PLACE YOUR ORDER HERE.

PLACE YOUR ORDER HERE.

I had a dream.

Haha. Bullshit. It was not a dream, it was a daydream. neber neber will hepen one.

While others are customizing their cars, I am set to customize my own private jet.

Best tak bunyi ayat tu, kalau betul. They said, kerja sampai mati pun belum tentu dapat.

But well, as I am in the midst of my biol-ism, sewel-lism, I am entitled to berangan-ism.

Tapi, worry not, aku tak akan isim sampai parang sesaper sebelah aku, atau having illusions.

Tangkal aku pakai kuat. Ok, aku tipu, aku tak pakai tangkal. Aku ada saka. Ok itu pun tipu. Keliwon pun takder. Apa makna keliwon eik?

Ini sebenarnya cerita pasal private jet.

For those of you that can afford one, please visit this link to order yours and customize it to your preference. I bet if you are obsessed with Face Off, you would remember my twin – Nic Cage asking (telling actually) the stewardess to suck his tongue.. damn.. ok, dosa. But best kan kalau boleh buat camtu.. pastu kena tembak.

You know what, korang boleh letak pasu bunga kertas atau bunga raya kat belakang kerusi tu, kalau nak, yelah after all it is your own jet kan. Who cares kan? Unless, nak letak pasu bunga lidah buaya dalam kereta kancil, that won’t be cute kan? Tapi tulah, kalau duduk KL, sambil tunggu jam tu, boleh patah patahkan lidah buaya tu buat facial. Haha.

Kalau nak gempak, boleh letak lampu lap lip tepi tingkap, especially dah nak raya ni.

Dan kalau nak nampak retro lagi, buat mural pokok kelapa kat dinding jet tu. Buat awan larat sikit, siap dengan sebijik sampan..

Haaa.. apa kata, since nak nampak kaya.. kita tukar kerusi. Kita letak kerusi jati dalam jet tu. Lawanyaaa rumah cik kiah.

Before doing that, jangan lupa beli magazine renovation / home decor buat reference ok.

Ohh, jangan tint the glass, nanti kalau potong another passenger’s jet, buat-buatlah jenguk jenguk ke luar tengok awan. Kalau nak nampak gempak lagi, buat buatlah berdiri kat pintu at 20,000 ft, and pose macam tengah cari barang hilang. Mesti nampak cam model, dengan angin menghembus rambutmu.. wahh, mesti vogue kan.

Dan yang paling penting sekali, jangan lupa bawak budu, tempoyak dan ikan bilis mentah.

11 Replies to “PLACE YOUR ORDER HERE.”

  1. kat my bloglist – i am not a sugar daddy, i am an abang angkat. place your order here. 2 hours ago.

    terlintas kat dalam kepala otak ni 'bro ambik order kuih raya'.

    pastu dengan terujanya click la nak baca senarai biskut raya yang available to order, coz nak order. dah masuk tu… cis cis cis! pasal private jet.

    hahahahahhaha pastu gelak sorang sorang kat depan laptop ni.

  2. aku ingat en hazrey promote kuih raya lagi~ hahaha~ aduyai~

    kalaulah dapat private jet camtu, harus aku tiada rumah..cam mak cakap gak.."berangan nak CRV tu, tak payah beli rumah, kamu tidur dalam kereta je long~"

    hahaha~
    Cheers!

  3. Aku kan kalau ada private jet, aku nak tanam anggur organik, biar dia melata kat bumbung, pastu aku pose cleopatra sambil makan anggur tu….sorga.B'fast in Paris, Lunch in Rome, Dinner in Cassablanca. Solat zohor kat Masjidil Haram, Asar kat Masjid Nabawi, Maghrib kat Blue Mosque, tudia, kalau aku jadi billionaire pun haruslah jadi org kaya yg bertakwa okay, barulah berkat. Menyampah dengar??? Suke hatilah tu impian aku, walaupun aku sibuk kat blog ko ni.

  4. Dasyat sewelism ko kali nih…aku nak tumpang bagi idea sikit la…bumbung minang boleh customize tak?Kalau susah takpe, I'll satisfy with dinding buluh je la, masuk angin, jimat minyak skt tak pasang aircond…

  5. Wan Zuha: Hahah, it works kan.

    Zara: Pls order from resipiemak.blogspot.com

    Haha, betul mak cakap tu.Rotan budak ni mak.

    Desert Rose: Aku tak pernah menghalang apa jua cita cita kau. Ehh jadik ke apa yang kau sms tu?

    ninoZ: Huhuhu.. soon.

    Ariana: Ingat aku cap duit ker? Hahaha lama tak dengar statement tu.

    Azhar Abdullah: Boleh bro, in fact, pasang sangkar burung sekali.

  6. If I were to let you suck my tongue, would you be grateful? …

    i am castor troy woooooo

    its lik looking in the mirror only NOT!

    isn't this religious? the eternal battle between good and evil!

    best movie ever.. gina gershon hot babe!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *