SAYA KENAL DIA.

SAYA KENAL DIA.

Couple of days sebelum Raya, I was in Tangkak, Segamat which is jauh berjuta batu, bukan untuk balik kampung tetapi for an assignment.

Along the way, banyak jugaklah accident sebab hujan lebat. Three accidents in within 100 meters.

Hope semua yang akan balik kampung this weekend akan lebih berhati hati dan jangan tunjuk terer atau buktikan setan dah masuk badan, bawak lelaju dan potong di lane kecemasan.

Salah satu accident yang kami tengok ialah sebuah kereta Proton yang terperosok bawah lori di lane kecemasan. Itu mungkin sebab nak potong.

Anyway, met the Ketua Polis Tangkak, Superintenden Harun yang dulunya ketua polis Mersing, Johor.

Kalau tak silap in 2007, kami berjumpa beliau di Mersing untuk buat liputan mengenai aktiviti mendulang emas di Kampung Sri Pantai.

Well, memang ramai manusia yang pergi ke pantai tu bila cerita mengenai penemuan emas tersebar. Yang paling tak boleh handle ialah ada datang sejauh Kelantan dan Trengganu.

Tetapi sebenarnya selepas mendulang seharian, idaklah banyak pun yang diperolehi. Dari pagi mendulang, bergelumang dengan selut pantai, dapatlah cuma segram. Itu pun kalau nasib baik.

Kami pun cuba jugak untuk dipaparkan melalui assignment tu, tapi dari pagi sampai ke petang, kami terfikir, kumpul duit, pergi jek Habib Jewel.

Yang paling buat duit masa tu ialah peniaga yang jual air, jual makanan. Itu sebenarnya. Haha.

Anyway, semasa aku dan Superintenden Harun sedang berbual di tepi pantai sementara krew buat penggambaran dalam air, kami didatangi seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Lelaki: Assalamualaikum.

Aku: Waalaikumsalam.

Lelaki: Dari KL?

Aku: Ya, dari KL (sebab malas nak layan, dan instinct aku rasa macam tak kena kalau cakap dari JB, dan pada ketika itu aku memakai vest tertulis stesen tv yang aku wakili).

Selepas sesi suai kenal tanpa bergesel pipi, aku menceritakan tujuan penggambaran itu, dan lelaki ini berjaya meriangkan hati kami.

Lelaki: Baguslah bang buat liputan ni. Eh bang saya ada kenal kawan abang yang bertugas kat JB ni.

Aku: (aku dah saspek dah..) Ohh ye ker? Siapa?

Lelaki: Kawan baik saya tu, selalu gak saya ikut dia pergi buat liputan. Biasanya dia buat liputan pasal serbuan dengan polis, jabatan agama, imigresen.

Aku: Ohh ye ker? Siapa nama dia.

Lelaki: Biasa kita orang panggil dia Zul jek.

(untuk makluman rakyat jelata sekelian, vest aku tertera nama kecik – hazrey dan bukan nama penuh).

Aku: Zul ehh, macam mana rupa dia? Dia memang based di Johor Bahru ke atau datang dari KL jugak untuk assignment?

Lelaki: Dia memang based di JB. Alah dia tinggi tinggi, orang JB, saya rapat dengan dia.

Untuk mengorek lagi cerita dari mamat ni, aku kapurkan dia sikit, beritahu aku baru join company tv ni.

Aku: Ohh kami tak biasa sangat dengan krew kat JB ni. Lagipun saya baru join company ni bulan lepas.

Lelaki: Dia bagus bang. Berani, ikut serbu disko, serbu orang buat maksiat. Ni pun minggu depan dia ajak saya ikut dia lagi.

Aku: Baguslah, kawan baik awak lah tu?

Lelaki: Memang rapat bang. Oklah bang, saya gerak dulu nak pergi tengok diaorang mendulang.

Sebaik lelaki itu melangkah blah, aku dan Superitenden Harun terbahak bahak ketawa. Dan tempohari, kami masih lagi ketawa pasal cerita tu. Dan bahak kami dan guling kami masih sama dan kuat.

Nasib baik depa tak kutuk kawan baik dia nama Zul tu. Kalau dia kutuk, konpem aku dah berlari ke arah pendulang dan pinjam kuali mereka untuk dihadiahkan atas kepala dia.

Morale of the story, jangan poyo. Tolong check betul betul siapa yang anda temui sebelum mengaibkan diri sendiri. Tapi kalau sesekali buat tak apa, at least boleh buat bahan kat blog. Kah kah kah kah kah.

14 Replies to “SAYA KENAL DIA.”

  1. TEDI:
    Dia penjual kapur barus.

    EZZATI:
    Boleh, dia spesel.

    RONA:
    Yahuu!

    CAHAYA:
    Dia pakai kabel dah reput.

    YUZ:
    Tapi percayalah, dia senang dapat kerja.

    ATEEKA:
    Tu lah kan. Kalau awek, ok lagi, ai terus ngaku. Haha

    OBEFIEND:
    Hahaha, aku femes di Pakistan dan Somalia.

    FARYN:
    Sarcastic yek kau. Cili mulut tu nanti.. Hahaha..

    ZEQZEQ:
    Dan sebab itulah kerajaan buat keputusan hentikan lesen kontraktor kelas F, sebab banyak sangat main sub sub ni. Leceh beb.

  2. UDEAN:
    Hahah, tapi kejadian masjid tu kemudian. Tapi klasiklah kalau dia cakap camtu. Hahahah. Ehh, ko duduk Perling ker? Aiseh, sekangkang kera jek tu dari tempat aku. Huhuhu.

    PONTIANAK:
    Ok, Ramadan dah abis maka hantu dah keluar. Ok. TERENGGANU. Puas? Cakap puas, cakap.. Cakap.

  3. tgk2 bini dia akak Rela yg halau dlu tu..huhuhu..

    ha'ah aku dok perling.tp sok blk s.alam dah..

    sok2 klo bro ada job cover artis johor nak kawen kat masjid tu, bley roger..aku bley dptkn bro seat sblah imam.amacam? siyes..hahahahahahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *