ANAK YATIM MEWAH PADA RAMADAN INI.

ANAK YATIM MEWAH PADA RAMADAN INI.

Setiap kali Ramadan, pasti jemputan tiba di pejabat bagi meraikan anak yatim, ibu tunggal dan warga tua.Aku tak suka pergi ke majlis seperti ini, apatah lagi jika anak-anak kecil yang sudah kehilangan tempat mengadu, diraikan sebagai tetamu khas kerana nanti aku sedih melihat anak anak kecil ini.Sedih sebab pada ketika kita semua masih ada ibu untuk mengadu, pada ketika kita masih ada ayah untuk mencebikkan bibir kita, mereka yang masih terlalu muda tidak mendapat semua nikmat itu.Ramadan baru sahaja seminggu berlalu, sudah beberapa majlis yang aku hadiri beramal dengan anak yatim, ibu tunggal dan warga emas, malah fakir miskin turut menerima perhatian.Syukurlah, jika pihak korporat menjadikan ia acara tahunan. Pelbagai bungkusan diberikan. Hamper, duit raya dan banyak lagi.Menurut Ustaz Zaharuddin yang menulis untuk sebuah majalah aku kendalikan:”Sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :- 
كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة 
Ertinya : “Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup” (Riwayat Al-Bukhari).Memanglah seeloknya ia diberikan pada Ramadan ini. Berlipat ganda pahala kita. Tetapi pastikan ia penuh dengan niat keinsafan dan rasa tanggungjawab kita. Tetapi malam tadi ketika majlis penyampaian hamper dan duit raya disempurnakan, aku terfikir sejenak.Barangan yang diberikan adalah makanan. Pasti ada tarikh luput.Duit raya yang diberikan, disampaikan ke tangan si anak-anak yatim ini.Jemputan yang aku terima pada Ramadan hampir setiap hari, kecuali pada malam Raya. Mewah anak yatim. Baguslah. Sekurang-kurangnya janganlah dipinggirkan mereka ini.Mereka ini sudah hilang kasih sayang dari ibubapa mereka. Nikmat Ramadan yang kita semua perolehi tiada dalam kamus hidup mereka. Hanya penjaga yang menjadi ibu di institusi yang mereka diami.”Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan.”(al-Dhuha 9)” Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak yatim.”(al-Ma’un 1-2).Harap harap apa yang diterjemahkan melalui majlis majlis seumpama itu bukan sekadar gimik atau PR event semata mata sebab dek kerana semua orang lain anjurkan, maka kita pun nak anjurkan. Kita taknak ketinggalan.Janganlah kita jadikan anak anak yatim ini untuk publisiti diri kita. Dan aku tertanya. Aku berbual dengan penyanyi Fazli Zainal semalam dalam satu majlis. Kami duduk semeja. Selepas solat maghrib, bermulalah majlis itu.Credit: http://duniawanja.fotopages.com/Aku menimbulkan satu persoalan. “Kenapa tak ada syarikat korporat yang memberikan sijil simpanan premium pada anak anak yatim ini? Kenapa tak ada syarikat korporat yang berikan buku simpanan di bank?” Kan lebih afdal jika dilakukan sedemikian rupa. Ia lebih bersifat jangka panjang. Ia lebih menjamin dari memberikan mereka pada Ramadan semata mata. Dan pastinya selepas Ramadan ini, tak ada faksimili ke pejabat aku “Jemputan Meraikan Anak Yatim” kelihatan lagi.Fazli bersetuju. Malah kata Fazli, ia sepatutnya menjadi satu acara bulanan dan bukan dalam bulan Ramadan semata mata. Betul tu Fazli.Kami terus berbual mengenai isu ini. Perbincangan kami turut disertai Roslan Shah yang duduk di sebelah aku.Pastinya anak-anak yatim ini sudahpun mempunyai simpanan di bank, apa kata, lepas ini, selain hamper atau barangan untuk mereka beraya, kita berikan mereka bank-in slip, yang kita dah topup kan simpanan mereka. Dan kalaulah dapat, jadikan ia acara bulanan, atau quarterly. Tiga bulan sekali, masukkan sedikit keuntungan kita pada anak anak yatim ini. Mudah mudahan mendapat keberkatan sumbangan kita itu.Yang pastinya, Ramadan inilah rupanya anak-anak yatim ini dapat merasa duduk berbuka di hotel lima bintang, menjadi perhatian kepada banyak pihak. Jarang aku dengar pada waktu waktu lain. Adakah tidak layak mereka mendapat perhatian seperti ini pada waktu / bulan bulan lain? Sedih tak? 

12 Replies to “ANAK YATIM MEWAH PADA RAMADAN INI.”

  1. Salam en hazrey. If en hazrey ada meraikan anak2 dr rumah BARKAT, terima kasih byk2. Ada di antara mereka adalah waris saya. Suatu hari nanti insyaallah mereka akan berada bersama saya.

  2. mcm pelik kan sbb bulan pose je ada majlis mcm ni…
    mcm bos aku tanya..diorg nak buat amal jariah jugak join dengan client kitorg..
    bulan lain tak bley ke? aku kata bley tapi for sure client taknak sbb takde publisiti untuk diorang…

    kadang2 aku rasa anak2 yatim ni dipergunakan je…haishhh

  3. Alia: Salam. Saya tidak meraikan mereka, saya bersama sama mereka. Tiada apa yang saya lakukan selain agak sedih sebab demi publisiti, anak anak kecil / adik adik saya ini dijemput. Wallahualam.

    Faryn: Betul tu. Itulah yang selalu aku pikir. Harap harap Faryn tak akan lupa anak yatim selepas raya nanti tau. Singgahlah jenguk mereka. Ada yang tidak ada kakak. Ada yang tidak ada abang. Ayah dan ibu sudah lama pergi.

  4. I think ada juga syarikat syarikat yang berderma di luar musim perayaan tapi yang ni jarang kita dengar sebab these are the minority … yang betul betul nak buat kebajikan. Tak perlu ambik gambar tayang gigi Colgate hu ha hu ha while handing over mock cheque yang saiz macam gajah tu.

    Yes, the orphans deserve our attention year round, bukan masa hari raya saja.

  5. cadangan aku pula, kadang kala rumah anak yatim terima banyak jemputan sehingga terpaksa menolak.

    mungkin ada baiknya jemputan yang terlebih tu dibawak ke hadapan pada masa-masa lain, luar bulan puasa?

    Amacam, boleh?

    atau bajet kompeni2 tu untuk event semacam ni valid time ramadhan saja?

  6. Salam bro,

    Nabi saw ada bersabda siapa yang menjaga anak yatim tempatnya di syurga adalah sejarak dua jari denganku, sungguh rapat hanya sejarak 2 jari! Ayuh, mari kita berkasih sayang sesama anak yatim… dan berkasih sayang antara sesama kita juga!

    Aku dan penjaga yatim piatu..
    di syurga,ditempatkan bersama..
    Kaulah teman sejati,ini janjiku padamu (ummat)
    Ana wa anta seumpama..Dua jari ini (2X)

    Hadis : Sohih Bukhari
    (lirik lagu Kasih Sejarak Dua Jari)

    thanks..
    salam

  7. Faryn: Ok. Perhaps I can forward it to my colleague in KL. Insya'allah.

    Naz: Hi kak. There are companies that do that. Yeah, mock up cheque. I think next year, I wanna run a company that specialises in making mock up cheques.

    azman: That is really a good idea. And yes, one wonder, takkan bajet cuma ada masa Ramadan jek? How about bulan bulan lain? Their answer will be: sorry, bajet dah abis masa Ramadan itu hari.

    deen: Salam. Terima kasih berkongsi.Tetapi adakah niat dan perbuatan kita semasa di Ramadan ini, tujuannya untuk publisiti semata mata dan mengharapkan media membuat liputan (sambil penuhkan perut kami)?

  8. ''Janganlah kita jadikan anak anak yatim ini untuk publisiti diri kita''

    bab susah nak cerita, siapa yang nak buka rahsia, kekadang buka YAyasan untuk dapat DANA, derma,peembiayaan, kutip derma hantar surat,lepas itu buat kerja sampingan, buka 4 syarikat persendirian..melarikan DANA..

    hanya orang dalam yang sanggup buka rahsia??

    .segelintir INSAN yang memperalatkan golongan ini, untuk tujuan KRONI dan peribadi..

  9. zeqzeq: Betul tu. Tetapi kita ada Registrar of Society untuk memantau dan audit operasi sesebuah NGO.

    Pun begitu, ini Malaysia. Kita tak buat pemantauan betul betul. Kalau ada media highlight baru depa nak terhegeh hegeh buat. Itulah konsepnya.

    Komplenlah sejuta kalipun. Itulah nasib kita.

  10. alamak bro! bosan le aku nak baca pasal anak yatim bulan pose ni. very tipical sangat2. korporat macam mempergunakann majlis tu kononnya diorang ambik kisah pasal anak yatim. tapi hakikatnya hampeh. kau perasan tak bro, kalau betul diorang nak raikan anak yatim ni kenapa selalu majlis diorang ni duduk belakang? pastu kenapa anak yatim ni tak duduk kat meja VVIP? apesal nak bagi vip majlis tu dok meja vip? dalam hal ni sape yang vip sebenarnya? kalau betul nak bantu kenapa bulan pose je nak bantu bulan2 lain takde pun majlis meraikan anak yatim? tiap2 bulan takleh buat ke bro?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *