kenapa tak boleh check sekarang?

Wanita: (masih berbisik) Ohh sekarang kami sedang ada majlis hari raya, dan pegawai bertugas tu sedang mencekik ketupat menghadiri majls hari raya.

Aku: So, tak boleh check lah yek cik?

Wanita: (terus berbisik) Tak boleh encik, sekarang ada majlis hari raya. Encik kena call lepas pukul 2.30 nanti.

Aku: Errr bukan ker Pos Malaysia ni sediakan perkhidmatan 9 sampai 5 petang? Kalau urgent macam mana cik?

Wanita: errr…

Aku: Tak apalah cik, bagi saya nombor lain yang saya boleh check.

Wanita: Ok encik call nombor ni, kat sana encik boleh check.

Aku: What the… (nope, I did not say that).

Kenapa awal awal dia tak terus bagi jek? Kalaupun teruja dengan majlis tu, takyahlah panik.

Aku terus call pusat mel berkenaan. Dan seorang lelaki jawab agak garang. Mesti anak anak lelaki itu jarang balik rumah lewat sebab kalau dengar suara dia dah cukup menggambarkan bapaknya seorang yang garang. Tapi dia passkan kepada seorang lagi brader. Brader kedua amat mesra.

Selepas aku memberikan nombor rujukan, dia meminta nombor telefon aku sebab nak check dulu. Ok.

Sementara tunggu, aku check kat website Pos Malaysia dan laman web itu mempunyai kemudahan tracking, kononnya seperti DHL dan syarikat kurier besar lain.

Empat kali aku konpemkan pada penghantar nombor rujukan PosDaftar itu.

Dan inilah resultnya:

Menggunakan nombor rujukan yang sama mel aku sebenarnya sudah dihantar pada 31 Januari 2009.

And that was 9 months ago ok! Hahaha.. Lawak sungguh.

Dan SUDAH diterima pada 23 Februari 2009 !

Gembiranya aku!

Pos Malaysia memiliki Time Traveling Machine!

Rakan Kepercayaan Anda! Kah kah kah kah. That is so annoying slogan.

Maknanya, jangan percaya pada laman web Pos Malaysia kerana ia salah satu adegan filim Hollywood semata mata.

Manakala, jangan call Pos Malaysia ketika bulan Syawal. Anda yang membayar bagi perkhidmatan mereka PERLU tunggu. Itulah Pos Malaysia. Service tetap primitif seperti usia Pos Malaysia.

Ohh brader Pos Malaysia ada call aku balik dan dia kata posmen on the way. Dan tak sampai sejam, brader posmen pun sampai siap dengan earphone di telinga mengakibatkan dia terpaksa menjerit jerit pada aku suruh aku sign.

“SAIN SAIN.. “

Haha. Best kan Pos Malaysia.

33 Replies to “JANGAN PERCAYA PADA POS MALAYSIA.”

  1. at least yours took only 3 days.

    the letter we sent out from Petaling Jaya to Putrajaya took 12 days to arrive but this was in 2008 🙂 perhaps in 'odd' year 2009 it takes odd number of days to arrive.

    Nur Hannah

    p.s: In 1980s my sister sent a postcard from Johor Bahru to our grandma in Kota Bahru. Arrived months later. That was classic 🙂

  2. uih 3 hari, kalau hantar sendiri sempat pergi beraya kampung tok ngah, tok cik, tok cu dan segala tok lagi lah.

    anyway encik hazrey, saya request dulu la application letter dalam previous entry you dulu.

    mari kasi tengok..

  3. combi pernah kirim barang dari sabah ke flat pantai dalam dan ke opis kat cyberjaya hari dan masa yg sama.

    utk ke pantai dalam ambek masa seminggu sbb posmen malas nak nganto tapi kat cyberjaya hanya 3 hari jer.

    kesimpulanye kalau alamat flat@rumah burung mmg lambat dan kalau rumah teres atau pejabat dijamin cepat.

    begitu adanye.. 🙂

  4. kali terakhir aku pegi pejabat pos ialah ketika nak claim rebate road tax tu…tu pun pasal tak leh claim kat tempat lain…

    last months anak aku ajak beli setem, nak try hantar poskad kat kawan satu sekolah dia sebab dia kata hanya belajar mengenai pos tapi tak pernah guna…sampai sekarang aku belum bawak dia pergi beli setem…baca entri ko ni lagi buatkan aku takut nak bawak dia pergi..

  5. aku baru test pos laju ke perak aritu, pos jumaat petang dan isnin dah sampai. tapi kalo surat penting tu dan lambat sampai tergendala la urusan kan. ayooyo

  6. aku hantar barang pada kawan aku selepas raya dengan pelbagai ciri keselamatan. akhirnya barang yang tiba pecah berderai..

    eh!! pos laju masih pos malaysia kan?

  7. hahaha~

    memang selalu wat hal~

    aku berdoa agar surat posting aku diterima cepat. dari JPN Johor nak hantar ke Serom ni – berapa lama agaknya nak tiba?

    TNB pun buat onar di bulan yang mulia ni – aku masih tak dapat bil.

  8. FARYN:
    Next entry, sungguh sungguh untuk Myra.

    NUR HANNAH:
    Nasib baik sampai. Mungkin sebab depa sibuk jual mercun. Haha, tapi your grandma masih beruntung sebab dapat postcard tu.

    My sister pergi honeymoon kat Langkawi, immediately hantar postcard pada our parents. Dia dah balik seminggu, postcard baru sampai. Tragis sungguh. Hahaha.

    ATEEKA:
    Memang efisien.

    IZAWATI:
    Hahah tungguuuuuuuuuuuu… memang best citer tu. Kalau dapat tengok lagi best.

    ECHAH:
    For your case, stop blaming Pos Malaysia. You see, alamat itu adalah pantai dalam. And those people are NOT trained to go deep sea or deep beach. Next time antar kat tempat lain ok.

    AZHAR:
    Alah, kau memang selalu guna alasan macam tu. Esok bini kau jugak yang kena bawak. Aku antar email layang baru kau tau. Hahah. But wait, beritau Suria, jangan pergi masa bulan Syawal takut kaunter Pos tutup sebab ada rumah terbuka.

    MIZZYN:
    Baguslah. Tapi bak kata pak menteri, itu kes terpencil.

    ZEQ:
    http://www.pos.com.my
    bakal ditukar, http://www.mena-pos.com.my

    AZHAN:
    Tak boleh jugak sebab nanti award tu pun lambat sampai. Silap silap orang Frost & Sullivan sue Pos Malaysia sebab award tak sampai sampai. Hahahah..

    TEDI:
    Pos Lembap masih lagi dengan Pos Malaysia. Buat malu jek pakai nama Malaysia. Boleh tak kita cadangkan toksah kasi diaorang pakai nama Malaysia lagi?

    ZARA:
    Best apa buat onar bulan posa. Esok TNB boleh terus potong karan. Hahaha.. Boleh kau buat entry baru. Kah kah kah kah. Suka perkataan onar ni. Hahahahah.. Hahaha

  9. nak beli setem kena beratur ambik nombor. Tgu punya lama utk beli sekeping setem. Baik beli kat kedai runcit mamak je la…

    Kaunter byk tapi yang betul2 bukak hanya 1-2 je….

    Ari tu nak pi ambik surat berdaftar. kena tgu 1jam. Dulu ada kaunter tingkap yg kita bypass kaunter biasa..skrg kena ambik nombor n tungguuuuuu

  10. lepas kes hilang parcel hari tu terus hilang percaya kat Pos Malaysia.

    beli barang on9,dari 2 sellers yg berlainan.
    dua2 tak sampai.
    tak logik la kalau 2 sellers dr 2negeri berlainan nak buat taik pada masa yg sama.
    lagipun sebelum ni sampai je.
    check tracking records kat web,dah sampai 4 hari dah.hotak die betul.
    telepon customer service,lg lah macam haram,"cik ni dah tak boleh check sebab dah lebih seminggu.dah tak boleh nak buat apa2"
    hantar email,3,4kali,takde sape pun respond.

    I suspect posmen tu malas nak tekan butang lif nak naik opis yg tingkat kedua tu so dia campak je parcel2 tu kat atas postbox.sungguh takde otak dan takde tanggungjawab.

    burn rm60 mcm tu je.

    service teruk.
    kitorang bayar tau.

  11. kawan hantaq telekung, 2-3 bulan tersangkut kat pos malaysia…
    seb baik la dia hantaq telekung aje, buatnya sangkut bila diposkan hantu pocong, masak laa 2-3 bulan pos malaysia tu haunted..baru best sket keje kot
    😀
    aiii..jahatnyer aku

  12. hahaha..kes aku lg best..aku ader dokument tahap "super duper ultra urgent" tuk di hantar dr Bintulu ke Ipoh..Berbekalkan dgn kepercayaan Pos Laju..gua pun tanpa segan silu dan selambanya antar le..ingat sampai esok@lusanya…ttttttttttpppppppppppp…….LEPAS 6 BULAN BR SAMPAI….ape kes….!!!

  13. nama pun pos malaysia.paling koman dan kalo dekat sebelah umah sekalipun, kne bajet seminggu utk sampai.huhu..

    pnh test anta poskad kat umah sendirik sbb nak kaji bape lama posmen amik masa..genap 5 ari beb.cayolah den.pos msia mmg hebat.wallaa..hahaha..

  14. Masa saya mula-mula pindah ke Shah Alam, saya dapat satu notis dari Poslaju, suruh saya ambik bungkusan dari pejabat Poslaju di Klang (???) sedangkan pejabat Poslaju Shah Alam lebih dekat. Punya la saya mengharung traffic jam di bandar Klang untuk ke pejabat Poslaju nak ambik bungkusan. Perjalanan 20 minit jadi 2 jam!!

    Bila saya tanya orang kat kaunter tu, dia kata, entahlah.. tengok keadaan..

    Boleh camtu??

  15. Ahah. Sedangkan dalam negeri pun buleh jadi hal, apatah lagi hantar ke over the sea.

    Hantar invoice ke Ukraine 2 kali. Dua2 tak sampai. Sekali pakai pos daftar, sekali lagi pakai pos laju. Jimat kos punya pasal. Last2 pakai DHL. Mungkin invoice sesat kat mana-mana kot…

  16. Salam Hazrey.. Dah lama nah jadi silent reader di blog u ni and this is my 1st comment.
    Pernah sekali saya hantar kad Raya pada kenalan di KL yg kelakar nya got email fr my friend saying that dah sebulan selepas Raya baru dapat Kad Raya saya..:D
    So that the 1st n d last lah i`m sending a Raya card there…:)

  17. tapi sekarang nih hantaq kad raya handmade by pos ada byk sentimental value mumzy..tak kiralah sampai lambat sikit ka..
    😀
    bleh jadik collectible sebab org hantaq ucapan by sms jek, go green katanya
    🙂

  18. ROMMEL:
    Itulah sebabnya, system di Pos Malaysia masih lagi primitif. Dan mereka tiada persaingan dan kita TERPAKSA telan bulat bulat apa jua kesusahan.

    ARI:
    Please expect the unexpected.

    SHEPHA:
    Hahaha.. and they call themselves – Rakan Kepercayaan Anda. Hahaha.. Hahaha Pos Malaysia, they should post themselves. Ohh you are paying them for their service, but make no complaint.

    HAYATITO:
    Primitif.

    NINOZ:
    Apa yang Pos Malaysia tak ada ialah customer service measurement. Their service is primitive tetapi tiada effort untuk perbaiki.

    JAZ:
    Kenapa tak track kat website Pos Malaysia? Haha.

    ECHAH:
    Yup. They shld learn how to swim.

    ITAFUKADA:
    Poskad tu dihantar ke England terlebih dahulu.

    AUDRA SAZREENA:
    Samalah dengan TNB. Mereka tak ada keperluan untuk memperbaiki khidmat mereka.

    DESERT ROSE:
    Pos Malaysia itu pengeluar bekas kuih.

    UMMI:
    Mereka tidak lulus geografi sebab tu tak sampai sampai.

    MUMZY:
    Told you. Mereka sibuk mengadakan rumah terbuka.

    NINOZ:
    tapi kalau dah sampai krismas baru sampai camner?

    ATIE:
    Save our money.

  19. Pos malaysia mcm taik,pekerja kerani counter mcm taik..kalu yg pekerja baik n senyum ramah,itu aku puji,yg x senyum belagak sombong elok mampus jer..pasang cctv tgk kerja mereka hr boss besar leh tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *