YA, SEARCH ADALAH KUMPULAN UNGGUL. TETAPI PERLU KE RAMPAS BATERI HANDPHONE DAN KAMERA DIGITAL?

YA, SEARCH ADALAH KUMPULAN UNGGUL. TETAPI PERLU KE RAMPAS BATERI HANDPHONE DAN KAMERA DIGITAL?

Rumah dah siap, pahat berbunyi.

Tetapi pahat ini perlu berbunyi sebab memang nampak sumbang sangat. Dan perlu buat adjustment agar rumah tak senget, bumbung tak bocor dan jiran tak bercakap.

Bukan berniat nak memanjangkan, tetapi apa yang berlaku di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam Sabtu lalu, agak menjelekkan.

Aku tak sangka dalam keseronokan tu ada kepahitan.

Aku ada ternampak beberapa individu yang bertindak mengawal keselamatan dan crowd control menghampiri penonton ketika persembahan, tapi aku tetap sangka baik.

Khabarnya, semua penonton sama ada yang membeli tiket RM58 (bagi ruang berdiri) dan RM38 dikehendaki meninggalkan bateri telefon bimbit mereka di pintu masuk!!

Mereka tidak dibenarkan membawa masuk camera phone dengan alasan, mereka akan merakamkan persembahan Search pada malam itu dalam format video. What the fuck? Guna camera phone?

Dan aku ada bertanya dengan beberapa rakan aku yang menonton konsert itu dengan membeli tiket, dan mereka juga mengesahkan pengawal keselamatan meminta penonton menanggalkan bateri handphone mereka ketika melepasi pintu masuk utama stadium.

Apa ni?

Pada ketika Search sedang membuat persembahan, aku rasa ada beribu camera phone digunakan untuk mengambil gambar di ruang berdiri di depan pentas. Dan pastinya bukan untuk dijual pada Mike tokeh DVD cetak rompak dan boleh diedarkan di Kipmart, Holiday Plaza, Bestmart, Pasar Borong Pandan. Ya aku tahu, sebab selalu ikut KPDNHEP serbu diaorang. Haha.

Dan tak pulak aku nampak sebarang notis di pintu masuk MELARANG penonton meninggalkan bateri camera phone mereka atau apa jua jenis camera. Apa ni? Dan dalam press release yang aku terima TAK PUN sebut pasal kamera kamera ni.

Pix Credit: Kedai Gula Gula. (ohh aku pun tersenyum ada blog nama ni. haha, kiranya ada sekutu lah). Anyway, tiada pun tercatat pada tiket bahawa penonton TIDAK dibenarkan membawa masuk apa jua jenis camera phone.

Dan apakah alasan yang mewajarkan tindakan mereka itu? Kerana bimbang exclusivity of the concert keluar kat youtube? Dah keluar pun.
Di blog yang sama di Kedai Gula Gula, pemilik blog itu turut memuatkan rakaman video konsert itu. Dan aku pastinya tujuan dia merakamkannya bukan untuk tujuan menghasilkan video cetak rompak, DVD cetak rompak mahupun berdiri di depan kedai 7 Eleven berhampiran rumahnya untuk menjual rakaman itu.

Yang pastinya, dia merakamkan kerana terlalu kagum dan minat pada Search sama seperti hampir 10,000 peminat lain dan ini pula konsert terakhir Search, dan dari cara rakaman itu dilakukan aku amat amat yakin ia hanya untuk tatapan dia dan rakan-rakan dan LANGSUNG tidak bertujuan untuk mendatangkan keuntungan.

Adakah dengan menggunakan camera phone itu boleh menghasilkan format video yang berkualiti tinggi sehingga membolehkan mereka menjual klip video yang dirakamkan menggunakan handphone?

Tidakkah penganjur tahu, penggunaan camera phone di konsert itu langsung tidak mampu menghasilkan satu rakaman audio yang baik? Tidakkah penganjur memiliki camera phone? Masih lagi pakai Nokia 3310?

Sorakan atau ambience sound tidak di filter dan tidakkah penganjur terpikir sedemikian sehinggakan bertindak merampas bateri camera phone peminat Search?

Amat jelek. Ok bukan itu sahaja.

Seorang rakan wartawan turut dihampiri seorang pengawal keselamatan yang mungkin disuruh berbuat demikian.

Ini perbualan aku dengan rakan wartawan akhbar mainstream berbahasa Inggeris sebentar tadi.

“Aku masuk macam biasa, ikut pintu depan, gantunglah tag media yang diaorang bagi tu. Tetapi kat pintu masuk tu pun dah problem sebab anggota yang bertugas kat situ kata tag aku sesiapa boleh buat,” katanya.

Apa tu?


Inilah tag yang diberikan kepada petugas media. Di hujung kotak tertulis MEDIA itu ada sticker yang dilekatkan petugas yang mengendalikan wakil media.

Seorang kakitangan penganjur sudahpun ditugaskan mengendalikan wakil media, dan petang sebelum konsert itu, dia ada menghantar sms bahawa pemakai tag itu mungkin tidak dibenarkan masuk. Aku tanya kenapa? Petugas itu beritahu, perlu ditampalkan sticker lain sebagai pengesahan. Dan dia meminta aku menghubungi dia sebaik tiba di stadium itu.

Aku ada tanya petang itu, tidakkah itu menyusahkan, kenapa tak tampal sticker itu awal awal, dia cuma kata ada masalah sikit, dan aku rasa mungkin dia ada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Dan aku tanya sudah kah semua wakil media diberitahu, dia kata sudah. Aku kata oklah, di sebalik rasa tak sedap hati.

Setibanya aku di stadium, aku nampak betapa arahan itu langsung tidak konsisten. Aku masuk memakai tag media tanpa sticker yang diberitahu itu. Aku masuk melalui pintu di belakang pentas dan bukan pintu utama tanpa sebarang halangan bertanyakan mengenai sticker itu.

Dan aku pelik, macam mana pulak kata tak boleh masuk?

Tetapi rakan wartawan dari akhbar berbahasa Inggeris tidak bernasib baik seperti aku. Mungkin muka aku nampak garang, dan budak yang jaga pintu belakang stage tu gerun, atau aku ada ilmu gerun, tiada siapa yang dapat menjawabnya. Yang pasti, aku masuk tanpa sticker itu. Haha.

Ok, rakan aku tu dah masuk. Kami ditempatkan di sebelah kanan pentas. Agak tak best jugak sebab tengok dari tepi, side view memang tak best langsung.

Aku duduk di tangga sebab kawasan tempat duduk itu penuh sebab aku naik lambat. Tapi aku tak kisah, sebab di kiri kanan aku, ada pelbagai generasi dan aku bangga mereka turut sesama aku – glorify kumpulan Search ini.

Sepanjang aku duduk di tangga tu, aku ada ternampak seorang petugas keselamatan menghampiri satu pasangan tidak jauh dari aku. Ketika itu, lagu Balada Pemuzik Jalanan iaitu lagu kedua konsert itu.

Dari jauh aku agak terkilan sedikit sebab bukankah pasangan itu sedang menikmati konsert itu, dan tidakkah tindakan itu agak mengganggu?

Aku faham tugas mereka, tetapi kenapa Search sedang membuat persembahan perlu dilakukan semua itu, dan pasangan yang duduk kemas dan bersopan itu bukanlah melompat dan membuat sommersault atau membaling botol ke arah penonton lain.

Lama dia membongkok bercakap sesuatu dengan pasangan itu. Aku nampak si lelaki terkuis kuis mengeluarkan sesuatu. Dan sambil itu, aku lihat penonton di belakang pasangan itu ternyata rimas dengan tindakan petugas itu. Nasib baik kalangan yang menonton adalah dari golongan dewasa dan matang, kalau tidak sure dah kena humban budak tu. Haha.

Dan petang ini, baru aku tahu apa yang dilakukan lelaki itu. Bateri kamera kompak digitalnya dirampas petugas itu!!

Wartawan akhbar Inggeris itu menyambung: “Satu mamat pergi kat aku, dia datang, bang mintak bateri kamera, tak boleh, nanti abang boleh ambik video klip,” kata petugas yang sama selepas menghampiri pasangan pertama tadi.

Rakan wartawan tu tak duduk jauh dari aku. Dan aku lihat insiden itu cuma tidak mendengar apa yang transpired.

“Aku ada tunjuk pass media aku kat dia. Macam tak laku jek sebab dia berkeras nak ambik jugak. Aku pun malas nak bertekak dengan dia, sebab dia berkeras nak jugak bateri camera aku tu, walaupun aku dah pun tunjuk tag media dan kad media syarikat,” katanya.

Dan rakan wartawan itu ada bertanya, macam mana nak ambik balik bateri tu, petugas itu menjawab, habis konsert jumpat kat tempat security kat pintu masuk utama. Dan kata wartawan itu, ketika ambik bateri kamera itu, sempat pulak dia dengan sinisnya, mahal bateri ni kena jaga betul betul. Haha, he better be, otherwise, makan kasut nanti.

Konsert habis.

“Orang berdedai dedai (berpusu pusu) keluar, orang dah kurang, aku tanya kat security berbaju merah dan ceritakan apa yang berlaku dan tanya kat mana nak ambik bateri, yang bestnya, diaorang pun terkejut dengan arahan seumpama itu dan langsung tak tahu menahu. Ada dua jenis petugas keselamatan ke, aku tanya wartawan tu, dia tergelak.

Yelah, aku ni jujur, tanya, yelah kot dia pi tanya kat petugas keselamatan kompleks beli belah mana mana ke, tapi yang ada sebelah stadium tu cuma stadium hoki, dan pastinya malam tu takder perlawanan hoki.

Dan petugas keselamatan memakai baju merah menunjukkan kepada kawan tu kepada yang rakan mereka yang berbaju hitam.

Agaknya yang baju merah tu kiranya FBI, yang hitam tu Secret Service lah, untuk senang korang faham citer ni.

Ingat:

MERAH : FBI
HITAM: SECRET SERVICE

So, member aku ni pun pergilah kat petugas secret service (baju hitam) ni dan tanya kat mana nak collect bateri kameranya.

Pada masa yang sama, semua wartawan sudahpun berkumpul untuk menemuramah (bukan menemu-rumah) Search di holding room.

Member aku ni ditanya, abang masuk pintu mana tadi? Aku aku mula terasa angin naik kat kepala dia. Apa kena mengena aku masuk ikut mana dengan bateri aku ni, katanya, dan aku terpaksa menyabarkan dia dengan membuat lawak anjing di Trengganu jual kain selepas ditampar – kaing kaing kaing kaing.

Ok serious.

Petugas Secret Service tu pun tunjuk satu tempat, selepas diberitahu baterinya diambil ketika dia sedang duduk diam, bersopan dan menonton konsert itu.

Di tempat itu, kata kawan aku lagi, beratus, beribu orang beratur mencari bateri masing-masing dan semua bateri diletak dalam bekas dan di dalam plastik.

Bila dia tengok, bateri masing-masing tercatat nombor telefon lantas memandangkan dia nak cepat untuk sidang akhbar tu, dia meminta bantuan salah seorang petugas di pusat pengumpulan bateri bateri masih boleh dipakai itu.

“Saya nak bateri saya,” katanya sambil menunjukkan kamera digitalnya.

“Apa nombor telefon abang?

“Eh eh, masa ambik tadi budak kau takder pulak mintak nombor telefon, sekarang pulak kau tanya,” katanya.

Aku terus mencelah, mungkin budak tu ingat kau jambu kot, mintak nombor telefon kau, terus aku dengar bunyi tut tut tut tut, talian terputus. Ok sorry. Hahah.

“Sorry bang, bateri macam tu takder kat sini, sini semua bateri handphone,” apabila jawapan itu diberikan, kawan aku tu dah rasa macam stadium tu dah terbalik dah. Haha.

Dan dia terpaksa berpusing satu stadium mencari dari satu pintu ke satu pintu untuk dapatkan bateri kamera digitalnya itu. Dan aku ada tanya dia, kamera tu kau dapat souvenir ke dari assignment mana-mana, dia kata “oiii tolong sikit, aku belilah”. Ok line clear.

Dan mendengar ceritanya, aku terasa amat amat bodoh sekali. Bodoh sesangat disertakan sekali dengan dungunya sekali undang undang serta peraturan seumpama itu. Lainlah mereka datang bawak kamera macam aku bawak, untuk tujuan penyiaran. Itu handphone lah. Setakat mana jek.

“Aku terlepas PC (press conference) yang korang buat tu,” keluh kawan aku tu, dan aku baru terperasan memang dia takder masa PC tu. Dan aku ada tanya, kenapa tak panggil aku.. haha, ya korang mesti ingat bukan bukan, aku tanya sebab nak TOLONG carikan baterinya.

Dan aku ada beritahu dia, takkan boss kau berhentikan kau kerja sebab terlepas PC, dia jawab:

“Aku kerja, dan aku datang kat konsert tu sebab kerja. Last last aku dikerjakan.”

Pada aku, walau gah macam mana pun konsert itu, perlu ada kefahaman yang paling simple sekali, iaitu jangan menyusahkan penonton yang juga PELANGGAN korang yang sudahpun membayar tiket untuk menonton. Kalau aku lainlah, aku masuk free. Haha. Tapi korang jangan sesekali halau aku tau, dua kali takper. Nanti masuk TV. Hahah.

Aku pasti mereka malas nak kisahkan, walaupun pasti ada yang merungut tak sudah sudah. Apatah lagi yang datang tu kebanyakan golongan matang dan pastinya mereka taknak bertekak dan spoil kan niat mereka untuk tengok Amy, Hillary, Din, Nasir dan Yazit di pentas.

Dan sepatutnya kalau dah tahu nak buat exclusivity ala ala perkahwinan artis, letaklah notis besar besar kat luar tu, atau maklumkan pada penonton awal awal jangan kasi susah diaorang. Tentunya masa balik tu, kepulangan mereka terpaksa dilengahkan untuk mengambil balik bateri masing-masing. Apa kejadahnya.

Aku tak tahu samada berlaku kehilangan atau tertukar, tapi harap harap tak ada. Kalau ada, siaplah penganjur, sure akan ada orang menulis kat paper nanti, luah perasaan. Yelah, dalam 10,000 orang tu, takkan takder sorang jenis macam aku ni kan. Hahah.

Dan nasihat aku pada penganjur, pergilah tukar handphone Nokia 3310 anda kepada yang boleh rakam video dan amik gambar 4 mega pixel. Pastu, buat experiment ok. Takat mana jek kau boleh rakam dan tengok kualitinya, boleh tak lawan Multiple Camera Production (MCP) korang siap pakai crane tu. Kalau boleh, then make a statement to the press, beritahu penonton di lokasi berikut JANGAN BAWAK CAMERA PHONE ATAU APA JUA JENIS KAMERA ATAU BERSEDIA UNTUK TINGGALKAN BATERI ANDA.

Tips untuk lokasi seterusnya: Pastikan korang datang berkumpulan supaya bateri boleh bagi kat kekawan. Leraikan handphone anda, bukak casing, sorang pegang keypad, sorang pegang housing, sorang pegang bateri, sorang pegang sim card, memory card korang letak bawah lidah. lols.

Lokasi konsert Search Di Awan Biru:

Seberang Jaya, Penang
Johor Bahru, Johor
Jengka, Pahang
Kuala Terengganu
Alor Setar, Kedah
Kota Bahru, Kelantan
Kuching, Sarawak
Miri, Sarawak
Sandakan or Kota Kinabalu, Sabah
Tawau, Sabah
Kelana Jaya or Shah Alam, Selangor

P/S: Nasib baik depa tak rampas bateri kamera DV cameraman aku, Mohd Hafiz Bahrin. Kalau tidak.. hmmm.. sampai Bakar Batu aku humban diaorang. Hahah.

17 Replies to “YA, SEARCH ADALAH KUMPULAN UNGGUL. TETAPI PERLU KE RAMPAS BATERI HANDPHONE DAN KAMERA DIGITAL?”

  1. ada gak orng buta IT, penyiaran, hp, youtube dan seangkatan dengannya. 1st time gak la dgr benda camnie.

    kalau dlm 10 ribu orang tuh, takde langsung bateri terambil extra, wah…bangganya aku sbgai rakyat m’sia..jujur gitu. tapi kalau terambik yg aweks punya, sedap gak la kan…hehehe

  2. bai

    pergi tengok korn aritupun leh je amik video. band indo perform pun elok je amik video

    apa ke hell la takle amik video. dia lupa ke kalau masuk youtube dapat free preview. orang pun makin teruja nak tengok search live

    sungguh kasihan……….

    ntah bapa banyak la manusia tersalah angkut bateri agaknya…

  3. Hmm, saya ada cam perasan bro bapak gula2 kat stadium ni…

    Saya pulak masa beratur, takder plak security tu minta tanggalkan bateri. membe2 sy seramai 6 org memasing lepas tanpa tinggalkan apa2 kat security… SAya masa tu bawak 3 handphone, dia cuma minta kluorkan then lepas check, dibenarkan masuk..takde rplak diminta tanggalkan bateri…paling tidak duit syiling kena kluorkan dr kocek…munkin sbab diorg takut dgn saya kot, haha

  4. Salam bro.

    Erm tak tau lak masa konsert tu bateri hand phone pun kena tanggal.
    Kalau bateri kamera tu tau la. Pasal saya pun ada masa konsert tu & pakai tag yang sama macam bro pakai (siap sticker lagi..hehe).

    Maybe ada loop hole dimana-mana. Dengar dari staf yang bertugas memang kamera tak boleh bawak masuk. Tapi mungkin dorang terlupa nak tulis dekat tiket syarat2 & peraturan konsert. Kalau macam konsert kat IB memag dah tertulis dekat tiket so orang memang tak komplen..huhu.

    Apa2 pun, Search memang lagenda. Kalau bro ada pergi konsert dorang yang lain, singgah la kat booth Dunia Search. Macam2 ada kat situ..(promote sikit). Review bro memang best.

  5. campak sampai Bakar Batu?

    hehehe… campak masuk laut terus!!
    Oops.. kampung Amy tu, seorang rakan terbang ke Christchurch beberapa bulan lepas untuk konsert Iron Maiden “Somewhere Back In Time 2009” semuanya ambik gambar guna digital camera… yg ambik video pun ada, yg pakai handphone pun ramai!!!

    takde jadi kecoh pun.
    itu keliling dunia tu, siap naik boeing 757 dgn nama diorang terpampang di badan pesawat!!

    apa nak jadi dgn dunia hiburan Malaysia ni?

  6. Out of your mind: haha. tak terpikir pulak. Macam mana pulak yang tak pernah kenal rupa bateri dia camner? Bateri baru tertukar dengan bateri lama? Tapi itu bukan isunya, isunya sekarang ialah apa kewajarannya?

    Obefiend: Yeah, they are overdoing it. That is for the fact.

    Ariana Naziha Aris: Cik belle handphone dia mahal, kalau dia punya memang patut kena ambik bateri. Tapi itulah, ia tetap tiada kewajaran. Saya pernah ke konsert antarabangsa di Singapura, dan tak pulak depa suruh kita tanggalkan bateri. It is a hassle free concert.

    Zakiah: Saje nak test orang melayu ni memang tak suka membaca, pastu kalau tak pass periksa, salahkan kerajaan taknak bantu kaum Melayu, pastu pangkah pembangkang, pastu pergi bersorak kat tepi jalan, pastu bersorak kat mahkamah, pastu bersorak kat warung, pastu bersorak tengah tidur.

    ajie: Oh ye ker? Laa kenapa tak tegur? Tapi kena ada pengeras. Kena ada sugar baby. Hahah. Probably diaorang takut tengok muka ajie kot, mesti mamat tu peminat cerita Ultraman and your face reminds him of raksasa.

    Faryn: Hahah. Baik awak panggil TM sekali buat video conferencing.

    zan: Salam to you too. Haha, pakai sticker jugak ke? Ok, the news I heard was: sticker tu dipasang sebab petang tu, diaorang dapat maklumat bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak pass yang serupa. Tulah, mungkin depa yang buat pass tu takder photoshop sebab tu depa tak tahu benda tu boleh diciplak. Dan saya setuju dengan saudara, sepatutnya tertera pada tiket atau sekurang kurangnya berikan notis secukupnya buat peminat.

    Dan ya, Search memang happening malam tu. Zan di booth Dunia Search ehh? Nak order t-shirt boleh, itu hari tak sempat beli ah.

    mizzyN: haha berdedai dedai comment tak direply, ni baru nak berdedai dedai menjawabnya. Dah jangan asyik bersidai kat blog orang jek, pergi masak.

    Desert Rose: email me at superhazrey@gmail.com to get my number.

    eddie dewanaga: Hahah.. serious ahh member pergi Iron Maiden? Kenapa tak habaq, boleh kirim cd beb. Mungkin penganjur masih pakai Nokia 3310. Period.

    Search pula, mesti lihat perkara ini dan lakukan sesuatu sebab ia sedikit sebanyak mampu mempengaruhi response dari peminat.

  7. x de ke cara nak ajar penganjur-penganjur ni. Dah banyak kali aku dengar cerita macam ni, rasa terbakar. Pengalaman aku tak banyak cover entertainment cuma ada sekali, Ali Bakar masa tu, buat PC tapi yang kelakarnya tak boleh tanya soalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *