TEKSI.

TEKSI.

Pejam celik, pejam celik, dah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, kita dianugerahkan badan yang sihat untuk berpuasa. 

Puasa dari segala perkara termasuk bagi aku, menahan diri dari pujukan kotak berwarna merah lengkap dengan gambar mengerikan yang biasanya kami jarang tengok. Ini sambungan cerita mengenai teksi.Terima kasih pada Desert Rose, Natasha, im stanum, Obefiend, Naz, Eddie, Zara, mizzyN, ezzati, azhan, cinta dan faryn for your response.Berapa banyak teksi di negara ini? Banyak? Terlalu banyak? Terlalu banyak. Amat amat banyak.Siapakah pemilik teksi ini semua? Individu, syarikat?Siapakah pula pemandu teksi ini semua? Ada satu sahaja versi kalau ditanya pengguna teksi mengenai pengalaman mereka. Biasanya tak best. Persoalan mengenai meter teksi terus diperkatakan. Dulu naik RM2.00. Sekarang dah RM3.00.Tetapi adakah itu akan menyelesaikan masalah mengenakan caj berlebihan terhadap penumpang terutama pelancong dan pura pura jadik pelancong lepas tu duduk kat Malaysia tak reti nak balik sampai beranak pinak, dan kena tangkap?Bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) minggu lalu, kami menyamar sebagai penumpang untuk merakamkan tindakan pemandu teksi yang mengenakan caj melebihi apa yang sepatutnya.Meter memang ada. Malah digunakan sebaik kami menaiki teksi. Teksi pertama, baik pakcik tu. Ada dua kemungkinan. Mungkin dia tahu penyamaran kami. Kedua, memang pakcik tu jujur orangnya. Apa ke idaknya, caj terpapar pada meter ialah RM7.40 tetapi dia siap beri diskaun 40 sen. Aku ambik yang kedua, dia jujur. Dan dia tahu perolehannya adalah untuk disuapkan dalam mulut nanti dan dia mahukan yang halal. Harap pakcik ini dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusannya, dan diberkati segala perbuatan baiknya tu.Aku rasa memang best lakonan aku sebagai pelancong tempatan bersama seorang pegawai JPJ. Kami baru sampai dari sebuah negeri. Datang ke Johor Bahru nak jalan jalan. Teksi kedua. Sebaik kami beritahu destinasi, terus harga ditetapkan. Selepas bersetuju, terus ditekannya meter. Eh eh? Itu aku kategorikan penipuan paling klasik, siap dengan bukti depan mata. Tak perlu rasa malu menipu. Ada jugak ikut pengalaman aku, ada pemandu teksi yang menutup dengan kain meter mereka, mungkin sebab masih ada sifat malu. Tetapi yang ini, tak tahu malu. Ikut paparan pada meter sebaik tiba di destinasi, caj hanyalah RM8 tetapi disebabkan dah setuju, kami diarah bayar RM17. Double dosa tipu dia sama dengan double caj dia. Sepanjang perjalanan, habis kami digoreng guna Planta. Siap perencah sekali. Tumis api jangan kuat, takut hangus. Melalui pantai Lido, kami ditunjukkan bangunan Mahkamah Syariah Johor – di mana di sebelahnya adalah Masjid Sultan Abu Bakar yang turut menjadi saksi kepada konflik Mawi – Hazrey. Haha. Tapi kami dah berdamai. Dia baik. Orang Johor memang baik, molek molek orangnya.“Bang, cantik masjid ni, apa nama masjid ni,” tanya aku yang duduk di belakang, sambil kamera kecilku terus merakamkan detik sungguh tragis itu. “Ohh nama masjid ni Masjid Sultan Ibrahim,” katanya yakin. Ok, kalau aku omputih dari Norway atau with contrast skin color dari Somalia, mungkin aku mudah percaya. Nasib aku tak tanya dia berapa jemaah boleh solat di masjid tu. Harusnya aku digoreng sampai hangus.Tiba di destinasi ketiga, ambik satu lagi teksi. Yang ni tengah elok duduk main pakau. Di perhentian teksi. Harga lebih kurang. Kami nak ke destinasi seterusnya sejauh kira-kira 8km dari lokasi.Harga RM19. Meter RM7.50. Teksinya ditemani lagu lagu lama Wings, Belenggu Irama (to Desert Rose, nope, they do not have Misteri Mimpi whatever-you-called-it song), and Search Meniti Titian Usang. Feeling aku jap. Haha. Teringat zaman muda aku, yang baru beberapa tahun berlalu. Bila kami tanya kat mana best nak pergi kat JB ni, dia pun dengan rela hati dan matanya yang lalok sikit, terus memandu ke Danga Bay. Dalam hati aku, biar betul mamat ni. Kamera terus roll. Ohh kerana dia beriya iya nak bawak kami ke Danga Bay, terus dia announce, saya dengan sukacitanya, jangan risau, saya ambik RM17 jek. Aku dan pegawai JPJ tu terus minta diberhentikan, untuk turun melonjak lonjak, bergolek golek di atas jalanraya di malam yang dingin ditiup sang bayu untuk meluahkan rasa gembira sebab dapat diskaun walaupun hakikatnya tiba di destinasi, harganya cuma RM7, dia up RM10. Setan kan.Ok itu ceritanya. Yang ini pula cerita versi kontra.Setiap pagi, uncle Guna memandu teksinya, sebuah kereta Proton Iswara bermula jam 7 pagi.Dia pulang ke rumah kira-kira jam 10 malam. Dan jika kederatnya masih kuat, dia akan terus memandu hingga jam 12 tengah malam.Kenapa dia tak kaya kaya. Apabila ditanya teksi yang dipandunya itu milik sendiri. Itupun sudah banyak berbunyi sana sini. Bukak pintu pun dah tahu, complete bunyi cengkerik.Permit bagi teksi itu bukan miliknya. Itu hakikatnya. Dia terpaksa membayar sewa permit mengikut bayaran harian.Dulu, dia membayar RM46 sehari untuk sewa beli teksi dan permit.Dia hanya dapat memiliki teksi yang dipandu selepas 5 tahun. Bayaran perlu djelaskan setiap hari iaitu 365 hari, tanpa sehari pun boleh miss. Aku pernah pakai Proton sudahpun ditukarkan bin. Baru setahun jek, semua benda macam dah 50 tahun aku pakai. Power window rosak, satu kereta dah bunyi, keok sana, keok sini. Itu pun bukan lasak sangat pun pakai.Inikan pula teksi yang bergerak setiap hari. Lepas 5 tahun barulah dia dapat miliki teksi itu.Maka, ikhlas tak ikhlas, uncle Guna terpaksa jugak mengayuh (terma pemandu teksi) bagi mendapatkan duit bayaran sewa teksi dan permit. “Macam mana kalau you sakit, uncle,” tanya aku.”Sakit kah, tarak sakit kah, mesti kena bayar, citt ptuiii.. ok yang citt ptuii tu takder, aku jek tambah. Kalau raya pun, kena mengayuh jugak. Kalau rosak, tanggung sendiri kos pembaikan, sambil tu, duit sewa tetap jalan. Kalau overhaul enjin, mungkin ambik masa 2 minggu. Maka, uncle Guna ni terpaksa cari jalan untuk membayar duit sewa. Kemungkinan pinjam Ahlong? Ya, amat tinggi.Setahun, uncle Guna terpaksa fork out RM16,790 untuk bayaran sewa. Teksi pula semakin banyak terutama di bandar besar seperti di Johor Bahru ni. Terpaksa bersaing.Jarang aku tengok pemandu teksi bukan Melayu yang lepak di perhentian tunggu penumpang sambil berbual, lepak lepak. Biasanya pemandu teksi bukan Melayu ada sedikit sifat entrepeneurship. Diaorang akan cari lokasi yang boleh menjana perolehan. Kalau dihitung, ini bermakna uncle Guna perlu mengeluarkan wang sebanyak RM83,950 untuk memiliki teksi yang dipandunya itu. Itupun it is already in poor state. Very poor apatah lagi ia kereta Proton. Dan ia pula sebuah Proton Iswara. Dan aku sendiri dah pernah pakai Proton Iswara ni. Memang celaka conditionnya kalau lepas setahun. Dan wang itu semua dibayar kepada konsortium yang memiliki teksi dan permit. Itu cara membantu orang susah semakin susah di Malaysia ini. Sepatutnya permit diberikan kepada mereka yang betul betul mahu memandu teksi, bukan yang ada kabel sahaja. Dan pemilikan syarikat ini baik, tetapi sistem yang digunakan boleh menjadi penyebab menggalakkan caj berlebihan dari meter? Dengan persaingan yang semakin sengit, tentunya itu salah satu cara mendapatkan wang untuk membayar sewa sahaja, belum lagi untuk menyuap anak isteri.Salah? Mengenakan caj tetap salah. Tetapi apabila kita tak pergi kepada root of the problem, sampai kiamat pun tak selesai. Panjang cerita. Itu belum cerita teksi sapu. Tengoklah 999 malam Khamis 26 Ogos jam 9 malam. Raja cilok. p/s: Rugi tak dapat pergi Pulau Rawa, Mersing, Johor untuk 360. 

23 Replies to “TEKSI.”

  1. first up

    orang johor memang baguih belaka. talak tipu

    ok dah setel

    apa cerita mr bean yang dia bagi bila dah kantol? ke engkau tak kantolkan lagi. just undercover ambik footage aje?

    lepas baca cerita pakcik guna aku macam nak simpati pun ada. boleh paham la kenapa diorang tekan kepala pengguna

    persoalan yang pertama sekali ialah

    siapa tekan kepala drebar teksi sampai drebar kemudian menginjak kepala pengguna macam memijak lipas di tandas? kepala pemijak utama tak kena cantas kah? kalau teksi bayat 83k tu teksi apa? iswara ke Waja? Kalau iswara memang uncle guna kena GUNA dengan the pemilik konsortium la

  2. Bro,

    Aku pernah sembang2 dengan pemandu teksi warga Malaysia yang sebenar-benar Malaysia di KL dalam dua tiga tahun lepas masa aku selalu guna khidmat diorang…memang apa yang Uncle Guna alami tu diorang alami…

    Yang pegang permit tu memang kaya raya…yang bawak teksi jenuh merayap nak bayar…

    Kalau betul rakyat didahulukan,maka aku rasa sampai la masa bagi je permit teksi kepada pemandu teksi, bukan peniaga teksi…

    Oh ya, kalau aku tak kenal engkau, memang aku akan sangka engkau pelancong dari Norway…serius…cuma kalau ko cakap Melayu dialek Johor, automatik aku akan kata yang engkau adalah orang Norway yang ada susur galur Melayu Johor…:D

    p/s:Aku cari email engkau kat sini, tak jumpa plak,tak tau la kot aku jahil…profile engkau pun tak nak kasi tengok…ko tolong email aku boleh tak [azhar.shafie@yahoo.com]..aku ada RM3 billion nak share ni…hehe..tipu je…ada la hal sikit nak ajak ko buat jahat…please ya bro..thanks..

  3. Obefiend: Orang Johor memang baguih. Baru tau ker? Aku adalah bukti yang nyata. Hahah.

    Dia tak kantol time tu jugak, depa kena panggil pi JPJ.

    Yang tekan adalah yang meluluskan permit permit dan tak nampak kesusahan pemandu teksi. Ni karang lepas meter naik harga, tak mustahil sewa naik. Tunggu jerlah. Dan bestlah, sebab depa akan jadik lebih susah lepas ni. Yang kaya ialah pemilik permit.

    Terima kasihlah sebab tanya Proton apa. Aku dah tambah sikit.

    Hazrey: Ehh, itu aku, buat apa aku nak reply.

    Azhar: Im norwegian. Tanya Naz.Memang propail aku takde, aku baru perasan. Hahah. Ni baru letak balik. Kah kah kah kah.

    Kau ada RM3 billion? Bestnyer. Ni mesti waris jeneral kat Somalia ni.

  4. dah berpusing-pusing aku 2-3 kali kat sini nak mengomen .. tapi tak terkeluar ayat atau pointnya…

    Aku sudah lama tidak naik teksi.. mungkin lebih 10 tahun.

    tetapi sesekali ingin juga aku rasa bagaimana berhadapan dengan pemandu yang kau tulis di atas itu.

    pasal uncle guna tu… dr cerita kau aku faham kenapa dia tak kaya2 juga . Rm 16 790 setahun…. huh! banyak. penat dia bekerja sehari hanya untuk bayar sewa teksi…

  5. erm.. teksi kt p.pinang pn parah juga.. caj xpakai meter, ikut waktu.. kalau siang rm 12, malam sikit rm 15, kalau awal2 pagi rm18.. perjalanan xsampai 5minit. xsempat panas punggung duduk

  6. berapa percent agaknya teksi konsortium kat JB, majoriti ke?

    citer pasal proton ni teringat aku kuih kat pasar ramadhan. jenis yg buat lebih kurang je, asal siap jual. mmg jahanam.

  7. Tedi: Pusinglah seribu kali pun, tak kena bayar. Tedi kaya, maka tak perlu naik teksi. Saya baru naik teksi empat kali minggu lepas sahaja. Dan kita perlu tekan pula kerajaan supaya mengutamakan rakyat seperti pemandu teksi.

    Pinklady: Pulau Pinang, KL dan JB. Mereka ada persatuan. Persatuan teksi cekik darah dan potong leher. Tetapi setiap perbuatan mesti ada sebab dan rasional di sebaliknya. Di sebalik penguatkuasaan yang tegas, di mana pula pengawalan dan pemantauan siapa dapat permit, berapa kena bayar sewa dan sebagainya.

    azhan: Konsortium tak banyak, tapi pemilikan teksi diaorang banyak. Amat banyak. Kalau sebut kat sini mesti semua terkejut.

  8. frankly..
    tak suka sgt naik teksi sebab kalau kene harass, susah nak pukul dorang balik..naik bass or lrt senang sket
    tapi kalau dah terpaksa naik juga

    bab meter nih.. kalau ditegur, marahnya bukan main lagi, padahal kita yang tukang bayo

    still..masih ada gak yang jujur walaupun tak seramai mana yg tinggal..

    desperate ppl takes desperate action, kan?

  9. OK Hazrey…you memang Norwegian. Happy? 😀

    Kenapa walaupun dah dikuatkuasakan (mesti pakai meter) masih ada yang main tudung tudung ni?

    Mungkin kena buat kursus *kesedaran* untuk orang orang macam uncle Guna agar tidak lagi dipergunakan.

    ps: Cool! *aku posa, aku posa* 😉

  10. erm buat malu jer teksi johor but memang mcm tu teksi johor sebab saya org johor dan duduk johor…cekek darah…x makan saman persatuan teksi x boleh harap itu belum call nak teksi mcm2 karenah daaaa…

    uhuhuh luahan perasaan

  11. Teksi tuh dah macam kereta sendirik dah kat I sebab asek naik je. Tapi in UiTM Shah Alam,they have their own kesatuan kot so dat harga is reasonable. Kalau amek tx luar pulak and dia tau student kadang2 ada yg kesian, ada jugak yg nak amek kesempatan konon2 we are young and naive lah kan kan.

    Tapi paling tak best bila driver tuh muka dah kerepot tak pon mcm pecah rumah tapi gatal meleleh2.

    Geli mat. (-_-")

  12. setuju sgt yg org johor ni molek2.. hhahaahahaa

    dah bese sgt dgn tambang lebih mahal dr meter.. dah jd mcm culture plk dah skrg ni.. kite sebagai penumpang pon dah mls nak bertekak ngan taxi driver.. lain kali klau naik taxi bwk je abg JPJ.. boleh? tak pon bwk camera cam bro hazrey..

    bile nak dpt rase naik taxi proton perdana? iswara tak chare ar

    rindu naik naik taxi biruuuu

  13. orang johor memang the bestest!

    kpd azhan, makanan pasar ramadan memang tak melaluia quality control kan. menci.

    ada driver teksi dulu tu sendiri kata (versi oalahan semula) 'dreber teksi belah-belah xx (nama kawasan) memang cilakes. tekan penumpang dahsyat alasannya duit tak cukup. kalau tak kaya jaid driber teksi cari la keje lain.'

    saya sebagai penumpang pun kadang2 tahan nak naik teksi, ala2 boikot pun ade. tapi memang sampai bebila la yg jahat akan beraksi jahat, lagi2 time arabian tgh bercuti sini. semua trip flat rate rm20.

    tapi kan kesian juga pakcik teksi sbb dah itu salah satu skill yang die ada so dia akan bekerja sbgi itu juga.

    nak naik bas ramai foreigner yang suka berapat2an la pulak, fail betul. komuter slalu bermasalah time hujan. lrt plak takde lerr dekat2 rumah i.

  14. Wei, Kak Naz's DH pun tau la nama masjid tu, lempang skali pak cik tu.

    Takpe la pakcik tu pasang lagu Misteri tu pun, i can sing for u whattt, aku dah hafal dah lyric lagu zaman batu tu khas utk dinyanyikan utk mu nanti…ke ko nak aku hantar dalam bentuk DVD? Boleh pasang dlm keta baru, ganas seh.

  15. ada setgh pemandu teksi mmg cekik darah…kaki pow…bukan setakat yg muda…yg tua bangka, berkopiah sana sini pun masih tergamak menipu helah pelanggan..

  16. Hazrey,
    as a pengunjung, bila duduk kat hotel, i play safe i pegi yg kat counter where u bayar on the spot harga based on ur destination. kalau terdesak nak kena naik yg kena flag punya, being a penakut tak tau nak tawar menawar ngan abg teksi, dia cakap berapa, i kasi je. tak banyak songeh. asal sampai ke destinasi ngan selamatnya sudah.

  17. Salam Hazrey…
    Selamat berpuasa..Hmmm.. mention abt taxi ni sedih lah Ju. Lebih2 lagi di KL. Bila Ju di KL my hubby ni tak nak drive. So park kat Concorde Hotel n kesana sini naik taxi. 10 taxi Ju naik hanya satu yg pakai meter. Dari hotel ke Masjid India kena $15 . Hotel ke petaling street $20.. Dari petaling street balik hotel kena $20 .*sighs* kalau depan KLCC lagi terok kena ketuk.
    So bila keluar Taxi My girls selalu cakap ma n ba benjol kena ketuk pakcik taxi hehehe.. Bila dapat yg baik pakai meter Ju n hubby so happy n kita kasi lebih kerana menghargai kejujuran pakcik taxi tadi.
    It`s really a problem lah Hazrey Taxi kat sana… Really hoping that they will do something abt this taxi problem. Kat JB Ju noproble, we know the rd so we jst drive.

    Ps..Cantik kereta baru hehehe.. Bila nak drive masuk singapore. Boleh gi makan kat Zam zam..

  18. ninoz: Ya, masih ada yang jujur tetapi sekelumit sahaja. takleh takleh.

    Naz: Please do not disclose my real identity will ya. Mereka tudung tudung sebab tutup aurat. Tapi tak tutup dosa penipuan mereka. Kesian anak bini mereka. But go back to the root of the problem. Kerajaan perlu ada 5W and 1H.

    aireel: mereka kini bukan sahaja cekik darah, tetapi mula cekik leher dan cekik telinga, mata, poket dan apa jua yang boleh dicekik. Beras dah mahal.

    nadiah: Hahaha, hahaha yang kerepot tu semua bini gemuk, pakai baju kupu kupu 24 jam, rambut kerinting kering, sebab tulah bila jumpa jambu cam korang, depa jadik camtu. Percayalah, lepas ni, cuba tanya, pakcik, boleh tengok gambar terbaru bini pakcik dan post it to your blog.

    sreshaziela: Memanglah. Orang Johor memang molek. Abang JPJ takleh ikut dah, semua orang dah kenal. Kalau nak sewa kamera, beritahu. Haha.

    mizzyN: Again, orang Johor memang best. Kat pasar malam mana ada QC. Engineer pun takder.

    Macam mana mizzy tau arabian kena flat rate RM20? Ermm.. musykil ni. Tak mungkin pak drebar teksi beritau. Haaaa.. kantol.

    Desert Rose: Tak baik lempang. tolak jek dia keluar, tapi saper nak drive teksi tu nanti. Nak alamat penuh saya tak? Sabar hazrey, sabar.. pahalaaaaaa…

    ajie: Betul. Once, aku pernah naik teksi, pakcik tu siap letak Al-Quran depan mata, kat dashboard, last last dia tipu aku jugak.

    Ara: First, apologise tak dapat gi cing-gapore. Insya'allah akan pergi next week. Next trip to JB, let me know. Saya pakai meter. lols.

    Juliati: Salam Ju. Mengantuk disorongkan bantal, bila Ju guna teksi dari Concorde Hotel. Depa mesti dah bajet, cik minah dan cik mat ni sure kena sembelih cukup cukup. Next time, use this trick:

    Pretend to make a call to a fren. Talk about JPJ, something like: ahh ada ada, aku ada kenal orang JPJ tu. Takper, nanti kau nak pergi, beritahu jerlah, aku call dia. And buat muka selamba dan control hidung sikit selepas hang up.

    When in JB, please dun gesel or park too near to my car please, it is a new car. Hahah. 10 meters distance please. lols

  19. Hencik Hazrey,
    Lerr..dah standby satu kampung menunggu ketibaan tetamu istimewa dari JB. Mamak murtabak pun hampa, dorang buat extra pasal i cakap ada org JB nak turun nak borong murtabak..hehehe..takpe, we understand.

    kita baru drive up JB ngan members last week pi makan kat kampung senibong. gerek seh. blm pernah jln2 kat jb or other part of msia sendiri. kalau pi mesti ngan members. kanda i tak confidentlah. takut sesat tak tau nak balik (ni mesti dah gelakkan). kalau travel sendiri further up msia kita prefer naik coach or flight.

    the only taxi experience is at KL je lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *