LADIES HERE’S A TIP: ANTI AGING. MUDBATH.

LADIES HERE’S A TIP: ANTI AGING. MUDBATH.

Selak punya selak, terjumpa gambo lama. Idak ler lama pun. This pix were taken during one of Majalah 3 assignment Рcerita pasal nelayan Selat Tebrau dan dalam gambar ini ialah orang asli Kampung Sungai Danga. Also seen in the pix is former M3 producer, Abdullah Sidek Majin.
I think this story was done a year ago. Gila tenuk beb masuk paya ni.

This assignment were done dalam paya sedalam paras pinggang. Ini baru tebing jek. Lepas gambo ni, wanita orang asli tepi Sidek tu berjalan ala catwoman dengan pantas, berdesup, zap zup, sap sap.. terus ke kawasan lebih dalam, dan kami mengikutinya, walaupun tertinggal jauh. 
Hari pertama, kami tak pakai kasut, kononnya fikirkan kami lelaki, mesti control macho di paya ni.
Bila dah masuk, banyak pulak pepohon renek di tebing paya dan banyaklah yang mencucuk kami. Tak, kami langsung tak terasa geli.
Ia refleksologi semulajadi. Memang best, balik penuh lubang kat tapak kaki. Hahaha, ilang macho. Mau menjerit tapi sempat control takut terserlah pulak kewanitaan nanti. Hahahah.
Hari kedua, kami tekad beli kasut plastik sebab orang asli pun pakai kasut camtu. Sepasang RM5. Stokin kena pakai tebal sebab takut kasut tertanggal dalam lumpur tebal, itu nasihat makcik orang asli tu.
hh lupa, hari pertama jugak, kami diperkenalkan dengan beberapa ekor ular yang buat lintas hormat beberapa kali depan aku. Tabik datuk, cucu tumpang lalu. Ya, ya, silakan cuuuu..
Tak sampai 5 minit pun pakai kasut tu, tinggal stokin jek. Tinggal nak tidur jek kat paya tu sebab dah pakai stokin kan. Ok tak, aku tido tak pakai stokin mahupun kain pelikat. Eh perlu ke beritahu?
Hari kedua juga mencabar, sebab baru masuk paya, terus hujan lebat. Aku tak risaukan hujan, tapi aku lebih risaukan bunyi bunyian air jatuh ke atas kelopak daun. Dalam imaginasi aku yang tinggi, takut benda lain tetiba tersangkut kat atas bahu. Hahah.. Call me what you want, tapi aku segan orangnya.
Hampir 4 jam dalam paya tu. Masa tu tahap keinsafan amat tinggi, rasa macam banyak dosa. Haha.. Tahap keinsafahan aku lebih tinggi dari pengakuan untuk dirotan dikhalayak ramai. Betul. Tak tipu langsung.
Dan ini pula hasilnya:
p/s: sejak assignment ni, aku dah tak percaya pada mudbath walaupun aku tak pernah cuba lagi secara komersil Haha.

9 Replies to “LADIES HERE’S A TIP: ANTI AGING. MUDBATH.”

  1. Kenangan mu bersama lumpur sangat indah.

    Oleh sebab masuk lumpur tak sampai kepala mcm mana kulit wajah nak kekal remaja. Lain kali bukan wading in the mjud aja, kena ala-ala snorkeling sekali.

    sekian harap maklum.

  2. mizzyN: itulah kerja kita kan. Kesian kita kan.. cakaplah kesian.

    Obefiend: Kalau write off, aku dah lama pitam, pengsan, jadik giler dan terjun dari tingkat 11.

    Faryn: Alah nok, biasalah nok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *