I HAVE BEEN LONGING FOR GOOD MUSIC AND EXTRAORDINARY SINGING. I GOT IT HERE IN JB, BUT NOT THRU ASTRO!

I HAVE BEEN LONGING FOR GOOD MUSIC AND EXTRAORDINARY SINGING. I GOT IT HERE IN JB, BUT NOT THRU ASTRO!

Dari luar, venue Konsert Search Di Awan Biru tampak penuh dengan manusia.

Time check: 8:15pm.

Jalan Tebrau bumper to bumper. Slow moving.

Laluan memasuki kawasan parkir Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah dipenuhi deretan kenderaan bergerak perlahan.

Kenderan aku berada hampir setengah kilometer dari selekoh masuk ke stadium itu.

Terus aku teringatkan kenalan aku, dan berjaya aku park kan kereta aku di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang bersebelahan dengan stadium itu.

Nasib Rahman Othman ikut. Rahman, rakan sekolah aku yang paling rapat. Cuma sejak masing masing dengan kareer dan isteri isteri ehh sorry, isteri masing masing, kurang bertemu.

Dan konsert ini peluang untuk aku hang out dengan dia. Catching old times or should I say young times? Tapi best, dulu kami pernah pakai kopiah untuk takutkan orang berasmaradana dalam kereta di pantai Lido. Dan ramai yang kelam kabut. Kami buat experiment jek masa tu, kebarangkalian sama ada kopiah memainkan peranan atau tidak. Kurangnya kami dapat menghindarkan pasangan itu dari berbuat dosa.

Namun terdetik dalam hati aku, kenapa yek, orang pompuan sentiasa ada masa untuk kuar shopping or buat pedicure manicure dengan kekawan pompuan yang dikenali sejak di sekolah sambil sambil mengumpat pasal anak kakak mana ntah yang langgar kereta diaorang, pasal AF, pasal harga ikan makin mahal, pasal handbag, pasal laki semakin tak ensem sebab perut boroi.

Ok cerita pasal konsert.

Dari luar, aku dah jangka pasti stadium ini akan mencatat sejarah dipenuhi manusia.

Dari kenderaan yang berpusu masuk, dan manusia pun camtu, termasuk golongan usia pertengahan tahun dan generasi muda, Search bukan calang calang grup dan inilah bukti, Search ada follower.

Dan kata Rahman: gila lu kalau tak pergi, ini bukan konsert Laksamana atau Zabarjad. Hahahaha.. Jahat mulut kau ehh rahman.

Tentunya Yazit dan Hillary, pengasas kumpulan Search gembira tengok crowd di kampung halaman mereka.

Dan tentunya crowd paranoid sebaik mereka muncul di pentas.

Persembahan tidak bermula jam 8.30malam seperti dijadualkan, alah biasalah konsert rock. Tapi berbaloi tunggu sebab ini Search, bukan kumpulan Black Rose atau Zabarjad.

Ia hanya bermula tepat jam 9:30 malam sebaik ex-girlfriend aku Nabila, ok tak, anak Amy tu, memperkenalkan Search.

Comel gak Nabila ni kan. hehe. Orang punya.

Nabila sempat bermain mata dengan aku dan buatkan aku tersipu sipu malu dan berlari ke belakang pentas sebab tak tahan dengan godaan dan panahan cintanya. Janganlah tengok i camtu nokkkkk.

Belum sempat Amy bukak mulut, the crowd was paranoid and ecstatic. Damn ecstatic termasuklah aku (dalam hati, sebab tengah kerja, so kena control sisa sisa ensemku).

Amy tidak bercakap banyak sebelum lagu pertama itu. The sound system adalah lebih baik dari konsert MUH sebelum ini di venue yang sama. Dan aku rasa, inilah sound system yang terbaik setakat ini.

Pencahayaan bagaimanapun kurang elaborate untuk menggambarkan kehebatan grup berusia 27 tahun ini. Pun begitu, ia diimbangi dengan pyrotechnic di sekeliling pentas serta effect api di kiri kanan pentas.

Bermula dengan lagu paranoid, ia disambut hampir 10,000 orang di dalam stadium itu. Bergegar aku rasa stadium itu dengan jeritan.

Balada Pemuzik Jalanan menyusul non-stop dan tenggelam suara Amy sebab 10,000 orang menyanyi lagu itu dari awal hingga akhir.

Ini bukan gambar berus gigi. Tapi inilah penonton yang berdiri setiap genap penjuru dalam stadium MBJB malam Sabtu lalu pada ketika korang semua dihidangkan dengan lawak AF go out, go in di rumah.

Dan 10,000 manusia yang menyanyi itu termasuklah aku dan Rahman. Dan itulah berlaku sepanjang konsert 2 jam itu.

Inilah konsert yang aku lihat menggabungkan tiga generasi – otai, generasi aku dan generasi muda.

Lihat betul betul foto ini. Ada tiga generasi.

Aku bangga sebab inilah sebenar benarnya muzik dan value muzik. Dan mereka lahir dari Johor. Dan setakat hari ini, konsert yang pernah aku cover sebelum ini, inilah konsert dihargai.

Maksudnya ialah?

Aku rasa inilah caranya menilai sama ada kita memiliki value dalam market sehingga peminat sanggup berabis duit semata mata untuk menonton konsert anda (tak termasuk aku sebab aku biasanya masuk free).

Kalau publisiti macam nak rak, piala anugerah penuh satu gerobok kat rumah, dengan pelbagai kontroversi tapi suku stadium pun tak penuh bila buat konsert baik takyahlah. Ikut jerlah konsert Jom Heboh. Kalau tidak mau jadik suku nanti.

Ya, rock and roll lahir dari JB. No offence, but not Kuantan, Kuala Kubu, Putrajaya or Kg Ceruk Tok Wan.

Ada yang datang bersama anak kecil. Kalau dulu, mak ayah kita akan marah kalau depa dengar kita nak pi konsert rock, sekarang ni, bapak bebudak kecik tu pergi konsert rock.

Pada aku yang tak berapa pandai ni, beberapa minggu lalu Meet Uncle Hussein berada di tempat yang sama tetapi dengan harga tiket yang lebih rendah. Pun begitu, penonton hanya mengisi suku dari ruang di depan pentas. Manakala ruang tempat duduk bagaikan seorang lelaki tua yang giginya jarang jarang.

20 lagu dipersembahkan kepada peminat. Antaranya ialah Isi dan Kulit, Pawana, Gadis Misteri, Gadisku, Setelah Hujan, Derap Komando dan banyak lagi.

Yang pastinya, bak kat Amy semasa aku interview dia selepas konsert: ” Haha, kalau semua lagu dari album kami, 10 jam pun tak abis konsert.” Dan itu mungkin lawak, tetapi ada tak kumpulan rock hari ini yang tidak boleh menjemukan penonton selepas beberapa lagu? Try, cuba test tengok.

Amy sempat buat salutation kepada seorang tetamu kehormat pada konsert itu. Tetamu yang paling tinggi dan dijunjung Amy. Ibunya ! Yeah, ibunya pun peminat rock beb!

“Saya ingin memperkenalkan seorang tetamu kehormat pada malam ini, yang amat penting, tanpanya mungkin kita tak dapat anjurkan konsert ini. Itu dia, ibu saya.”

Dan sebaik follow spot ditujukan kepada ibunya di grand stand, seluruh stadium bergema dengan tepukan kepada ibu Amy. Aku tak dapat lihat dengan jelas kerana jarak agak jauh, tetapi aku lihat adik beradik Amy menunjukkan tanda bagus dan melambai lambai pada penonton.

Hampir 4 minit penonton bertepuk, penghargaan buat ibu Amy yang bersusah payah melahirkan seorang anak serta membesarkan seorang lelaki yang kini sudahpun berusia 52 tahun. Dan lelaki itulah yang membesarkan peminat dengan lagu lagunya.

Detik itu aku kira satu satunya detik paling unik. Dan Amy sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya.

10,000 Penonton
Tetapi semalam, kalau aku jual mineral water RM1, pasti aku akan kaya sekelip mata. Sebab manusia terlalu ramai. Dan inilah penghargaan buat Amy, Hillary, Din, Yazit dan Nasir.

Persembahan mereka turut dibantu pemain keyboard sessionist, Rozario.

Seriously semalam aku terasa seperti masih di bangku sekolah.

Dan aku tersenyum sepanjang konsert itu, sebab aku sengaja duduk di celah penonton lain walaupun kami ditempatkan di tepi pentas (dok tepi pentas nak tengok apa?).

Aku tersenyum sebab, ramai penonton bersama isteri atau suami terserempak dengan rakan rakan mereka. Mungkin rakan sekolah. Ada yang berpelukan. Sah, ini konsert Reunion buat peminat Search. Mungkin pelukan mesra mereka tidak sama seperti di zaman sekolah dulu, sebab pelukan kali ini agak terjarak sedikit dek perut masing masing yang sudah agak advance. 🙂

Mungkin dulu mereka sama sama minat pada Search, dan waktu itu rambut mereka masih ramai lagi. Kini ketika rambut mereka tidak ramai lagi dah, dan ada yang sudah berkerut, mereka bertemu semula dan pastinya mengeratkan lagi silaturahim. Kan ada hikmahnya.

Search mengembalikan nostalgia, search menemukan semula yang terputus, Search mengembalikan value dan erti muzik sebenar!

Aku sempat menemuramah (couple of days ago, someone said temu-rumah. hahahah.. rumah nenek kau!!) semua anggota Search selepas konsert. Wajah mereka tampak puas. Puas sepuas puasnya nokkk.

Walaupun rock, sebelum interview aku mohon maaf pada mereka sebab aku akan panggil mereka dengan nama sahaja dan tiada panggilan ‘abang’ sebelum nama mereka. Walaupun rock, mereka tetap perlu dihormati dan dengan muzik yang mereka bawakan, mereka berhak dihormati.

Terima kasih Search, but no thanks to other kumpulan setengah masak.

Search Rocks !!!

Jangan terkejut ok. Ini bukan gambar superimpose. Pasangan ini dijemput sendiri Amy ke atas pentas sebab kebetulan pengantin perempuan orang Johor dan mereka bersanding pada siangnya dan turut dihadiri Amy.

Si wanita ialah penulis kolum Sensasi Bintang akhbar Kosmo, Maliah Surip bersama suaminya Abdul Razak Latif, jurufoto. Aksi Amy ini bukanlah dia sedang buat magic tetapi sedang menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Simbolik kan. Hakikatnya, sewa baju pengantin pasti bertambah buat rakan wartawan ini. Tahniah buat Maliah dan Razak (walaupun sebenarnya aku tak dijemput LANGSUNG korang kahwin) dan Maliah buat buat terlupa kenal kat aku masa aku interview korang.. cehh. Entah entah memang betul tak kenal kot? Hahah. Anyway, moga rumahtangga anda berdua dirahmati Allah SWT dan berbahagia sehingga akhir hayat. (nak pakai gambar ni aku nak mintak bayor dari pengantin.. haha).

p/s: Su – Bernama Johor, pastikan mesej aku terkilan tak dijemput sampai pada Maliah. Hahaha.

21 Replies to “I HAVE BEEN LONGING FOR GOOD MUSIC AND EXTRAORDINARY SINGING. I GOT IT HERE IN JB, BUT NOT THRU ASTRO!”

  1. Cisssss bedebah. Org jantan lagi hazab kalau kutuk org :- cthnya bila ko kutuk pondan n hbby aku kutuk Tomok.Aku bkn ngumpat, meluahkan perasaan ok.

    Dan cukuplah aku berbangga kerana ramai pemimpin dan ulama yg hebat dan tersohor asal dari Kedah ……(takde rock star pun tak per…peace)

  2. Azhar Abdullah: I know your frustration. Serious frustration. Sama seperti ketika aku tanya kumpulan ini, mengapa menukar konsep asal mereka, Gotik Malam Edan, dan Yazit menjawab, ini satu experiment. Malangnya experiment itu kurang menjadi. Dan aku ada cadangkan agar masa akan datang, lahirkan satu album campuran, konsep asal mereka dengan konsep baru. Mereka setuju. Tunggu! Dan tunggulah album kompilasi CD dan video konsert ini nanti.

    melon: setiap wanita itu ada kecantikannya dan kecomelannya. Anugerah Allah SWT.

    gman: Insya’allah kita akan ingat mereka sebagai sebahagian dari kehidupan kita yang lalu sambil kita ingat pada Pencipta kita. Of course everyone will remember Rabbani. 🙂

    Desert Rose: Aku paham. Kat sini memang tujuannya untuk spesis kau lepaskan perasaan. Tak kiralah perasaan apa pun. Aku ni kiranya pakar sakit jiwa yang baik.

    Dan entry ini mengenai rock, dan secara ilmiahnya, ia menunjukkan betapa Allah SWT mencipta makhluknya dengan pelbagai kemahiran. Dan terpulang pada kita bagaimana kita menggunakan ia untuk kebaikan.

    Dan Alhamdulillah, setiap negeri di negara ini (termasuk Kedah) memiliki cendekiawan agama. 🙂

    Faryn: Yeah, you should, you should. They rock the stadium! Van Halen of Malaysia!

    Desert Rose: Nope. Unnecessary. 🙂

  3. huhu search rock! allahyarhamah jiran aku dulu mak sedara amy, jadi bila gi rumah dia sibuk ooooh ahhhh tengok gambar dia dengan amy rambut gerbang.

  4. good review bro,

    memang happening konsert kelmarin…wa mmg enjoy sgt..crowd jb mmg gempak…bak kata amy..berbaloi-baloi…haha

  5. salam en bapak gula-gula. maliah here. maaf tiada jemputannya dan maaf sebab jujur bukan buat-buat tak kenal. tapi memang tak kenal abang. malam itulah 1st time kita bercakap dan memang pernah perasan abang pada majlis halau menghalau, tapi in person, belum kenal lagi.
    tapi bila sebut bapak gula-gula, saya tahulah, sebab memang famous habis!
    maaf sekali lagi ya sebab tak mengenali bapak gula-gula yang famous.

    btw, kami ada satu lagi majlis di sebelah pihak lelaki, di TAMAN SELASIH, KULIM, KEDAH, pada 16 MEI ni. DIJEMPUT HADIR sebagai membayar hutang undangan di johor bahru.

    maaf sekali lagi ya bapak gula-gula.

  6. ateeka: and I love Johor.

    mizzyN: tapi amy happening. And all of them look so old tapi wiser.

    Tok Rimau: Yeah, everyone park kat situ. I hate to park there, sebab remind me to pay my citibank. Hahah.

    ajie: apa yang kita lihat di stadium itu adalah mereka yang menghargai muzik. Dan Search berjaya menepati kriteria itu.

    Maliah: Haha, takperlah, I was just pulling your leg. But you both looks so adorable. And seketika, menenggelamkan Amy kejap atas stage tu.

    And I know Yati went to your wedding during which, I was covering a crime story. 🙂 Anyway, Selamat Pengantin Baru!! Seronok tengok orang kahwin ni.

    Kedah tu jauh Maliah oii.. tapi Business Class tickets, limo ada, ok kot. Hahah..

    And first time I heard I am famous. Esok nak check how to start famous amos. Mesti kaya kan.

    cik nana: You better be! I will wait for your review pulak. Ohh, jangan ngada ngada nak pakai sweater yek atau jacket because you will surely be jumping!

    DonCorleone: Hahah, sesekali bro. Seronok jadik muda ni. Huhu. Lepas ni – Sweet Charity di Esplanade, Singapore! Ohh, ada cerita best ni, photographer media dipaksa mengeluarkan bateri kamera di konsert itu. Memang best citer ni.

  7. Hi Hazrey,
    Kami plan jugak nak tegok concert Search but Last minit suami tak dapat cuti untuk ke konsert Search tu. Pada mulanya Ju merajuk jugak but lepas baca yr posting . Lega sikit. Parking pun problem juga(kawan2 yg bilang) .But still terkilan juga tak dapat pergi cos jst seberang tambak aja dah dekat nah 🙁 tak palah konsert Sweet Charity di Esplanade YES!! yg itu confirm pergi:) senang naik MRT aja.. 🙂 Hope to c u there Hazrey

  8. Ju, tulah, walaupun it was one great opportunity for you to watch Search, nevertheless, ada peluang lain lagi. Ada 11 venues.

    But, memang penuh stadium masa tu. Well, parking kat stadium MBJB tu memang sampai bila pun takkan selesai tapi kat JB ni itulah tempat yang paling sesuai.

    Yeah, your fellow Singaporean did told me about Sweet Charity concert kat Esplanade malam tu. Dah contact Ramli Sarip and hopefully KL will assign me to cover that concert. Boleh sasau kalau tak pergi Sweet Charity!!

    Yeah, I will definitely get in touch with you for direction sebab last time sesat sampai Changi Airport. Hahah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *