POLIS TEMBAK MATI 5 PENJENAYAH WARGA INDONESIA PECAH MASUK DAN ROMPAK RUMAH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI.

POLIS TEMBAK MATI 5 PENJENAYAH WARGA INDONESIA PECAH MASUK DAN ROMPAK RUMAH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI.

POLIS JOHOR BERJAYA MENUMPASKAN SEKUMPULAN PENJENAYAH SAMUN YANG MENJADIKAN RUMAH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI, SEBAGAI SASARAN. LIMA LELAKI WARGA INDONESIA, DITEMBAK MATI SELEPAS CUBA MENYERANG POLIS MENGGUNAKAN PARANG DAN SEPUCUK PISTOL KETIKA DITAHAN DI SUSUR LEBUHRAYA KEMPAS, DI JOHOR BAHRU KIRA KIRA JAM TIGA PAGI TADI. SEBELUM ITU, LIMA PENJENAYAH ITU MELAKUKAN SAMUN BERSENJATA TERHADAP ISTERI SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI, SYAHRIN MD JAMALUDDIN DI KAMPUNG SINARAN BARU, KEMPAS JOHOR BAHRU. SYAHRIN BAGAIMANAPUN BERADA DI IBU NEGARA KETIKA KEJADIAN DAN BERGEGAS PULANG PAGI TADI. ISTERI SYAHRIN BERSAMA TIGA ORANG ANAKNYA BAGAIMANAPUN TIDAK DICEDERAKAN. Syahrin Md Jamaluddin.

MANGSA DIIKAT DAN PENJENAYAH MELARIKAN DUA GELANG EMAS, SATU RANTAI EMAS, TIGA CINCIN EMAS, PEMAIN DVD DAN WANG TUNAI DUA RIBU RINGGIT SELEPAS MEMASUKI RUMAH ITU MELALUI PINTU BELAKANG. PENJENAYAH TURUT MELARIKAN KERETA PROTON WAJA MILIK MANGSA. POLIS YANG MENERIMA LAPORAN, MENGGERAKKAN SEPASUKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA KHAS MENJEJAKI PENJENAYAH DAN TERSEREMPAK DENGAN SUSPEK KIRA-KIRA JAM 3.40 PAGI TADI TIDAK JAUH DARI RUMAH MANGSA.KETIKA DIARAH BERHENTI, SUSPEK MELANGGAR KENDERAAN PAJERO MILIK POLIS MENGAKIBATKAN IA TERHENTI DI SUSUR LEBUHRAYA KEMPAS.
PENJENAYAH KEMUDIAN TERUS KELUAR DAN MENYERANG DENGAN MENGACU SEPUCUK PISTOL DAN EMPAT BILAH PARANG MENGAKIBATKAN POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN. KESEMUA SUSPEK MATI DI TEMPAT KEJADIAN. TIADA PENGENALAN DIRI DITEMUI PADA KESEMUA SUSPEK. ANTARA SENJATA YANG DITEMUI IALAH SEPUCUK PISTOL JENIS COLT SUPERE BERSAMA SATU KELOPAK DAN TIGA BUTIR PELURU, TIGA BILAH PARANG, TIGA PEMUTAR SKRU DAN DUA BILAH PISAU. KESEMUA BARANGAN MILIK MANGSA TURUT DITEMUI. ** Foto akan menyusul nanti.
p/s: ini kira cawangan On The Scene lah. 🙂

9 Replies to “POLIS TEMBAK MATI 5 PENJENAYAH WARGA INDONESIA PECAH MASUK DAN ROMPAK RUMAH SETIAUSAHA POLITIK TIMBALAN PERDANA MENTERI.”

  1. Obefiend: Kami bila type script, it will be done in caps supaya mengelakkan dari tersalah mention when it is being broadcasted.

    That was sent from my email.

    ajie: we must work together dengan polis, kalau nampak suspicious figure, pi report kat bilik gerakan polis – rakancop di 07-2212999.

    Zakiah: Aku tengah discharge ni sambil buat kerja. Haha.

  2. I think Rika Hasriana’s boyfriend left her for another man, or perhaps her husband is having an affair with another man.

    And you, the author of this blog, clearly have homosexual tendencies i.e. you are turned on by men. Just admit it, don’t worry, it’s okay. I know you hate yourself for secretly desiring other men. Don’t vent your anger towards gay men. Try to learn to accept yourself. Try to accept that you are gay.

  3. Or maybe Rika is unable to find a man. She wonders why couldn’t she get herself a man, when even the gay men manage to have boyfriends…

    Don’t worry Rika, there’s nothing wrong in being a spinster…

  4. Haha, apa kena mengena entry ni dengan gay? Hahaha. Hahaha. Hahaha. That made my day. Hahahah. Hahahah. And the winner goes to you – dickhead. Hahah. Hahahah. And yeah, we are all gays. You gay, everyone gays, is that what you want? Gays gays gays. Hahahahaha… hahahah. Hahaha. Wuhuuuuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *