TIRING RAYA.

TIRING RAYA.

Yes.

Pagi: Makan

Tengahari: Makan

Petang: Makan

Malam: Makan

Double it, and you will get one fat, yeah, one gigantic hazrey – specifically kat perut. Hilang comel. Sigh!

The foods are just too tempting.

Nasi minyak, ketupat, kuih, you named it, everything, semua telan.

I aint surprised kalau by next week, setakat 5kg boleh tapau dengan mudahnya.

While wifey is getting more compliments like makin cantiklah, makin hot lah, makin cun lah, the only compliment I am getting is – NONE.

Tak boleh ke these people be a bit plastic and say something nice about me?

Tak boleh ke kata – ehh muka kau iras Brad Pitt lah, or perhaps Hans Isaac will do. Yeah, no pun intended tapi cakap jerlah aku nampak macam Afdlin Shauki. Kodoklah!

This year, I recycled my baju Melayu sebab taknak membazir. Membazir itu kan amalan syaitan (ok aku tipu, aku dah pikir, kalaupun aku pakai baju Melayu baru, aku tetap tak hot, maka recycle pun orang tak perasan).

And, aku taknak tragedi sungguh sedih berulang sebagaimana tahun 2007- di mana baju aku sepesen dengan langsir umah in law aku. Hawau betul. Dan yang paling best, it is the same tone pulak tu. Takyah nak photoshop, memang sangat sangat blend aku dengan langsir tu.

Yang semakin tragis, my in law siap frame kan gambar itu di dinding utama rumah dan menjadi tatapan semua yang datang ke rumah itu. Aku hanya mampu tersipu malu walaupun kekadang aku rasa seperti mau sahaja aku berlari lari anak ke bilik tidur, lantas menghempaskan diriku, kemudian menutup mukaku dengan bantal. Sungguh filim Melayu.

Sangat sangat tragis.

Nope, I am not giving you the opportunity to laugh at me by posting that tragic picture here. No way.

This year, brown is our theme. Tapi kenapa perlu ada kedondonan? Someone called and asked me what is the color of my baju Melayu.

Kawan: Yo bro, wassup wassup. (Ok tak, dia tak helo camtu. Dia bagi salam).

Me: Salam. Aku suka makan ice cream paddle pop. Maka color tahun ini adalah paddle pop. Wuhuuu..

Aku tak tahu tapi kawanku itu terus kelat suaranya. Mungkin terlalu banyak makan ketupat. Sangka baik.

Best kan kalau baju Melayu banyak color camni. Meriah tak?

Ok, aku dah penat sangat dah ni.

Nanti ada cerita pasal iklan radio TM dan Metro Ahad (yes, ruangan hiburan again).

p/s:

Ninoz: Laksa Johor tak ada. Sedap kan kalau ada ni..

Izawati: Segamat jauh sesangat, but I was in Tangkak 2 days before Raya for an assignment.

3 Replies to “TIRING RAYA.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *