PERAGUT ALLAHYARHAM JAMILAH SUDAH DITANGKAP.

PERAGUT ALLAHYARHAM JAMILAH SUDAH DITANGKAP.

Alhamdulillah.

Merujuk kepada entry sebelum ini di link ini, peragut yang dipercayai terlibat atau dalang utama yang membawa kepada kematian Jamilah Selamat, wanita yang hamil dua bulan di Ayer Hitam, berjaya ditangkap.

Lelaki berusia 26 tahun itu, seorang bekas banduan – memiliki enam rekod jenayah lampau termasuk meragut, mencuri dan pecah rumah, ditahan di Taman Banang Jaya, Batu Pahat 6 Mei lalu.

Tarikh tangkapan itu serentak dengan tarikh kejadian.

Berita itu dikongsi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal kerana di bawah pengaruh dadah jenis Eramin 5 dan turut ditemui sebuah motosikal curi.

Pun begitu, hanya pada Jumaat (15 Mei) lalu, lelaki itu membawa kepada penemuan semula barangan milik mangsa di Parit Raja, Batu Pahat.

Ini sekaligus menyelesaikan kes yang mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

Suspek tidak akan didakwa mengikut undang undang ragut, tetapi Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. Hukuman jika sabit kesalahan adalah gantung sampai mati mandatori.

Seorang lagi lelaki berusia 23 tahun turut ditahan kerana memiliki telefon bimbit mangsa.

Polis turut menemui banyak telefon bimbit dipercayai hasil usaha suspek utama meragut di sekitar Batu Pahat.

Sebab itulah, kalau ada strangers yang menghampiri untuk menjual handphone dengan harga yang amat murah dan tak masuk akal, jangan mudah terperdaya, kerana kemungkinan anda turut ditahan kerana memiliki barang curi amat tinggi.

Jika ditahan, anda boleh disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu menerima harta curi dengan cara curang – dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Lama tu 5 tahun. Masa masuk, masih ada padang bola depan rumah, bila keluar, dah tersergam kondominium siap dengan security.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Jamilah dan tahniah kepada Polis Johor.

8 Replies to “PERAGUT ALLAHYARHAM JAMILAH SUDAH DITANGKAP.”

  1. Al-Fatihah untuk Allahyarham Jamilah dan syabas pada Polis JB kerana berjaya menangkap si peragut…. Alhahdullillah…

    Ju sentiasa berhati-hati semasa berbelanja di JB. Thanks Hazrey for d news:)

  2. you would be surprised how people WILL PAY for stolen product. lagi lagi kalau phone hitech macam iphone

    i’ve seen it myself. nak wat camne.. its a deal man! iphone 200.. lu mau? hahaha

    btw

    baguslah dah tangkap. tapi jangan lepas dah tangkap mamat ni bertepuk tampar bahu sendiri ( backslapping). banyak lagi peragut yang tak ditangkap dan juga bakal meragut. macam feel good story je nak tenangkan hati tapi in reality masih lagi tak selamat. one battle is over but the war is not won yet!

  3. Sedih la.. he’s only 26. Still so young. He can be so much more I’m sure if hala hidup dia tak terpesong. Punca? Dadah?

    Al-Fatihah for Allahyarham…

  4. eddie: Ya, salute untuk anggota dan pegawai yang siang malam bekerja. Dan ada juga dipanggil balik dari cuti. Moga Allah SWT membalas jasa dan amanah yang mereka uphold.

    Juliati: Baguslah Ju sentiasa berwaspada. Then again, if you need a hero, you can always call me. *miang*..

    Obefiend: That is why aku sentiasa masukkan dalam seluar, sori poket seluar aku for my iphone. Tak rela aku kehilangan iphone free dari maxis tu.

    I agree, I texted a police senior officer of your words, and he replied, yes war is not over just yet, and the public must unite to this fight.

    Syed: Yeah, kesian tak? So, does that constitutes to police melahirkan penjenayah? We the masyarakat yang lahirkan penjenayah. How? Sebelum dia jadi penjenayah, mana komuniti, mana ahli masjid dan mana Pemuda Umno dan ahli Umno yang sepatutnya mendekati mereka ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *