Let Us Pray For Their Safety.

Let Us Pray For Their Safety.

Khabar dari Kaherah: Gagal lintas sempadan

Laporan Jamilul Anbia Md Denin

Wartawan tak dibenar masuk Gaza selepas harungi 11 pos tentera dari Kaherah ke Rafah

RAFAH: Van yang membawa kumpulan wartawan dari Malaysia terpaksa berhenti di 11 pos kawalan tentera dan polis di sepanjang jalan antara bandar Kaherah ke sempadan Rafah untuk memberi penjelasan selain menunjukkan surat kebenaran menuju ke sempadan.

Namun kumpulan lima wartawan dan tiga jurugambar dan jurukamera yang turut disertai kru penerbitan Majalah 3 dan TV9 yang memulakan perjalanan jam 3 petang (9 malam waktu tempatan) bernasib baik berikutan semua sekatan terbabit berjaya dilepasi walaupun terpaksa berhenti lima kali untuk disoal siasat.

Perjalanan lebih 420 kilometer yang mengambil masa empat jam itu mewajibkan wartawan dan jurugambar berhenti untuk pemeriksaan hampir di setiap lokasi sekatan jalan raya yang dikawal ketat antara 10 hingga 20 tentera dan anggota polis.

Bagaimanapun, kehadiran penterjemah dan penunjuk arah, Mohd Ibrahim, 50, berjaya melembutkan hati pegawai tentera dan polis bertugas untuk membenarkan kumpulan wartawan melepasi sekatan jalan itu.

Malah, pas dan surat kebenaran daripada Kedutaan Malaysia serta pusat media Pertubuhan Radio dan Televisyen Mesir adalah ‘lesen’ penting yang membolehkan setiap halangan sekatan itu dilepasi.

Usaha gigih untuk sampai ke sempadan Rafah-Palestin akhirnya berhasil apabila van yang membawa kumpulan wartawan tiba ke pintu kawalan sempadan terakhir sekitar jam 10 malam (4 pagi waktu Malaysia).

Namun kekecewaan tidak dapat disembunyikan apabila pihak polis Mesir yang mengawal sempadan berkenaan tidak membenarkan sebarang kenderaan masuk dan melalui pintu gerbang berpagar itu.

Malah, pada masa sama, tiga treler milik pasukan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang sarat dengan muatan guni gandum dilihat tersadai berhampiran pintu masuk sempadan berkenaan berikutan masalah sama dihadapi.

Seorang pegawai polis Mesir yang ditemui di situ memberi alasan pintu sempadan itu ditutup pada waktu malam dan hanya akan dibuka semula keesokan harinya.

Walaupun pelbagai alasan dan rayuan dibuat, namun pegawai polis lengkap berseragam itu hanya menawarkan kumpulan wartawan supaya tidur di pintu pagar sempadan terbabit sehingga dibuka keesokan harinya.

Pada masa sama, tiga wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid), Setiausaha Kedua, Sahlan Saruddin, setiausaha, Taqiuddin Abdullah dan Doktor Jamnul Azhar yang turut sama berada di pintu sempadan mencadangkan semua wartawan berpatah semula ke bandar Al Arish sejauh 50 kilometer untuk mendapatkan penginapan sementara.

Pada masa sama, keadaan agak membimbangkan apabila seorang wartawan TV3, Razali Awang, 33, bersama jurukameranya dikenali sebagai Zahefuly yang berada di kota Gaza terputus bekalan makanan sejak empat hari lalu.

Khabar sedih itu diketahui selepas Razali kerap menghantar SMS kepada rakan setugasnya, Penolong Penerbit Majalah 3, Shahnun Hanif Abdullah yang turut serta bersama rombongan media Harian Metro dan New Straits Times ini.

Melalui maklumat diterima, Razali yang berjaya melepasi sempadan sebelum meneruskan perjalanan ke kota Gaza menghadapi masalah krisis makanan dan bekalan tenaga yang serius.

Difahamkan, keadaan prasarana di Gaza musnah sama sekali menyebabkan dia bersama penduduk Palestin di Gaza kini merasai azab sengsara, apatah lagi dengan suhu sejuk mencecah 5 darjah celcius pada waktu malam.

Razali yang masih meneruskan tugas membuat liputan berita untuk TV3 memberitahu hanya mampu mengalas perut dengan roti kosong berikutan harga makanan yang terlalu mahal dan hanya boleh dibeli dengan wang dolar Amerika Syarikat sahaja.

* * * * *

Doakan agar rakan rakan saya selamat sepanjang berada di Gaza dan dihindarkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini dan mudah mudahan Allah SWT akan permudahkan segala urusan mereka ketika menjalankan tanggungjawab mereka.

Saya anggap ini salah satu perjuangan sebagai wartawan, untuk melaporkan hanya yang benar dan tepat.

Dan pastinya, kehadiran mereka di sana menyabung nyawa bagi mendapatkan gambaran sebenar kezaliman Yahudi laknatullah terhadap saudara seIslam kita di Gaza.

Dan mudah-mudahan saudara Razali Awang (wartawan Buletin Utama, TV3) tabah menghadapi segala dugaan di sana. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani hambanya yang berusaha dan sentiasa tabah dengan dugaan.

5 Replies to “Let Us Pray For Their Safety.”

  1. Somehow I teringat that 2 years back abg zahefully and I were in the same course that we had to attend (something to do with reporting kat crisis areas)….Insya Allah things will be okay. Let’s pray for their safety.

  2. Kita kan ada bullet proof jacket? watever happen to that jacket? Ke tak beli?

    Razali looks kurus sikit dari two days ago. Dia dah potong rambut dia !! Mudah mudahan dia dan semua rakan rakan krew TV3 akan selamat pulang ke tanahair.

    Allahuakbar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *