KALAU TAK BUAT, JANGAN JAWAB CALL, SMS JEK ALASAN BODOH DAN DUNGU.

KALAU TAK BUAT, JANGAN JAWAB CALL, SMS JEK ALASAN BODOH DAN DUNGU.

SMS is an acronym to Short Messaging System dan ia betul betul digunakan sepenuhnya oleh kita tak kira masa. It can sometimes be a message to your significant other of your TLC.Dulu, kalau ada yang masih ingat, SMS hanya dibenarkan dihantar dan diterima oleh satu penyedia sahaja. Katakan kita menggunakan 010, ia hanya boleh dihantar dan diterima talian yang sama.Tak boleh hantar sms kepada talian lain seperti 018, 017, 012 dan 016. Apabila penyelarasan antara penyedia khidmat dilakukan, kita tergedik gedik menghantar sms termasuk yang tidak perlu dihantar dan tersalah hantar.Pada suku pertama 2007 sahaja, sebanyak 11.7 bilion sms dihantar rakyat Malaysia. Kalau cajnya 0.05 sekalipun, aku tetap kaya jika salah satu dari empat penyedia khidmat selular di negara ini mempunyai nama aku dalam pemilik sahamnya.Itu cerita dulu. Itu juga cerita betapa payahnya kalau nak sms sebelum integration dilakukan kerajaan.Ia mengelakkan monopoli dan mengelakkan dari kita terpaksa bertukar penyedia khidmat. Ia juga mengelakkan dari kita kerugian sebagai pengguna.Dulu henpon besar gajah dan beruang serta kerbau dan lembu.Ya, keempat haiwan itu tidak bersalah sebenarnya kerana mereka tidak menggunakan henpon.Yang guna ialah kita. Tetapi kekadang kita jadik seperti mereka sebab tak tahu memanfaatkan teknologi henpon.Ini termasuk membeli henpon memahal tetapi akhirnya menggunakan taktik miss call kerana ketiadaan kredit.
Namun bila dah ada kredit, kita akan ‘memanfaatkannya’ untuk sms dan panggilan yang tak berfaedah bagai seekor kera dapat pisang.Sebab tulah orang Malaysia paling banyak guna SMS dan aku rasalah, 11 bilion itu termasuklah:1. Ayang, call me back. Ahling tak sempat topup lah. (Read: Kredit I abis bergayut dengan madu madu you atau alah you banyak duit, I nak kikis sikit, nah ambik shaving foam ni).2. You call tadi? (selepas nampak miss call, and instead of calling back, sent that sms. Cerdik tu). And this is normally being answered by me: “Ada miss call ker? Ohh, tertekan kot.”
3. Afundi Leman, Tijah, Senah dan Mboku. Sanggup berabis harta yang tak seberapa termasuk harta yang dipinjamkan melalui peruntukan yang sepatutnya disalurkan ke kantin sekolah untuk tambah zat.
4. Sekadar hantar mesej simbol: 🙂  untuk gambarkan suka bergunung gunung atau 🙁  sebagai tanda sedih mencurah-curah. T_T sebagai tanda kononnya airmata menyiram nyiram.5. Untuk taknak dengar kena marah sebab terlupa nak buat sesuatu seperti yang dijanjikan.Ya, aku baru kena yang nombor lima tu. Manis sangat. Aku baru tahu bahawa di Kem Majidee, Johor Bahru, mereka tidak menyimpan senarai bekas tentera walaupun dah hampir dua minggu aku minta senarai satu atau dua bekas tentera yang mungkin boleh dibantu. Pelik tak?Anggota yang bertugas yang menjawab telefon itu memang penuh semangat. “Ohh ada ada, kita memang ada, tapi bagi saya sehari dua, nanti saya call balik,” janjinya sambil memberikan nombor henponnya.Dua hari berlalu, apabila aku telefon nombor yang diberikan, tiada jawapan. Siang, malam. Tiada jawapan. Mungkin aku sepatutnya call waktu imsak. Selepas seminggu berlalu, aku telefon lagi sebab dah hampir ke deadline untuk dapatkan senarai itu. Masih lagi tidak berjawab.Antara alasan yang boleh digunapakai anggota tentera itu apabila tidak menjawab panggilan aku ialah:1. Saya terlupa nak bawak telefon.2. Bini saya simpan telefon saya.3. Henpon saya tidak ada feature Recent Calls, maka saya tak nampak ada miss call.4. Encik ada telefon ker? Takder pun miss call. (yang ni paling klasik kalau digunakan).5. Telefon tertinggal dalam kereta tank dan saya terlupa kereta tank mana satu yang saya tumpang pi jejalan kat dalam kem ni.Akhirnya, hanya aku sms bertanya ada tak bekas tentera yang boleh dilawati / dikunjungi sebagaimana janjinya, jawapan dia paling menggembirakan, paling best, dan paling klasik.”Mtk maaf ye. Tk ada la,” itu sahaja sms yang aku terima. Itulah jawapan yang paling happening untuk bulan puasa ini. Dan sms itu nyaris menyebabkan aku terpaksa mengunyah kurma Iran waktu siang beberapa hari lalu.Nasib baik, nasib baik.

9 Replies to “KALAU TAK BUAT, JANGAN JAWAB CALL, SMS JEK ALASAN BODOH DAN DUNGU.”

  1. manusia shilake macam ni la buatkan orang yang memerlukan bantuan tak dapat bantuan yang ingin diberikan oleh pembantu seperti kamu dan pembantu-pembantu kamu

    haha

    sebab kemalasan dan keberatan tangan nak buat kerja berapa banyak veteran-veteran hidup terpinggir. lepas tu dia boleh hepi lagi sambil download 3gp ON PANAS 32878

    oh yeah

    btw haz

    aku bersyukur aku tak pernah lagi AFUNDI , AWUNDI , ALAWAK dan AFMASUK sepanjang hidup aku. tapi aku ngaku , aku jenis handphone mahal tapi takde kredit manjang. aku papa kedana tak SADAR diri punya orang!

    selamat berpuasa beb. lupa wish

  2. Serius…baru hari ni aku tau T__T tu maknanya air mata menyiram2…selama ni aku ingat hape kejadah la…

    p/s:Ya,aku tak fasih bahasa sms org sekarang..aku sms kalau ayat penuh, bini aku selalu kata macam baca sok kabar je sms aku..heh..

  3. I feel your pain and anger tapi the situation is hillarious! Gelek je askar tu pakai kereta tank yang dia tumpang jenjalan kat kem.

    my henpon cost me only RM250. very basic features 🙂 tapi still boleh view recent and missed calls.

  4. Hazrey, jangan makan kurma Iran, nanti saya carikan makanan dan minuman lebih sempurna untuk sahabat.

    Saya selalu cakap kepada orang lain, "Kalau perlu menghubungi saya, miss call sahaja".

    Bukan apa, sekarang ini terlalu ramai orang tidak berkredit biarpun handphone dia orang jauh lebih mahal berbanding harga handphone saya.

    Kalau perempuan muda bergaya, mungkin sugar daddy belikan handphone dia tetapi daddy tidak boleh dihubungi, sibuk dengan isteri dan anak.

    Sepanjang tempoh saya menggunakan handphone, tidak pernah memakai prepaid, semua talian postpaid. Jadi, saya sentiasa ada 'kredit' untuk menghubungi sesiapa sahaja. Cuma kekadang menggunakan SMS sebab bimbang orang di hujung talian sibuk meeting ke, memandu ke, makan di siang hari di bulan puasa ke dan macam-macam jangkaan lagi.

    Apapun, nanti kita jumpa di Pulau Rawa. Bayangkan, sama-sama duduk tepi pantai tunggu matahari terbenam. Lepas itu, kita mandi, makan, minum, tidur.

    Jadi wartawan, ada susah, ada senang, ada getir, ada manis dan adakalanya terpaksa berurusan dengan kelompok bangang dan biul. Mereka tidak ada sense of urgency. Tetapi kita harus menerima kehadiran orang seumpama itu sebab bukan semua orang macam kita.

    Eh! Terpanjang pula komen kali ini 🙂

  5. Itu namanya teknologi insan..hahaha.

    p/s: Kita duduk kat negara mana ni? Database bekas-bekas askar pun takde simpan? Rasanya Timbuktu pun ada database bekas soljar mereka..

  6. Obefiend: Baguslah, lepas ni kalau kami jumpa sendiri, depa kata kami jahat, nak jatuhkan depa. Bila suruh buat kerja, taknak buat, nilah, bulan bulan baik ni, tutup rezeki orang.

    3gp tu aku selalu dapat. Celakalah saper yang antar. Kekadang tulis: Hi Ahmad, nak tengok gambar saya berbogel? Dari Julia. On Panas 32878. Hahahah.. Sungguh khinzir kan.

    Azhar: Dulu pun aku sama dengan kau. Hahah. Dan aku pong sama, tak suka type shortcut shortcut sebab aku sendiri kekadang tak paham. Hahah.

    Bro Mazidul: Hahah, betul tu. Henpon saya pun murah murah ajek. haha part sugar daddy yang takleh handle tu. Kah kah kah kah.

    Mereka juga adalah golongan tak sedar diri. Jumpa di Rawa. Jangan lupa bawak pelampung itik.

    Ariana: Betul tak? And students selalu buat camtu kan? lols.

    zan: Hahah, itu cara shortcut mereka. Itu belum saya cerita tentang seorang anggota polis yang dah berminggu minggu saya mintak, last last dengan mudah dan tak bersalahnya dia jawab: "Sorrylah, tak sempat nak cari." Hahahah kenapalah dunia aku tidak adil..

  7. Cinta: At least he has some valid excuse. To him lah. Hahahah. My henpon is cheaper than yours. But the army's henpon is much more expensive using the latest state-of-the-art tech, sebab tu takder recent calls.

  8. Mr army tu mesti guna pablic phone yang nombor ala2 henpon tu 01x kan. sbb tu tak de missed calls, seingat aku henfon nokia cap ada arial dulu pun ada register missed calls.

    sian kan, nasib baik ko tak kenal army tu, kalau kenal boleh luku luku lutut dia. macam kawan aku yang pernah berurusan dgn sorang PR agensi satu ni nak minta interview officer psl isu negara. maka dua minggu pun lalu dan bila nak follow up dia boleh kata 'ala lupa la'. the PR pula sekelas dgn aku masa kat u dulu, hampeh. tapi aku pun x boleh luku. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *