THIS IS NOT A POLITICAL BLOG.

THIS IS NOT A POLITICAL BLOG.

Eversince I started blogging, I have never write any issues related to politics. Regardless foreign or local political scene.Tak pernah dan tak berminat langsung. Temberang banyak sangat. Hari ni depa kutuk, esok comolot. Today, a set of questionnaires were sent to me by a fren of Azhar Shafie to share with her about my blogging experience. Dan mengenangkan Azhar adalah seorang kawan aku, maka aku bersetuju. Kawan Azhar adalah kawan aku jugak. (read: terutama yang hot).They are just too many blogs yang menulis mengenai politik. Jenuh kalau nak dikira. Macam nak kira berapa banyak kentang kecik dalam karipap tiga seringgit yang dibeli di bazar Ramadan. Zillions.Yang bangkang, yang nyokong semua ada. Yang terkangkang pun ada. Yang jatuh dari bangunan pun ada, yang ada hidden camera sambil tengok laptop pun ada. Semua ada.Maka, I don’t intend to add another political blog sebab aku naive pasal politik dan kasih sayang aku pada orang politik, amatlah kurang.Tapi aku bercerita mengenai apa yang aku nak cerita. Termasuklah aku nak cerita pasal apa yang aku mimpi malam tadi – mimpi dipatuk ular. Dan aku biasanya bercerita panjang lebar sebab aku suka bercerita, walaupun orang tak suka aku bercerita tapi sebenarnya diaorang syok dan ada crush kat aku. Ok, aku bukan Dan Humphrey. Lupalah. Kurang mineral tu.Panjang soalannya, macam kena soal siasat tentang dokumen dalam laptop. Bagaimanapun, tiada soalan sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya. Ok ayang, I gurau gurau ajer lorr. Hati I ni untuk you ajek. Tak tipu. Tipu dosa tauuuu.Aku diminta memberikan consent (read: redha dalam paksa) untuk blog ini dimonitor. Maka, sebelum aku berikan consent itu, aku ingin meminta consent dari korang jugak, sebab apa jua komen dari korang, turut dikaji sedalam-dalamnya dan seadil-adilnya.Jangan risau, identiti anda semua dirahsiakan tidak seperti bank dan penyedia khidmat mobile phone di Malaysia ini, di mana sering kita dapat panggilan seperti:”Terima kasih kerana menggunakan kad kredit xxxx. Kami ingin menawarkan satu pakej, pelan yada yada, yada yoda..”. Bila tanya mana dapat nombor, depa jawab, nombor encik disenaraikan oleh penyedia khidmat. Pastu tanya lagi, betul ker? Terus depa jawab, ini yang diberikan syarikat saya. Bila aku tanya lagi, berikan nama tokeh untuk aku tanyakan, terus bunyi toot toot toot.Maka, sila berdiri jika anda bersetuju untuk bersama-sama menunaikan kewajipan kita membantu seorang rakan yang sedang menimba ilmu di seberang. Kajian adalah untuk tujuan education, bukan untuk ISA atau salleh atau ahmad atau kassim. p/s: They are watching us. Please Behave.

11 Replies to “THIS IS NOT A POLITICAL BLOG.”

  1. TRUE STORY

    "apa jenis blog kamu?"
    "blog saya blog humour sinikal"
    "bukan blog politik"
    "bukan"
    "tapi kenapa selalu hentam politik"
    "pasal politikus senang jadi bahan parodi"

    HAHA

    serious…… easiest material to bash on. sometimes bashing politicians is as easy as bashing a 3 year old baby with a baseball bat. not that i have done it but i heard its that easy. so in a way any tom dick and penis can have a political blog. it's not that hard to come up with negative comments on things or disagreeing with a policy. it might be amusing at the beginning but you soon tire of it.

    tak ada cabaran

    why compete in a saturated market pun kan? jom buat blog annoying, blog raging atau blog tetek. sekarang banyak blog tetek kamu tau hazrey? "blogger" yang konon blog pasal kehidupan dia tapi setiap blog entry diselit gambar camwhore dari angle 80's dari ufuk. nampak la alur yang tak seberapa

    i heard you can seriously make money doing that. hahahaha. tak yah susah tulis. ambik gambar tayar aset je

    hahahaha..

    kamu bila nak buat. man boobs cukup besar tak Haz?

  2. Salam

    hmm, everything is politic…

    heheh…

    I hate serious politic!

    I love sincere politic…

    and only Allah knows the SINCERITY of His slaves' hearts..

    Dan tunduklah semua muka (dengan merendah diri) kepada Tuhan Yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus (makhlukNya). dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman.

    Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan dalam keadaan beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya…

    (Thaha: 111-112)

    Saya suka PEMIMPIN yg telus dan adil dan bukan hipokrit..

    =)

    Salam merdeka!

  3. aku dah lama muntah ijau ngan politik malaysia.

    thats why aku hanya teruja dgn cerita tindak balas ko kepada panggilan telefon sykt kad kredit.
    Aku nak pinjam taktik tu, mintak dibenarkan..

  4. Thanks Bro…terharu rasanya baca part kawan aku kawan ko jugak (BTW kawan aku semua hot ok…cuma kadang2 ada yang bikin hot instead of being hot..hehe..)

    Aku suka blog ko pasal aku menyampah blog politik yang bertimbun2 kat luar tu…semua nak tulis ikut mcm org lain..(lain la Obefiend, dia hentam semua;I like..hehe)

    Sometimes orang kita bila cakap pasal blog je mesti nak tengok ke arah blog politik,be it lawan atau sokong…kenapa tak tengok blog orang yang hidup dgn masyarakat untuk masyarakat dan bersama masyarakat…kan…

    And that's where your blog came in…

  5. Salam Encik hazrey.

    Politics kata orang macam nasi.
    Kadang kala perlu makan, kadangkala kita perlu abaikan.

    Your blog is not into politic thingy as far as I read it as a silent reader up until berani tinggalkan komen.

    Your blog is whatever you think as, and much more important, u wrote based on facts, not just something messy.

    I do like your blog because it's always open my mind and eyes on some good issues. Thanks for writing such a great blog!

    ^__^

  6. apa itu politik?

    kata kamus, adeih malas nak tgk kamus.

    politician semua mcm jiran dalam perkampungan la, takkan nak bermasam muka sampai dalam jamban pun fikir pasal politk. politik pada mereka ialah kerja, jadi keluar dewan rakyat dewan negara pergi isap rokok sama-sama takpun ngap mengeteh sama2.

    sebenarnya aku kurang peka rupa ahli politik ni jadi kalau aku pergi parlimen pun aku tatau siapa-siapa. haha

  7. Obefiend: Rudy sedang membaca, so tak boleh buat blog man's tetek.

    miss RA: Pemimpin tak hipokrit sikit sangat, macam pemandu teksi yang guna meter.

    azman: Masa muntah tu, ada rasa pening pening tak? Errr.. adakah anda tergesa gesa pergi ke blog politik semasa bulan puasa ini untuk muntah? Haaaaa.. Ohh taktik kad kredit tu, lagi satu kau pakai:

    "Saya dah lama tak kerja ni. Kat sana ada kerja kosong tak? "

    Azhar: Aku sedang control hidung aku ni.

    Zara: See, aku dah tahu dah, ada orang syok kat aku. Ok.

    Audriena: Hahaha.. it is to stimulate. Promo kerja sendiri, apa salahnya kan. Bukan jual tudung bawang.

    mizzyn: Hahah, kalau aku producer kau, dah lama aku suruh kau bungkus. Hahah. tapi kita serupa. Hahah

  8. Salam,

    'semua sama!'
    Pimpin diri sendiri je lah kalau matlamatnya hanya untuk kepentingan diri sendiri..oh 'politik'

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

    ”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.” Riwayat Muslim

    salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *