JANGAN JADI WARTAWAN

JANGAN JADI WARTAWAN

Memang tengah sibuk gila ni.

One client is having their big opening tomorrow. Hope everything goes well, di sebalik segala jenis software mula mencarut carut dan taknak load dan restart. If it goes well, you should expect me smiling – wait walking with a big cutest sweetest smile ever to the bank! Huhu. Ok, jangan mintak belanja, you are a stranger. Jangan.

This is about wartawan.

Read here.

Itu laporan Bernama. Tentunya bapak bapak editor di akhbar Harian Metro pasti akan melompat lompat dan buat sommersault apabila mengetahui mengenai kisah benar yang menjadi satu tragedi kepada akhbar tabloid itu.

Bro Mazidul Akmal pernah menjadi mangsa. Sudah dijatuhkan hukuman sebelum mahkamah sendiri membuat keputusan.

Dan aku tak salahkan editor.

But the truth hurts.

Sebagai seorang wartawan, integriti perlu ada. Amanah yang diletakkan di bahu amat amat besar. Kejujuran amat penting.

Rakan wartawan seperti Saniboey Mohd Ismail aka Don Corleone sendiri pernah meringkuk dalam lokap pada 90-an dulu kerana melaporkan perkara benar dan ya, Sani bertugas untuk akhbar yang sama.

Apakah ia membezakan antara wartawan dulu dan sekarang?

Aku pernah memegang jawatan Ketua Biro di Johor satu ketika dulu. Dan pernah seorang lelaki yang pada mulanya bertugas sebagai wartawan sambilan, diambil bekerja dengan aku.

Dia memang terserlah. Apatah lagi banyak story yang digarapkan berjaya mendapat frontpage, siap dengan byline lagi. (Byline ialah nama penulis di bawah tajuk berita e.g: Oleh: Si Bapak Gula Gula bin Bapak Garam).

Apabila dia menyertai my organisation, banyak story yang ditulis antaranya kisah bagaimana Jabatan Imigresen Johor menangkap seorang ketua kampung kerana bersekongkol menyeludup manusia masuk ke negara ini.

Aku agak curiga dengan story yang ditulis. Pun begitu, apa yang menampakkan betapa real-nya story dia ialah, ia turut dilengkapi dengan statement dari pengarah jabatan itu sendiri.

So, sebagai rutin seorang wartawan iaitu mendapatkan komen dan pengesahan, aku telah ‘melepaskan’ story tu.

Esoknya, story tu menjadi headline. Semua wartawan dari akhbar lain marah marah kat aku, sebab story itu scoop (exclusive).

Dan aku hanya mampu tersenyum sampai ke telinga.

Tapi senyum aku tak sampai sejam.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor telefon aku dengan nada yang sedih dan bertanya siapakah ketua biro di Johor, dan aku terus ditazkirahkan.

Rupanya, mamat sekor ni penulis cerita dongeng. Apa yang ditulis tidak pernah berlaku. Langsung tak pernah berlaku. Berbuih mulut aku menyumpah seranah budak tu, dalam hati sambil telinga aku ditazkirahkan bapak Pengarah tu. Nasib depa cakap bebaik. Hahah. Aku terlupa nak kira berapa banyak kali aku telan air liur masa tu.

Selepas berbincang dengan News Editor aku, Othman Mohamad yang kini Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia di ibupejabat, we decided that he has to go. Itu bahasa lembut. Bahasa kasarnya, mamat sekor ni kena tendang. Dan bila aku panggil dia masuk office, dia tak mau.

Dan rakan rakan aku turut gelakkan aku, sebab depa kata, masa dia buat wartawan sambilan kat Harian Metro, mamat sekor ni pun pernah tulis story dongeng. Hahahah… ya aku ketawa dalam pahit masa tu.

And after several years, mamat sekor ni kena tangkap kat Kedah. Pasal apa? Menyamar pergi kutip duit orang kata depa kerja dengan Harian Metro. Manis tak?

Tapi percayalah, tak semua wartawan macam tu. Kami masih lagi menitikberatkan integriti dan ketulenan pemberitaan. Kalau tak confirm, kami tak akan tulis. Kami tak akan menulis semata mata dari hearsay atau cakap cakap dari pondok telefon atau dari warung Pak Kassim sambil menghirup air kopi kurang manis. Dan since you asked, wartawan hiburan bukan wartawan, mereka adalah penulis sahaja sebab ada jugak dari hearsay dan tak boleh nak dibuat pengesahan.

Apa yang berlaku bak kata bro Mazidul, mungkin kerana taksub dan ghairah nak dapatkan front page. Memang itu adalah antara cita cita seorang wartawan. Untuk mendapatkan exclusive.

Source of news memang penting.

Kalau tanpa source, kita tak tahu apa yang berlaku. Tetapi, apa jua sumber berita yang kita perolehi, ia perlu disahkan. Ia perlu ada integriti. Bukan syok sendiri.

Contoh ialah kalau Sham On D Scene pacak gambar accident dari tahun lepas, lepas tu depa kata benda tu baru berlaku kat Federal Highway, dan ia diketahui, pasti ia akan menjadi satu isu.

Kenapa perlu ada pengesahan? Contoh satu kejadian jenayah samun berlaku. Kita pergi rumah mangsa. Kita temubual mangsa. Confirmation? Perlu ada. Ia perlu disahkan oleh pihak polis. Senang jek. Dan walaupun kena maki hamun sekalipun atau kena marah, atau tak dijawab telefon tu, perlu ada pengesahan dari pihak berkuasa.

Dan aku bertanya. Apakah nilai seorang wartawan hari ini? Glamour? Popular? Nampak vogue? Method?

The only thing yang aku ingat dulu masa mula jadik wartawan ialah aku kenal semua orang walaupun tak tentu lagi diaorang semua tu kenal aku, tapi aku tak kisah, aku tetap kenal diaorang.

Adakah syllabus yang diajar di IPT sekarang ni dah tak sama dengan dulu? Adakah pensyarah pensyarah tu semua dah tak pandai ajar what is journalism is all about?

Percaya atau tidak, ada pelajar Mass Communication in Journalism dah graduate tetapi masih tak pandai pandai menulis dan grammar masih cacamarba? Tak percaya? Tolong percaya.

Apa nikmatnya belajar bertahun tahun, bila keluar, suruh tulis story, tak pandai? Apa pekdahnya habiskan masa mentelaah sampai bergelojak jiwa untuk dapat dean’s award tapi tak pandai menulis berlandaskan 5W dan 1 H?

Apa hebatnya membaling scroll degree ke udara untuk bergambar dan frame kan kat dinding tetapi tak tahu macam mana nak dapatkan komen dari pihak berkuasa dan hanya tersengih control ayu sahaja bila pergi sidang akhbar atau tanya soalan bodoh?

Tapi tak semua macam tu. Percayalah. Segelintir sahaja tetapi disebabkan segelintir inilah, ia mampu menyimbah nila pada semua wartawan.

Dan kepada kawan aku Rudy Fazrunisyam, aku percaya kau tak macam tu.

Hidup Harian Metro!

13 Replies to “JANGAN JADI WARTAWAN”

  1. macam best jek

    serious.. aku tak pandai menulis. so tolong ajar aku menulis hazrey. aku sedia menjadi kuli batak dan bahan basuhan kalau salah

    huhu

    btw.. jawapan aku kepada soalan kenapa student sekarang tak bole menulis dan grammar betabur;

    3 words

    "COPY PASTE PROJEK"

    copy paste nampak la macam dia tau menulis. padahal. zaman skang amat mudah untuk copy paste.google je dah boleh siapkan 40% content projek. tak payah pergi arkib dan research. senang cakap kalau tak boleh jumpa dalam web maka depa tak akan go the distance untuk ambik sebagai reference

    LOL

    intern engkau tu rasanya google nama ketua jabatan imigresen. lepas tu cipta karya agong dia. hahahaha

    nice work.

    kenapa dia tak jadi penulis fiksyen je? sah sah ada bakat menulis cereka sensasi.

  2. aku tak pernah percaya harian metro pun, and tak pernah beli.

    headline dia mmg gempak. attract attention.

    kalau dah macam tuh tak guna la orang beli paper kan. semua takleh caye.

  3. well, betul kata encik Hazrey..nasi baik ada segelintir wartawan masih menulis berpegang kepada Integriti…kalau tak, ntah hapa jadi kat sini tak tau lah~

    Oh, wartawan hiburan itu bukan wartawan ya? alhamdulillah, aku belajar sesuatu hari ini~

  4. Boleh bagi cadangan kat group wartawan yang macam tu perangai supaya pakat2 kongsi bukak satu paper sendiri..taruk nama "Baca Je La"…aku yakin ada market tersendiri pasal ada golongan yang suka cerita sensasi walaupun bohong…

    Oh ya…aku baca semua paper yang aku paham, tapi just online, tak berkenan aku close window je..tak kayakan tokey paper lama…

    p/s:Kalau ko nak buat paper sendiri bagitau, aku subscribe..:D

  5. Ju kalau masuk Jb tak pernah miss beli Harian metro n Kosma.. Hahaha… favorite kita kat sini Harian metro ni. so now leh skip aja lah. Ju beli Kosmo aja:)

  6. Obefiend: memang best. Hahaha copy and paste project. Hahhah.. it was NOT my intern, idiot. It was a so-called 'journalist'.

    Tapi aku ada satu intern yang bodoh dia menggunung lebih tinggi dari Everest.

    ateeka: kena beli, nanti nak buat alas dan lap cermin.. hahahah..

    Zara: Yes, and ehem, I am one of them. Wartawan hiburan? Hiburan tu maknanya berlibur. Maknanya, dia menulis sambil berhibur. Betul tak nokkkkkkk.. ahak..

    Azhar Abdullah: Alah, kalau aku buat sok kabor sendiri, ko sorang jek subscribe, mana nak untung woii..

    Desert Rose: I sue you.

    Rona Realiti: Woii, orang cerita Harian Metro, ni apa kena cerita pasal Berita Harian pulak ni. Orang cerita kat Perlis, dia cerita kat Sabah.

    mumzy: Yeah, you better keep that money of yours for my murtabak.. soooooonnnnnn.. yehaaaa

    mizzyN: Knowing you. Me oso ahh..

  7. Alamak, kau dah bilang orang aku pernah kena tangkap.Cilakak.Adakah kehenseman aku akan berkurangan selepas ini? Huh. aku rasa tidak.

    Apa yang kau cerita ni buat aku fikirkan tentang satu filem ni yang namanya Shattered Glass (or something like that lah..). Ia bawa kisah tentang seorang wartawan yang fabricate semua storynya sebab nak nampak hensem.

    Wartawan macam ni memang fuckers yang merosakkan imej kewartawanan itu sendiri.

    Aku laungkan Reformasi Kewartawanan Hiburan itu dengan harapan ia would really happen someday and aku percaya biarpun lambat mana pun, akan tiba masanya orang ramai akan buka mata dan bersuara tentang betapa haramnya imejnya kewartawanan sekarang (walaupun bukan secara total) dan apabila itu jadi, barulah satu anjakan paradigm akan berlaku secara massive, insya-Allah.

    Banyak orang yang tak layak jadi wartawan kini dah jadi wartawan. Banyak orang yang tak layak mempimpin kini dah jadi pemimpin dan banyak orang yang patut dah mampus sekarang masih bernafas selesa…sebab ajal dia belum datang lagi!

  8. DonC: Sejak bila kau ensem? Hahha.Betullah tu, orang tak layak jadik wartawan pun nak jadik wartawan. Ramai sesangat. And yes it was Shattered Glass.

    belle: Yes, cerita tu memang tepat sekali. Tapi sebenarnya ramai lagi. Itu hari pun dah ada kena tangkap menyamar wartawan ntv7 kat melaka.

    Anonymous: Yeah, skid row, WCB6009. (was it WCB?) hahaha.. yeah, dalam kereta ada aquarium. Thank you. Hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *