BOMOH KATA AKU TAKKAN KAHWIN DUA…. BUT WHY?

BOMOH KATA AKU TAKKAN KAHWIN DUA…. BUT WHY?

Haha, title ni memang best kan. Ya, itu hari wait, couple of months ago, aku pi cover satu story pasal pochong (or is it the spelling pocong?) di Kota Tinggi, for Misteri Nusantara jumpalah sorang bomoh ni, dia belek belek tangan aku, katanya, aku takkan kahwin dua.

Aku marah, sangat marah sebab dia sanggup melumpuhkan cita cita aku sebagai seorang lelaki sama seperti lelaki lain kat dunia ini. Ok sekali lagi aku tipu. Mana ada cita cita camtu. Betul.

Yang aku lupa nak tanya, adakah ayat itu dah habis, atau boleh disambung lagi?

Antara cadangan cadangan aku untuk ayat seterusnya ialah:

A. ..takkan kahwin dua, tetapi tiga.

B. ..takkan kahwin dua, tetapi empat.

C. ..takkan kahwin dua, tapi satu dah cukup sebab sebelum nak bercita cita nak kahwin lagi satu, siapkan diri untuk diwrestling. Hahaha

Idaklah.

Cerita pasal kahwin lebih dari satu ni memang tak akan habis. Ada yang menyeberang sungai untuk berbuat demikian. Ada yang balik kena parang.

Apapun, aku tengok cerita P Ramlee, Madu Tiga dan sepanjang cerita tu, aku tergelak sakan, walaupun, aku dah kira, berjuta kali aku tengok filem tu dan VT yang dimainkan pun naik bersarat bunyinya sebab dah terlalu banyak kali diputarkan.

Filem itu amat sinikal. Sinikal terhadap keinginan orang Melayu.

Dan tanyalah mana-mana lelaki yang dah ‘season’, yang muda, yang perasan muda, yang bergaya macam orang muda, dan yang masih terasa nak pergi shuffles walaupun usia dah boleh joget poco poco jek, mesti diaorang tau this flick.

Dan ini adegan P Ramlee pi kutip sewa dalm filem Madu Tiga.

“Kalau bapak dia mati, siapa nak jaga anak dia.. akuuuuuu jugakkk.. “

Dan ia bersambung..

“Saya ni manusia lembut hati, tak boleh tengok orang sakit. Bukan macam dia ni..”

Tanyalah mereka, tau tak lagu Madu Tiga, gerenti tau, especially mereka yang masih nak bershuffle walaupun usia dah meluluskan mereka untuk menari poco poco secara professional.

I did a study on P Ramlee many years ago. Pergi rumah dia di KL tu, pergi jumpa orang kuat Arkib Negara, dan cari maklumat dari pelbagai sumber termasuk dari Perpustakaan Negara dan Johor. And we did an exhibition about Allahyarham.

Aku tak sempat kenal dengan P Ramlee, tapi aku pasti ramai yang kagum dengan kebolehan dia.

Aku tak pandai bercerita pasal teknik lakonan, tentang teknik penggambaran dan sebagainya.

Aku cuma tau, filem P Ramlee tak lekang dek panas, tak luntur dek hujan. Kenapa? Adakah Allahyarham membakar kemenyan dan menghembusnya ke setiap pelakon dan petugas supaya filem arahannya sentiasa mekar hingga hari ini?

Tentunya tidak.

Yang pastinya Sargeant Titular ini tahu kelaziman dalam masyarakat dan ia menyentuh pelbagai kaum. Dan bukankah ia 1Malaysia? Tanya aku, aku jawab – YA.

Kalau seniman bujang lapok, hampir semua bangsa ada. India ada, cina ada, singh ada, jawa pun ada (minus the tempe of course, cuma jadik hang cangkul jek).

Tak perlu lawak slapstik. Lawak bodoh, tongong, bahalul, membodohkan dan yang paling penting, tak perlu tarian poco poco atau meniru Tokyo drift. Tak payah. That will be lame.

Filem Madu Tiga ditayangkan untuk tontonan pada 1964 dan tahun ni dah 2009. Berapa lama dah tu? Kenapa tak basi? Adakah kerana ia selalu dipanaskan seperti lauk yang dimasak lewat malam tadi untuk dimakan pagi ini?

Percaya atau tidak, nama Kassim Selamat dari filem Ibu Mertuaku pada tahun 1962 sehingga hari ini dikenali hampir semua orang. Sudu dan garpu korek mata. Ia menjadi bahan gurauan hingga ke hari ini. Tak pulak dengar ada orang cakap, nak jadik cicakman. Kecuali anak kecil. Itupun aku tak setuju sebab cicaklah yang mendedahkan rahsia tempat persembunyian Rasulullah SAW.

Dr Ismadi adalah satu karektor yang dibenci dalam filem itu. Muka dia pun dah cukup menggambarkan satu karektor yang dibenci. Takkan dah takder lagi karektor / casting macam tu lagi? Takkan Malaysia cuma ada wajah wajah toyboy dan gayish sahaja? Sampai bila A Galak nak jadik sarjan?

Adakah bisnes cari talent / casting agency tidak menguntungkan di negara ini? Adakah producer memilih dengan cekup sahaja apa yang ada? Apa kriterianya? Aku bukan penulis entertainment, tapi aku tertanya kenapa yek? Tak ker bertanya semua orang akan benda benda ni semua? Sampai bila Abu Bakar Omar nak jadik orang kampung dianiaya dan rumah akan dirampas?

Sampai bila Mak Jah nak jadi orang gaji? Yelah, wajah dia memang sesuai pun, tapi takkan tak kasi karektor lain pulak? Tapi sesuai ker? Takkan asal watak orang gaji mesti bagi kat dia? Tak boleh ke sesekali Mak Jah jadi majikan pulak? Takkan Mak Jah tak pernah simpan duit untuk jadi kaya? Kekadang aku tengok baju dia pun sepesen jek. Takkan wardrobe Mak Jah tu jek? Tak merasalah Mak Jah designer’s clothes. Kenapa tak masukkan dia dalam salah satu watak drama Matahari? Kan best. Alah, nanti mesti dapat jadik orang gaji jugak. Pedih hati aku.

Adakah penonton di negara ini hanya akan menonton wajah pelakon wanita yang cantik sebagai karektor utamanya? Dulu Ratu Filem ialah Erra Fazira. Sekarang siapa? Fasha Sandha? Lisdawati? Maya Karin? Macam mana kita hendak mengukur seorang pelakon itu untuk digelar Ratu Filem? Aku tau camne nak panggil seorang usahawan itu ratu jamu kalau dia banyak keluarkan jamu pelbagai.

Adakah Dynaz boleh digelar Ratu Filem sebab menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian tempohari? Adakah populariti atau kesan dari lakonannya perlu diambil kira? Ikut piawaian antarabangsa atau ikut piawaian penulis hiburan? 🙂

Adakah ukuran sama digunakan untuk Ratu Filem? Entahlah. Aku tak tahu.

Walau apapun, aku pasti, aku takkan percaya apa jua telahan dan telekan bomoh itu kerana aku percaya pada qada’ dan qadar. Insya’allah.

Dan aku, aku nak pi jumpa Salih Yakob. Ada nombor phone dia tak?

15 Replies to “BOMOH KATA AKU TAKKAN KAHWIN DUA…. BUT WHY?”

  1. salam kenal…ahahaha….niat nak poligami pun dah bagus, dapat pahala…tapi niat kena betul la kot uhuhu….tapi yg penting bahagia kah? atau sekadar happy sekejap saja sebab adrenaline rush…ahaks

  2. Encik,

    Kem salam lah kat Salleh Yaakob kalau ko interbiu dia nanti hokay, akulah peminat fanatik dia..tp jgn bagi no phone aku plak, tak pasal plak karang.

    -Ratu Gedik Solehah-

  3. kau pernah dengar tak… TONGONG, BENGONG dan sebagainya…(hahahaha aku tau perkataan tu takder kene mengena dengan entry kau)

    tapi kau memang monyet tau….

    hahahahaha

    Hazrey,

    kalau kau nak bini 4, aku rasa kau boleh dapat.

    (HAHAHAHAHAHA)

  4. aku tatau siapa rat filem melayu. tapi sundelz filem melayu ialah Nabila Huda. semua karekter flem dia sundelz. dia the new Siput Sarawak bagi aku. Femme fetale terbaik untuk paska millenium.

    kenapa filem p ramlee evergreen

    aku rasa cerita biasa-biasa aje. honest to god kalau kaji filem dia takde yang special. tapi pasal dia the FIRST one to make countless malay movies dan pendahulu segala genre maka dia ada special soft spot kat hati kita. maca the first women kita kiss dan had a rush on. padahal kalau pikir balik bini kita sekarang lagi hot. tapi minah hidung hingus masa darjah enam yang kata i love you dekat kamu tak lekang dari memori kan?

    satu lagi pasal filem p ramlee ialah ianya technologically on par with films from Hollywood and Bollywood at that time. model miniatur filem hang tuah tu nampak equally as good as miniatur filem sci fi dari US. film stock pun sama. ON PAR babe.

    sekarang?

    US dah CGI juta-juta kita still nampak macam kartun. kena cicir technically. filem thailand pun CGI dia dah cantek. kita?

    maka orang malaysia sekarang terus nampak inferiornya filem kita dari semua segi dari US. cicakman kena gelak pasal CGI nya tak smooth. maka nak appreciate pun pikir 3 kali. dah la macam spiderman. MAtrix pun ada dia ciplak. so how nak bangga?

    tu lah sebabnya pada hemat aku kenapa filem P ramlee evergreen. its probably your FIRST comedy (doremi) . Your first tragedy ( penarek becha) and your first naughty film ( Dr Rusdi – amoi bukak baju pada belakang. ahaks!).it also gave us something to be proud. we use to be JUST AS GOOD tapi skang sudah sampah. dua faktor ini contribut kepada rose tinted view of p ramlee movie despite its flaws (doremi to me is juts a rip off of 3 stooges..takkan tak perasan kot? clear gila dia ciplak!)

    amcam? setuju tak hazrey?

  5. ko tak bleh kawin 2 sebab ko isap rokok. umur ko akan pendek by separuh… patutnya baki umur yg separuh lagi tu utk bini sorang lagi tapi bye bye je lah kann..
    [tapi kalau ko tak isap rokok..kira berpeluang besar lagi laa]
    hahahahaha

    salleh yaakob akan shooting kat mmu early bulan 5 nih..nak nomo tepon? 😀

    hmm..patutnya me kene ajor my son tgk pilem p ramlee lebih kerap..tapi terlupa lah plak..
    tak pe..esok masih ada
    🙂

    sebenornyer kan.. malaysian nih ramai yg berbakat besar dlm CGI..tapi stended filem sini budgetnya sungguh kecil.. soa dorang takde peluang nak explore
    kalau tak caya..tgk keje budak2 filem& animations kat mana2 school of creative multimedia yg ade kat malaysia nih.. some of them really membanggakan..tp sapa yg nak appreciate?
    tak dak sapa..tq

    kalau nabila ratu watak sundelz..me rasa lah, sheila rusli patut menang ratu watak jahat..

  6. haha sian mak jah. ohoh…
    ni lagi satu…

    aziz singah.
    sampai bila aziz singah nak jadi datuk rambut putih yang kaya duk rumah besar dan cakap stail buku teks sejarah?

    oh lagi, rosyam nor
    sampai bila rosyam nor nak jadi jejaka melayu playboy pewaris syarikat ayah dia dan masih mencari cinta(even jelas sgt la dah tua), dan memandu kereta di jambatan putrajaya?
    haha

    lawak la entertainment scene melayu. formula dia sama, once a theme/concept atau apa2 yang succeeded in term of audience receiving, the producers and directors will milk the money out of the same theme as hard as they can. cth : slot samarinda(syarikat gaduh2), cerita hantu(hantu mesti dtg dr keluarga di kampung)…dll la.

    haha. n at last we bored.

    but who’s to blame. even hollywood nowadays has drought of ideas. they keep doing sequels, remake n shits.

    aku pn dah lama give up dengan cerita melayu.

    p/s sori, aku tgk p.ramlee masa sekolah rendah. dan terus jadik bosan lepas tu. tak pernah plak tgk berulang2…nk muntah sbb bosan
    hehe

  7. arsaili; Salam to you too. Ada yang bahagia. Rasulullah SAW bahagia kan? Tapi jangan part nak tambah jek ikut sunnah. Betul tak puan puan dan cik cik sekelian?

    Desert Rose: Tetap gedik.

    Zakiah: Aku tau kau suka monyet. Dan secara metaphoric-nya, kau suka orang berbulu kan. At least now the whole knows your preference. Guys with dada berbulu, que up.

    Bini 4: Aminnnnn..

    Obefiend: Cicakman, yes, it is a comedy movie. Not a CGI movie. Mana ada CGI? Ada ehh? Aku tak ingat sangat sebab masa ditayangkan kat TV, it was raya. So tak dapat nak focus. And doremi, yes, there is a similarity. 1925 was the year 3-stooges born while P Ramlee’s Do Re Mi was rolled in 1966. Perhaps, but nobody could tell.

    Pada aku, we need to upgrade the post production here in Malaysia. We, seriously, memiliki kebolehan tu semua. Cuma cara pengolahan ke layar perak perlu diperbaiki.

    Dan tertanyalah aku setiap hari, kenapa kadangkala drama boleh jadik lebih baik dari filem?

    ninoz: Unless, I have more ‘thing’ to suck on, I will quit smoking. Hahah. And I am not planning to live so long sebab nanti susahkan orang nak bawak aku pergi toilet, nak berak, nak kencing. Dan aku tentunya taknak orang susah payah keluarkan sesuatu dari seluar aku.

    And yes, aku dah jumpa ramai bakat besar yang boleh menghasilkan animasi yang menakjubkan. The money goes to the pelakon pelakon tersohor. Thank you.

    nabila? Ermm mungkin kot. Ida nerina?

    gman: kesian kan mak jah.

    I like rosyam nor and his putrajaya background. It promotes putrajaya kepada rakyat India, hingga ada yang datang ke Melaka untuk membikin filem dan…

    ohh kau lupa dating kat tasik putrajaya tu dan naik bot tu. Aku rasa, surely tokeh bot tu dah buat duit yang banyak untuk sewa bikin drama dan filim.

    And yes, filem kita ikut musim. Kalau SATU filim lawak laku, semua orang berebut nak buat. Yang kaya tetap tokeh durian dari Segamat, if you know who that is. Bila citer hantu, semua orang buat citer hantu dan kalau kau perasan, hantu kita mesti kena menjerit.. eiiiiii.. uuuuuuu.. eiiii, bila aku tengok citer Taiwan ke, Jepun ke, takde pulak. Hantu kat Malaysia memang camtu ke?

    Ohh nanti tunggu transformers and Star Trek. Hahaha

    Kau asyik tengok porno, sebab tulah kau tak tengok P Ramlee.

  8. Pada permulaan, aku tertanya2, apakah Mr. Hazrey mempunyai perancangan mahu kahwin lebih..well, benda normal..^_^

    bila sampai ketengah (bukan di T’ganu), aku menyedari bahawa fakta itu harus dibaca oleh manusia2 yang ada alter ego melampau~ ya, sebab merela patut melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dalam membuatkan orang pergi ke mana mereka.

    aduhai.

  9. p.ramlee kan sudah nyanyi dimana kan ku cari ganti serupa dgnmu..
    so,mmg susah nak cari pengganti mcm p.ramlee..xada punye..

    aku rasa bomoh tu ckp kamu xkan kahwin 2 sbb dia dah nmpk masa dpn kamu yg bakal mengalami kejatuhan..ahha..lwk je..jgn mare..tp jwpn c plg best 🙂

  10. Nak tambah satu lagi? Me? Tak sampai hati la. Cam rasa cruel if I did. Plus I’m currently fully satisfied. Dia je lah bagiku dunia akhirat.. 🙂

    Not to compare with P Ramplee, just curious, what do you think of Yasmin Ahmad’s movies? Do you like her latest Air Asia advert? Byk ‘eye candy’ la.. hehe…

  11. Zara: Thank you for your ‘bawah berdiri’. True kan, benda normal kan.

    Obefiend: Aku pun tanya soalan yang sama. Kita ni kembar ke? Meh kita buat DNA, manalah tau kot.. cannot cannot.. cannnot be one..

    wanieweng: a’ah lama tak jenguk. I should charge you for renewal. hahah. Chatbox? macam malas lah pulak. Takyahlah ehh. But i like your endless effort. hehe

    milo ais: i always like that song, memang betullah, i selalu nyanyi lagu tu kat my wife, even though dia macam jeling jeling bersama beribu soalan kat muka dia.. hahaha..

    Syed: Woman will loves you. Yasmin Ahmad? Who is that? A suspect in any criminal case? If not, I don’t know her. lols. Ok serious. Tak masyuklah citer pasal movies movies ni. My wife always bengang with me, when she wants to see a Malay movie at home, she has to wait for my absence. Hahah. kesian dia. I told her, jangan membazir duit, kita kan dah bayar Astro, nanti keluarlah raya nanti. Sabar itu ada ganjarannya, tak begitu cik salmah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *