BILA RAYA.

BILA RAYA.

Dulu dulu, kiraan hisab hanya sebahagian dari penentuan berakhirnya Ramadan.

Maka, selepas berbuka, semua akan duduk di depan televisyen untuk mendengar pengumuman bilakah raya.

Mak sudahpun siap menganyam daun ketupat dan diisi dengan beras. Menanti que sahaja.

Adik beradik lain turut membantu.

Aku turut tolong. Tolong tengok sebab sehingga hari ini, aku tak dapat mewarisi kehebatan menganyam ketupat. Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab darah Brad Pit terlalu tebal dalam diri.

Semua adik beradik aku pandai menganyam.

Tahun 80-an itu, apabila Penyimpan Mohor Mohor Besar Diraja muncul di kaca televisyen kecil kami, semua orang akan senyap dan fokus pada pengumuman.

Mak: Jangan bisinglah, nanti tak dengar bila raya.

Serentak dengan itu, mata emak jadik besar. Cukup signal itu, semua akan diam. Itu que kami.

Dan seperti kakitangan kerajaan yang mendapat berita dapat bonus walaupun kualiti kerja mereka tu sepatutnya dipotong gaji dan bukan ditambah duit rakyat, kami melonjak bila dengar hari keesokannya adalah hari pertama Syawal.

Que yang paling teruja untuk ayat standard Penyimpan Mohor Mohor Besar Diraja adalah:

“… saya mengisytiharkan tarikh Hari raya Puasa bagi negeri negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan hari….”

But seriously, itulah saat glory untuk Penyimpan Mohor Mohor Besar Diraja. Setahun dia akan muncul untuk pengumuman Ramadan, Syawal dan Aidiladha.

Cukup tiga kali sahaja, tetapi berjuta orang ingat akan wajahnya.

Apapun, aku cukup teruja untuk menunggu pengumuman malam ini, nak tengok warna baju Melayu yang bakal dipakai beliau.

Namun, pada tahun 80-an juga, pada ketika kami bersiap siap menyambut Syawal, kami terpaksa melupakan sambutan berikutan pemergian nenek kesayangan selepas beberapa minggu terlantar di hospital.

Cukup sedih pada masa itu, lebih lebih lagi aku antara cucu paling rapat dengan nenek. Kami di Johor tidak panggil nenek, tetapi tok sebagai gelaran pengganti buat nenek.

Ketupat yang dimasak menjadi merah. Terus dibiarkan begitu sahaja.

Berita yang tiba pada waktu maghrib itu bagai tidak disangka, apatah lagi hanya beberapa jam sebelum itu, kami sempat menjenguk tok di hospital.

Bergegas semua ke hospital. Ditinggalkan segalanya. Api yang membakar periuk berisi ketupat terus disimbah air.

Mak tak henti menangis.

Perjalanan ke hospital yang tidak sampai 2km bagai jauh rasanya.

Dan malam ini, pasti kenangan itu muncul kembali. Pasti mak akan sedih.

Kami semua tidak lagi dapat bermanja dengan atuk, nenek baik di sebelah mak, mahupun di sebelah ayah. Semuanya sudah pergi meninggalkan kami. Kami redha walaupun hakikatnya: bukankah setiap cucu akan merasa amat seronok dapat berjumpa atuk, nenek? Dapat merebahkan diri dalam ribaan mereka. Diusik, dimanja?

Berkejar kalau nampak mereka? Melonjak keseronokan melihat wajah mereka?

Mendengar takbir raya malam ini pasti menggamit pilu buat mak. Juga, buat ayah disebalik wajah lesu, wajah yang semakin dimamah usia ayah dan mak.

Pastinya seronok dapat memeluk mereka yang kita panggil mak, ayah, abah, umi, mama, papa. Peluklah mereka, setiap hari. Tunjukkan mereka kasih sayang kita yang tak seberapa ini berbanding kasih sayang mereka selama membesarkan kita.

Pohonlah maaf seikhlas hati. Pohonlah keampunan bagai hari ini adalah hari terakhir buat kita. Pohonlah restu bagai hari ini hari penamat buat kita. Bisikkan betapa bertuahnya kita dilahirkan di dunia dengan kasih sayang mereka.

Sambil itu, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang sudah pergi. Roh roh mereka akan menangis malam ini. Sedekahkan sebanyak mungkin buat mereka. Doakan agar roh mereka dipermudahkan di alam barzakh sementara menanti akhirat.

Salam Aidilfitri.

11 Replies to “BILA RAYA.”

  1. Salam Hazrey,
    …already in Oslo now.
    Your poignant entry touched me so…because I too lost a loved one on this day 4 Ramadans ago.
    Agghhh! I'm giving myself 15 minutes to clear the tear canal (!) and I'm heading out into sunny Oslo.
    Life goes on…

    Have a good Raya, Hazrey. And yes, peluk Mak erat erat ya 🙂

  2. i have four grandparents and two whore are step-grandpas and mas, and now only one is left. I hope to see my maternal grandma and my step-grandpa soon but i heard they live up north.

    selamat hari raya for the umpteenth time mr sugar.

    ps; bagaimana jika brad pitt tau anyam ketupat sebenarnya?

  3. Hazrey,
    awak beruntung pernah merasa kasih sayang datuk dan nenek.
    my maternal grandparents passed away before i was born, and eventhough i've met my paternal grandparents, i do not really know them that well, they passed away when i was in primary school.

    "Kul am wa antum bi khair. Eid Mubarak."

    Nur Hannah

  4. bro Hazrey,

    Selamat Hari Raya.

    gambar tarik upih yg aritu bro suggest suh wat black & white tak terpublish utk entri raya ni, hujan semedang nak hujung2 puasa ni tak mood nak ngadap laptop. =D

  5. RONA:
    Dramatic season.

    NAZ:
    Salam Kak. Hope this Syawal shall bring you joy, with your wonderful children around.

    MIZZYN:
    Salam Aidilfitri to you too. Make it a point to your maternal grandma.

    NUR HANNAH:
    Ya, Alhamdulillah. But kami tak puas bermanja. Eid Mubarak to you too.

    YUZ:
    Takper, I am not goin anywhere. 🙂 Kampung pun tarak.

    ZEQZEQ:
    Selalunya macam tu, bila yang tiada itulah kita akan fikir banyak perkara yang kita tak buat dan sedikit rasa kesal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *